Wednesday, January 5, 2011

:: Dream High coming!!! ::

0 comments
drama terhebat awal tahun ni, DREAM HIGH!!

drama ni baru tayang kat tv 3 january haritu. paling ditunggu-tunggu adalah kerana barisan pelakon sume terdiri daripada Korean Idol yang tengah popular sekarang. drama ni adalah gabungan 2 company besar iaitu JYP dengan Bae Yong Jing (hero winter Sonata). pelakonnya pulak adalah artis2 bawah 2 syarikat ni.

Antaranya adalah Ok Taecyeon (2pm), Woo Yong (2pm), Ham Eun Jung (Tiara), Suzy (miss A), Kim SooHyun (actor) and IU. sume pelakon yang muda yang baru nak naik. well..kalau ikut synopsis drama ni pasal sekolah music yang ajar singing and dancing camtu lah. sebab plakon dia best2 (especially ada taecyeon ngan wooyonghehe), ni yang wat tak sabar nak tengok ni. tgah tunggu nak download cite ni.

mood: twinkle dalam hati
headphone: Follow Your Soul -2pm

:: Malasnya nak pakai baju hujan ::

0 comments
Assalamualaikum!! tak jawab dosa. HEHE

harini bangun pagi rasa malas je. Rasa sedap je bergolek-golek atas tilam dan berselimut tebal. rupa-rupanya cuaca hujan pgi ni..adey..mula-mula iza tak pasan hujan sebab nampak cam mendung je (tak pakai cermin mata..memang la tak nampak). time dah siap comel-comel nak g keje, siap dah pakai sweater and stoking semua, tibe kak ipar kuar bilik cakap,

"pakai baju hujan. kat luar lebat. tgok kat tweeter sume cakap jalan jam" -gedebuk! terpana jap-

hujan rahmat (picture google)


alamak..baju hujan pakai semalam tak kering lagi.. malasnya nak pakai baju hujan.HUHU

al-kisahnya, baju hujan tu nama je baju hujan. tapi seluar dia dah ada lobang. so kalau pakai pun macam tak pakai sebab akan tetap basah jugak. merungut la depan abang kata malas nak pakai baju hujan tu. pastu abang cakap,

"ko nak basah sikit basah banyak?" HAHAHA ok2 iza pakai. tapi muka tak puas hati je.

sepanjang jalan dari Damansara Perdana ke Plaza Damas, hujan memang lebat. tapi takdelah jam sangat.cume ramai penunggang motosikal berenti kat tepi jalan, berteduh. alamak, hari ni lambat la sikit sampai office. tapi takpe..janji sampai kan. hehe.

oh, kalau hujan yang ni, ku sanggup meredahinya. hehe

mood: nak minum pagi
headphone: Tiara- I'm really hurt

Monday, January 3, 2011

:: Running Man ::

0 comments
Running Man Logo

Sebagai peminat Korean Entertainment ter'hardcore' (hehe) sekarang ni iza tgah hunt nk download new variety show 'Running Man'. wow superb!! masa Family Outing habis dulu agak sedih. sebab variety show tu adalah antara yang terbest pernah tengok. tiap klau tengok rancangan tu, mesti tak tahan gelak. lepas season satu habis, season 2 tak ikut sangat sebab tak berapa nak best. konsep banyak dah lari. pastu sume rookie dalam variety show. huhu

permenant member in Running Man

So tiber tau ada rancangan baru, mulanya tak nak tengok sebab tak paham konsep cite ni macam mana. tapi sebab ada yoo jaesuk ngan jongkook, iza pun start la nk tgok sebab rindu nk tgok jaesuk jadi mc dalam rancangan. memang tak sia-sia ikut. dah jadi addicted dah. tiap-tiap minggu tunggu nak download episode baru. hehe memang DAEBAK!!


current permanent member

team Running man ni pun ok gak. sume hillarious. walaupun ada artis baru yang debut dalam variety show, tapi lama-lama dia dah boleh minged dengan yang lain. game-game yang dia tunjukkan pun ok. sangat tak tahan gelak tengok citer ni. RUNNING MAN DAEBAK!!

download running man kat sini

:: Happy Bithday my Abang Ngah ::

0 comments
Bertarikh 3 Januari 1972, lahirlah seorang bayi lelaki, anak kedua hasil perkongsian dua insan bernam Surati @ Jailani bin Kayat dan Maisayah Binti Hj. Mad Anuar. BAyi tersebut diberi nama Zairul Sazali. unik kan? hehe mak yang bagi nama tu . Semalam 3 Januari 2010, bayi lelaki tersebut meraikan ulangtahun kelahiran beliau yang ke 38. almost 40 dah my dear abang ngah. hehe

my abang ngah adalah orang yang paling bertolak ansur dengan family, adik beradik dan sedara mara. banyak yang iza belajar dari abang ngah, for example how to treat other people with manner and politeness (eventhough they are different races). dari abnag ngah jugak iza belajar, berkorban untuk family itu besar pahalanya..rezeki yang dikongsi itu lebih berkat dan insyallah akan murah dan makin bertambah. dahulukan yang penting sebelum kita memenuhi keinginan kita yang takkan berhenti.

sekarang abang ngah sedang giat memajukan bisness travel agent beliau yang dibantu oleh adik-beradik sendiri ( eh my sibling jugak la). juga membantu abang long dengan bisness printing beliau. hidup bahagia bersama isteri tercinta kak Yusni Hasan (cek mek kelate..hehe. kakak masak memang best!) dan dikurniakan sepasang cahaya mata yang dah besar-besar, Mohd Shahril Arfan dan Nur Shahirah Adlina (nak tambah lagi sorang takde rezeki lagi).

So, kat sini iza nk ucapkan SELAMAT HARI JADI ABANG! :)


::banyaknya tak beli lagi..::

1 comments
Assalamualaikum kawan-kawan.. :D hehe senyum dulu untuk hari yang ceria!

Alhamdulillah..impian yang dibina tahun-tahun lepas sudah bermula. slow-slow jalan la..jauh lagi perjalanan ni. dulu masa belajar dah pasang angan-angan nk cari pasangan..ok dah dapat. :p. Pastu habis je belajar nk cari keje untuk kumpul duit nk kawin. ahaks! kawin? yelah nk kawin la..nak berumah dan bertangga..fitrah la tu nk hidup berpasangan. ok..habis je final exam 5 April 2010, minggu depannya 12 April 2010 dah start keje contract 6 bulan kat TAylor's College. Alhamdulillah..terima je jangan memilih sangat. janji ada jugak keje. hehe

pasangan dah dapat, keje pun dah ada..just nk tunggu confirmation as permenant staff kat situ sebab kat tempat tu dah seronok untuk bekerja. bos-bos pun baik..kawan-kawan tempat keje pun sume ok. lecturer-lecturer pun sume best-best. ok, senang citer sume best la. hehe. dalam pada masa menunggu hari untuk habis contract, pikir jugak rancangan asal nk kumpul duit untuk kawin. ya! itu matlamat utama. hehe.

dalam pada itu, banyak benda yang harus difikirkan. berapa ribu nk kumpul duit untuk kenduri dua2 belah pihak. almaklumlah..family kami ni takdelah kaya sangat. lagipun tak nak susahkan mak ayah ngan adik beradik. biar susah sama-sama, baru tahu nikmat hidup tu..so, kita kenalah buat perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

saya tau, bila nakkan sesuatu..banyak benda perlu dikorbankan untuk melaksanakan sesuatu perkara. antaranya adalah wang ringgit dan masa. (alamak, ilmiah sangat la plak bunyi entry ni. apa kena mengena plak ngaan tajuk dia.adey..)yang ni lain entry baru bilang k..

so, apa yang tak beli lagi nih?

makanya , cadangan masa pendek kami adalah bertunang. cadangnya akhir bulan ni. ye akhir bulan..tapi saya rilek je lagi. HAHAHAHA. barang-barang untuk hantaran baru dua beli. kakak-kakak (include kak ipar) dah bising sebab tarikh dah dekat tapi barang banyak lagi tak beli. adey..nak wat camne..duit takde..huhu..

makanya azam tahun baru ni nk habiskan beli barang untuk hantaran. hehe azam lah sangat. tu namanya azam jangka masa pendek. hehe. saya bukannya apa..belanjawan bulanan kena plan betul-betul. duit gaji yang ciput tu lah nk kena tolak duit sewa rumah..(oh lupa nak cakap. kami dah ada rumah sewa. perancangan jangka masa panjang). lepas tu, tulah duit nak simpan untuk kawin, nk belanja bulan-bulan..duit minyak, betulkan motor..balik kampung. so, kenalah budget betul-betul. sighing

so sekarang ni..otak dok pikir semua perancangan kearah perkahwinan..sume benda kena pikir, sume benda kena amek tau. alhamdulillah ada kakak-kakak yang sudi membantu. syukran jazilan. :)

Wednesday, July 28, 2010

Ketika Allah Memilihmu Untukku..

0 comments


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..

credit to: ( Oleh Aztriana 180610/ 01'50 Makassar.. ^_^v )
from facebook, 'kata-kata hikmah'

Wednesday, June 9, 2010

SeLf iMpRovEmeNt

2 comments
Seminggu sebelum habis final exam, saya dapat panggilan interview untuk jawatan Junior Executive di Taylor's University College Sri Hartamas. nervous! first time pergi interview..mujur ditemani sahabat sejati, NURUL 'AMIRAH MOHD ISA pada hari tersebut. hehe. dia lah my make up artis on that day.

sampai je destinasi dengan menaiki kereta sewa (first time bawak kete masuk lebuhraya kat KL ni), first impression, "mak aih, canggih betu tempat ni". mana taknya, kolej tersebut terletak dibawah satu bumbung dengan Kompleks membeli belah Sri Hartamas. What i can say about Taylor's College? good environment and sophisticated facilities, comfortable for students to study. suasana belajar yang selesa, staff dan lecturers yang peramah dengan aircond yang sejuk macam berada di luar negara..serious..masuk sini, coat or sweater is must!

this is me after interview with Mr. Rahul Ramachandran, manager of student affairs.

that was my day three months ago. now, i'm a contract employee here and assigned under exam unit. wah..seronok betul kerja sini. kawan2 best..hehe.

ni meja saya yang tengah berselerak.kuang2!

sebelum kerja memang saya malas nak make up or put powder or even nak melawa-lawa. but start working, i'm motivating myself to cantik-cantik sikit. ok, cara2 nak make up and tips2 sume kedit to cik may may, my make up artis on my interview day. (entry akan datang akan citer pasal make up plak lah). so saya pun rajin-rajin kan diri untukdressing and make up. my Honey said "you are beautiful". keh keh.

this is me after 2 months working. improve? ;-)

this is my self improvement from seorang yang malas nak cantik-cantik kepada seorang yang makin rajin nak cantik-cantik.hehe.errr cantik ke..? HAHAHAMPEH! lantak la orang lain nak cakap apa,janji Honey kata CANTIK! ;-) -sape nak termuntah bleh kuar sekarang!
 
Copyright © DrEaM hUnTeR
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur