Monday, December 15, 2008

Bila bulan tersenyum..

2 comments
cuti sem selama sebulan, aku penuhkan dengan aktiviti2 di rumah. antaranya mestilah aktiviti feveret aku iaitu menjahit..tapi tugas utama aku cuti ni adalah memasak ngan mengemas..emm tugas utama surirumah.huhu..well, takpe la sekurang2nya aku dapat asah akil aku lagi. niat aku cuti ni nak blajar lagi skill menjahit dari mama an kakak aku, berjaya. buktinya aku dah dapat wat baju kebaya aku sendiri..hehe. em bleh la bukak sem nanti kongsi ngan kawan2 aku..


akhir2 tahun ni neagara telah dikejutkan dengan bencana banjir dan tanah runtuh. terjawab lah sudah teka-teki kenapa sejak akhir2 ni semut banyak naik atas rumah, dan beberapa mlam terjadinya kejadian bulan senyum..(aku tak tau laada kaitan ke tak yang pasal bulan senyum ni.hehe.)mesti korang tertanya macam mana bentuk bulan tu tersenyum kan? sebenarnya bulan tu adalah bulan sabit yang menghadap ke atas seakan mulut dan terdapat 2 biji bintang diatasnya seperti mata . maka kelihatanlah muka yang tersenyum..

selepas isu banjir, isu tanah runtuh di bukit antarabangsa pulak. dari pengamatan aku, dua2 kejadian tu adalah hasil dari kerakusan diri manusia tu sendiri. terlampau memikirkan kepentingan diri sendiri sampai tak endahkan alam sekitar.bila orang tak berbakti pada tanah, tanah pun jadi marah lah.cuber fikir diri kita disakiti, mesti nak balas balik. ni perumpamaan je.. dan dari kejadian tanah runtuh tu aku pun dapat tengok perangai manusia yang hanya fikir tentang nama, kedudukan dan duit. para menteri sibuk nak bagi bantuan berpuluh2 ribu kat mangsa tanah runtuh yang terdiri dari golongan elite ngan kaya yang mampu beli rumah berharga berjuta ringgit,sedangkan mangsa2 banjir yang terdiri daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah hanya diberi bantuan makanan dan bantuan biasa sahaja..jumlah mangsa banjir lagi ramai dari tanah runtuh tapi kenapa bantuan kewangan yang diberikan hanya sikit. kat sisni kita dapat tengok betapa selfish nya manusia ni. pada aku, watpe nak bagi bantuan berpuluh2 ribu dekat orang yang hartanya lebih dari tu. mereka dah kehilangan rumah berharga sejuta tapi boleh lagi beli rumah dengan harga yang same.. xpaham betul. kawan kepada abang aku yang berada di tempat kejadian ada cerita, ada penghuni salah satu banglo tu selamatkan dua buah beg besar yang berisis duit cash 2 juta. em korang pikir lah sendiri...

Monday, October 13, 2008

my baby huda!

3 comments
bestnya..sedar tak sedar huda dah 3 bulan..rasanya macam baru je semalam dia lahir.. aritu pegi umah abang ngah kak ila pun datang..huda mestilah ada. tau2 dia dah pandai meniarap. kakak pun tunjuklah video masa dia mula2 nak belajar meniarap tu..hehe comel sangat.dengan nangis-nangis dia pun usaha jugak..hasilnya..dia dah pandai meniarap! cayang huda..



moral of the story.. usaha tangga kejayaan.

Sunday, October 12, 2008

break down..

2 comments
komputer aku breake down lagi..setelah virus2 maha kuat menyerang komputer aku yang macam baby tu.. komputer tu langsung tak bleh on..cian my baby..huhu..nampaknya kena beli laptop la sem depan..huhu looking forward for it..

Thursday, October 9, 2008

you are the one, by super junior

1 comments
The sound of the fall ocean waves that we listened together as
I held you in my arms,
is being washed and thrown away by the tears that are falling now.
Look at me and don't cry.
You are the one
You're the only love for me
You are the sun
Your smile washes over me
You are my love
And I'm the only one for you
I'll always be by your side
Love grows deeper as the tears do
I become older as the pain grows
I want to believe that all will be okay
if I go where my heart takes me
You are the one
It's been awhile, but I'll say
You are the sun
I've always been only for you
You are my love
Sometimes I hesitated,
afraid that I'd be too close standing a step behind you
Even if a wind blows across your heart someday,
Hold onto me tightly and don't let go my love,
Hold onto me with your smile
You are the one It's been awhile,
but I'll say
You are the sun
I've always been only for you
You are my love
Sometimes I hesitated,
afraid that I'd be too close standing a step behind you
You are the one
You're the only love for me
You are the sun
Your smile washes over me
You are my love
And I'm the only one for you
I'll always be by your side
....special dediacation to you my love...Khairil Izzi

hari rayer..

2 comments

tahun ni rayer paling best berbanding tahun-tahun sebelum ni. tahun ni sumer sedara mara beraya kat kanpung sekinchan. kalau tahun lepas majoority beraya kat umah mertua..ini di tambah pulak dgan penambahan ahli keluarga baru, my little baby, norsyuhada kedalam family.. so fokus pun lebih pada dia..


selain tu jugak, tahun ni adalah tahun pertama aku beraya ngan my teddy..the feel is so different ('_')..kami shopping rayer samer2..wish rayer samer2, g beraya umah kawan samer..dengan my teddy everything is so different. thank you honey..you make my life so colourful.. walaupun malam rayer tu dia merajuk sebab aku sibuk jahit baju rayer yang tak siap2..huhu.tapi pagi rayer tu dah ok..dan last2 rayer pertama tu aku pakai baju lain yang bukan baju rayer..huhu xp lah nak wat camne..


tahun ni jugak sangat best sebab aku dapat beraya dan jumpa ngan kawan2 sekolah dulu..kawan sekolah menengah nagn sekolah rendah..huhu sumer dah matured..aku je kot yang xberapa nak matured.hehe..dapat la jumpa pakwe lame..eh kawan lame;-)..(jangan marah teddy..) hehe..dapat jumpa naim, shah, ayu, rose, chitot, syida, imran, daus, zamri, zaidil, elly, ramai lagi la..em macam tak cayer plak. rayer 4 aritu kawan sekolah tunang nagn member sekolah rendah dia. hehe belajar jauh orang kampung gak melekat..tu la nama nya jodoh..


then raye ke 3 tu plak malam nya umah wat open house..gather sedara mara..seronok sangat..tu lah acara tahunan kitorang.. my abah pun semangat dengan membeli meja, oven dan peti ais baru..huhu..kitorang pun xdapat nak cakap apa..lagiopun dia tengah hepi dapat kenaikan tahun depan..xp lah, kalu tak, tak berganti la oven kat umah tu..huhu. so haritu petang lagi kitorang dah start bakar2..masak2 dari pagi la.em best sangat..malam tu setelah pakcik dari perak sampai,( the last waiting guest) my abang ngah pun pasang bunga api klcc untuk acara kemuncak. sooo perfect!! but 1 thing yang xbest, my teddy xd sebab dia pun ada wat open house jugak kat umah..it's ok..

that's my memorable hari rayer..dan rancangnya next rayer haji on disember, we all the whole family will fly to kelantan;-) nak tukar angin plak. nak rase rayer haji kat kelantan..hehe xsabar..

Wednesday, August 6, 2008

aku terima nikahnya...

4 comments
sebuah buku yang ditulis berdasarkan pengalaman sebenar penulis menghadapi dugaan alam berumah tangga. buku ni walaupun tajuknya agak straight..tapi isi nya yang ingin aku kongsikan.. mungkin orang2 yang melihat tajuk buku ni akan berkata.." em sapa yang baca tu dah x sabar nak kawin la tu.." dengan nada yang agak sinis.

pada mulanya aku pun berpendapat begitu dan takut untuk membacanya kerana tidak mahu di cap begitu..namun aku mula tertarik setelah diperkenalkan oleh rumet untuk membacanya..sebuah buku ilmiah yang boleh diambil sebagai pengajaran dan panduan.antaranya bagaiman untuk jadi anak yang baik, menjadi suami dan isteri yang baik, cabaran reality hidup berkeluarga, berumahtangga, tuntutan hidup antara kerja dan blajar, tuntutan paling utama sebagiai da'i kepad saudara2 kiter..bagaimana mendidik anak2 dengan betul..

semua cerita yang dikongsikan begitu simple dan ringan untuk bacaan. tidak terlalu berat seperti buku2 ilmiah yang lain kerana ia di karang dalam bentuk cerita. antara perkara yang paling aku tersentuh adalah bagaimana dalam hidup ini kiter harus memberi dan bukan hanya menerima..kerana orang yang hanya menerima adalah oarang yang sombong dan bakhil..apa yang boleh kiter beri? walau bukan dalam bentuk wang ringgit, kasih sayang itulah yang paling berharga..em banyak lagi la yang boleh aku ambil sebagai panduan. buku ni pila boleh dibaca oleh sume peringkat umur, ibu bapa, anak2, suamu isteri, golongan berkerjaya dan sesaper je yang berminat.

benda yang menarik mestilah di kongsi bersam. so aku pun mengesyorkan kepad asumer untuk baca buku ni.. sebab aku pun dah bagi my teddy baca supaya kami berdua mendapat manfaat untuk masa akan datang..

keindahan hidup ini..

1 comments
saat tangan ini mendukung si kecil..kutatap wajahnya..putih bersih dan suci..
saat ku mendakap si kecil..hatiku berdetik..indahnya perasaan menyayangi..
saat ku dakap si kecil..betapa bahagia yang ku rasai..

wajah si kecil yang suci tanpa noda dunia..ibarat kain putih yang bersedia dicorakkan hidupnya..
menanti ummi membelai..menanti Abi tersenyum manja..

saat itu hatiku berkata..
duhai si kecil..
lahirmu membawa bahagia ummi dan Abi,
kaulah penawar duka di hati kami..
senyumanmu, tangismu, tawamu..
membawa seribu kebahagiaan..
semoga dirimu menjadi muslimah pendakwah,
pembela nasib umat akhir zaman..

kini..ku dakap si kecil sebesar tapak tangan dengan penuh kasih sayang..
terima kasih tuhan atas anugerah ini..

-to my lovely baby girl..Nur Syuhada Mohd Amin..'acik rindu huda'..

Tuesday, July 8, 2008

i've got new baby girl!

0 comments
06.07.08..cantik kan no. tu..well that day i just got new baby girlzz. x sabar nak tengok..('___')

Thursday, July 3, 2008

aku teruja!!!

2 comments
dah lama tak bukak friendster, so arini aku pun menggagahkan diri menapak ke cc yang terletak lbih kurang 6 kilometer dari umah..tapi nak kira menapak,mustahillah. so aku pun membonceng motor kesayangan mak aku BGC 2791 itu ke pekan Sg Besar..disebabkan mak aku tak guna harini, so available la untuk aku gunakan..

misi aku ke cc nak amek jadual kelas aku yang bakal start isnin ni..sambil2 tu aku pun update la mane2 yg patut..so aku bukak friendster tuk add kawan aku..tiber2 aku tgok ada orang wish besday aku in advance sebab kalu nak ikutkan besaday aku ada lagi seminggu. tgok2 rupa2nya kawan sekolah lama aku..hoho..dalam tertanya2 tu aku pun tgok la empunya tuan yang m'hantar. bukak2 page dia aku menyedari sesuatu yang aku tak sedar sebenarnya benda tu dah lama wujud..tak sangka ada yang wat group sekolah lama aku.. Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang..walaupun sekolah tu tak sehebat sekolah2 yang gah2 di malaysia ni namun aku masih bangga menjadi warga SAMPP! huahuahua...walaupun tak dapat melahirkan pemimpin2 besar negara, tapi tetap melahirkan insan2 yang bakal memimpin keluarga suatu hari nanti..yang bakal mendidik generasi seterusnya penyambung zuriat nabi Adam.

setelah mengetahui kehadiran group yu, aku pun terus la join that group and thanks to all yang wish my besday in advance especially adlan.:-) Hepi becoming besday to me, hehehe

Tuesday, June 17, 2008

2 comments
alkisah..aritu aku hantar mak kat airport sebab mak ngan sedara yang lain ingin bercuti ke indonesia sambil membawa misi kedamaian.tiber.. masa kat airport tu, my teddy pun di kenalkan dengan sedara2 yang ada..

selepas melambai dan melihat orang2 yang nak pegi masuk ke balai belepas, kami (me n my teddy) pun belepas jugak ke kompleks bukit jalil atas permintaanku yang tak penah gi karnival jomheboh tv3. oleh kerana kami ni masing2 tengah kering poket..makanya kami hanya menjamu mata melihat goodie bags yang ditawarkan..itupun mujur kami tak main amek je sebab my teddy cakap beg2 tu dibagi free..(untungnya kalau camtu)hehe. walaupun kami hanya berputih dan berhitam warna mata, tetapi kami sempat membawa pulang sesuatu yang lebih berharga dari goodie2 bag yang di jual dengan berleluasa.apa dia?


em kenangan la..mujur kamera ajaibku ku usung kehulu ke hilir untuk merakam setiap kenangan yang kami lalui bersama.huhu.. then kitorang pun puas la berjalan dan berjumpa selebriti tv3. ooo macam ni rupanya jomheboh..dah pegi baru tau.. soo kalu ada rezeki lagi insyallah bleh pegi lagi dan bleh ajak kawan2.


ps: aku jumpa azhar sulaiman.huhu hensem betul..;-)jgan marah ek.

Monday, May 19, 2008

di hari cuti..

0 comments


bersempena ngan cuti hari wesak, aku pun mengambil kesempatan untuk melepak di uia..lagipun hari ahad tu AKHI Project ada wat mentoring. rindu betul nak jumpa member2 lama..so My Teddy pun amek kat tempat keje dan bawak aku gi UIA. kat UIA aku tumpang bilik my best friend Nadun. so masa mentoring tu dapat la jumpa kawan2 n kebetulan my senior2 pun ada datang jugak..best nya..tapi aku agak terkilan xdapat jum angah my another best friend sebab dia syok bercuti nagn Famili..so sebelum balik Damansara balik, aku ngan my teddy singgah cc n dapat la ku mengedit blog aku ni dan baca blog2 my senior..huhu..esok dah keje!!! sedar tak sedar lagi 3 minggu je aku nak keje..ku pasti merindui anak2 murid ku yang comel2..huhu. tapi gembira sebab lepas ni dapat cuti kat kampung sebulan..huahuahua


Selamat Hari Guru..

0 comments


Tanggal 16 Mei merupakan hari guru untuk sumer guru2 di Malaysia..so kami di Darul Iqra' centre juga tak ketinggalan menyambut sebagai menghargai jasa2 dan pengorbanan guru di DIC. huhu best nya sambutan hari guru kat sini..dapat banyak hadiah..tiber..hehe.em bos hadiahkan setiap sorang bunga ros sebab dia suka sangat bunga tu..so pagi jumaat tu pelajar2 datang membawa juadah masing2..ada yang bawak kek, mihun, kuih2 dan macam2 lagi lah..cikgu Bibie plak bawak nasi lemak pastu ada rendang..huhu best sangat.kitorang satu hari tu asyik makan je..setelah penuh makan atas 3 meja, kitorang pun mulakan ngan ucapan setiap guru..pastu ada permainan untuk anak2 murid..happening sangat la

..pelajar2 pun pakai baju cantik2...tapi best jugak sebab kawan yang dari KUIS pun datang jugak..hehe..so tengahari tu kitorang pun makan..petang macam biasalah jaga budak2, then malam bos ajak kuar makan..alhamdulillah, sepanjang keje kat sini xrisau makan dan tempat tinggal..bos pun baik..tapi semenjak kurang pekerja ni aku makin tensen sebab keje makin beban..ini lah cabaran dan reality alam pekerjaan..em kat sini aku sertakan gambar2 sepanjang hari guru..

Sunday, May 11, 2008

persembahan bunga api..

0 comments
akhirnya selepas sebulan lebih aku keje, baru minggu ni aku balik kampung..ni pun sebab mak nak wat kenduri..kenduri lenggang perut kakak aku yang pregnant 7 bulan..kebetulan pulak umah sedara kenduri..


alkisahnya nak cerita, kat kampung malam tadi kitorang tengok persembahan bunga api free kat depan umah..em mesti korang pelik kan bunga api sempena perayaan apa.takkan sebab kenduri pasang bunga api.ni bunga api yang paling jarang kita dapat tengok..kisah nya begini supaya korang gempak sikit..tiber..asalnya mak nak wat kenduri hari ahad tapi tetiber dapat tau ahad TNB nak stop bekalan lektrik dari kul 10 pg sampai 7 ptg. last2 mlam tadi masa tgah tgok tv dalam kul 10 black out.tak pasal2 begelap sampaikan nank sedara yang pompuan tu ajak balik KL padahal dia baru sampai lepas maghrib. maka abag2 ku yang 3 orang tu pun buat lah apa yg patut supaya kitorang tak kepanasan tido malam tu..stlah call TNB dan kami menuggu sampai tetido, tiber2 kami dikejutkan ngan percikan bunga api kat depan umah selepas kul 12..terdengarlah jugak jeritan yang membingitkan dari rumah sebelah..maka kami semua yang berada dirumah tu pun bergegas lah keluar..rupa2 nya tiang letrik depan rumah aku terbakar dan terhasillah percikan bunga api yang sangat terang dan cantik tapi menakutkan..kenapa menakutkan? sebab aku takut ianya menyambar rumah.huhu.aku terus tepon my teddy sebab aku takut sangat.tak lama lepas tu bomba pun datang sebab ada org report ada kebakaran. huhu kitorang batak jugak la sebab 1st time bomba datang umah.hehe.siap tangkap gambar lagi..tapi xleh nak display sebab gambar kat kamera abang long..em tu lah kejadian yang berlaku malam tu...dan akhirnya bekalan elektrik kembali pada pkul 4 pagi..



hari ahad nya pulak, aku g kenduri rumah sedara, aku ingatkan siapa kawin, rupa2 nya kawan sekolah aku..mak aku x bagi tau pun.huhu.dia dapat orang muar..tak sangka aida dah kawin..nanti rayer best la dapat rayer berdua..nyway Selamat Pengantin baru la kat Haida..moga kekal ke anak cucu..

Friday, March 21, 2008

hari tu...

2 comments
pada hari jumaat yang lepas, my senior yang dah grade datang uia..abg roy dan my abang bongsu..tapi aku xdapat jumpa abang bongsu sebab malam tu masa aku kuar ngan my teddy, my teddy cakap dia dah kuar.so atas kebenaran my teddy, aku pun tepon la abang bongsu..rupa-rupanya dia berada di rumah abnag najib, salah sorang The Legend dalam AKHI..dapat lah bersembang selama beberapa minit dengan dia..dan aku tak tau yang esoknya besday dia...huhu.setelah aku bukak friendster baru aku tau.huhu.so abang bongsu, hepi belated besday.

setelah itu, aku pun balik..takut2 gak kitorang kena tahan ngan pak guard sebab time tu dah kul 12 lebih..tapi lepas je.pastu dapat la jumpa my sifu kejap bersama ahli2 kongsi gelap yang ada beberapa orang masa tu..so tu je lah. harap jumpa lagi my two seniors next time..daaa..

Monday, March 10, 2008

pilihanraya sana sini..

0 comments
kat sana sini isu pilihanraya takkan habis diperkatakan..maklumlah..pilihanraya kali ni betul-betul memberi keputusan yang tak disangka.hari tu masa lepas baru balik dari kampung, me and my teddy hampir-hampir berdebat pasal benda ni. tapi sebagai pelajar sains politik yang berjaya, aku bersikap terbuka..politik ada dimana-mana..kita lihat pada orang yang membawa isu ini. ada kes yang suami isteri bercerai sebab suami tak bagi isteri kuar mengundi,tapi isteri kuar gak. ada yang mak ayah tak ngaku anak sebab anak sokong parti lain..ada pulak yang kuarkan fatwa boleh mengumpat orang lain dalam berparti demi nak menang kerusi..yang lain pulak, berbalah sesama sendiri, melayu jatuhkan melayu, cina ketwa dengan senang hati.

kenapa melayu taknak bersatu membina sebuah kerajaan yang dinamik. relitinya,70% pembekal ekonomi negara oleh cina dan 30% oleh melayu.tapi yang dapat faedahnya, 70% kepada melayu lagi 30% cina dapat. kalau dah orang cina amik alih pemerintahan negara, tak mustahil hak keistimewaan orang melayu di mansuhkan. takde lagi bantuan tuk orang melayu.kenapa melayu tak bergabung, malah menjatuhkan sesama sendiri. orang sekarang pikir nak senang je sebab tak penah susah..kutuk sana kutuk sini. apa yang kiter dapat dengan mengumpat orang..dosa la jawapnyer. kalu macam ni lah jawapnyer..melayu takkan ke mana..akan masih di takuk lamer..takperlah..mungkin ada hikmah disebaliknya..kita tunggu dan lihat perubahan yang dijanjikan oleh tampuk pemerintahan baru kiter. saya sebagai rakyat akan menyokong maner yang baik dan memerhati aktiviti polotik sepanjang 4 tahun akan datang ni..jumpa lagi pada pilihanraya 2012!kalu kerajaan baru ini berjaya..saya akan menyokong dengan sepenuhnya.. HIDUP MELAYU!!

contineud..

5 comments
ni sambungan citer sebelum ni..

setelah menempuh perjalanan selama beberapa hari, kerana gua itu letaknya sangat jauh dari lingkungan kerajaan, akhirnya putera tzariq pun sampailah ke destinasi dimana tersembunyinya puteri hatinya..gua itu sungguh gelap dan sejuk(nama pun dalam musim sejuk.hehe)..setelah masuk kedalam gua tersebut dengan pedang ditangan, dia pun melangkah berhati-hati sambil mencari puteri hatinya..setelah sampai di tengah-tengah gua, kelihatan la sang naga yang ganas sedang lena menjaga sangkar letaknya puteri szaza yang cantik jelita..namun jelas terlihatlah kesedihan di wajah sang puteri mengenang akan nasib dirinya dalam tawanan.

di satu sudut gua, kelihatan putera farquat sedang enak menikmati hidangan sambil tersenyum puas dapat menculik puteri szaza. didalam hati,putera tzariq berkata.. "ini orang ar..talak guna punya..kasi mau culik sama puteli hati gua..siap lu,sebentat lagi wa datang kasi hancur lu punya badan..(haha..rupa2nya, putera ni dari negeri china. tu yang dia x fasih bahasa melayu.hehe)maka, putera tzariq pun melangkah berhati2 mendekati sangkar sang puteri..akan tetapi tiber-tiber beliau tersepak batu dan membuat naga tersebut terjaga..(haa kan dah terjaga..xpasal-pasal kena lawan)


setelah lena sang naga terganggu, naga tersebut pun mengamuk.."HUAAAAAH!!" (hui takut seh..ganas giler..hehe).maka dengan berani dan yakinnya, putera tzariq pun melawan sang naga dengan gagah berani.puteri szaza menyaksikan perlawanan antara haiwan ganas dan putera yang xberapa hensem tu denagn saksama.teruja dan bahagia betul dia sebab ada putera yang datang menyelamatkan. setelah berlawan hampir 2 jam,(xalam pun sebab naga tu nampak je ganas tapi, lemah.hehe) maka tewas lah dia di tangan sang putera. namun untuk sampai ke sangkar sang puteri, putera tzariq harus melawan putera yang jahat tu. setelah beradu tenaga,akhirnya putera farquat yang jahat tu lari lintang pukang sebab dia malu putera tzariq lagi hebat dari dia(hehe). maka putera tzariq pun lepaskan lah puteri szaza dari sangkar dan membawa pulang ke negeri pemerintahan.selepas sepurnama, berlangsunglah majlis perkahwinan antara putera tzariq dan puteri szaza dengan gilang gemilang..then, they live happily ever after..:-)(huhu bestnya)..


p/s: cerita menjadi sedap dibaca setelah ditokok tambah oleh penulisnya(iaitu aku).so nantikan cerita lain yang akan aku tulis nanti.cerita akan datang ni pulak pasal lebah dan sekuntum bunga ungu yang original ceriter oleh 'someone' kepada aku.

Sunday, March 2, 2008

Bed Time Story

1 comments
kisah ini diceritakan oleh seseorang kepada ku pada pukul 1.00 pagi dinihari...

di dalam sebuah negeri..terdapat seorang puteri yang sangat cantik, ayu dan dan mempunyai senyuman yang sangat manis yang bernama puteri Szalfa(hohoho..canggih x nama tu?..

dia di sayangi oleh semua ahli keluarga dan rakyat jelata. akan tetapi, ada seorang putera jahat yang bernama Farquat(bleh tahan la jahtnya..) yang bercita-cita ingin memiliki puteri ni, akan tetapi raja dan permaisuri tidak berkenan akan dirinya..ini kerana, putera ni walau pun mempunyai rupa paras yang menawan, tetapi dia terkenal dengan sikapnya yang suka menindas orang lain..manakala di sebuah negeri yang bersebelahan dengan negeri puteri tu tinggal..terdapat seorang putera bernama putera Tzariq yang suka hidup bersendiri(yg ni putera ke-2)..ini kerana dia tidaklah sekacak putera Farquat tu tapi..hati dia baik..dia juga disayangi oleh rakyat jelatanya..dan dalam diam, dia menaruh hati pada puteri Szalfa setelah selalu mendengar keayuan dan kebijaksanaan puteri itu..namun..mereka berdua tidak pernah bertemu

akan terjadilah suatu peristiwa di musim sejuk, puteri Szalfa ini telah diculik oleh seekor naga yang sangat garang..(hoho..garang ke?hehe)dan dia membawa puteri itu ke sebuah gua yang tinggi dan disembunyikan disitu.maka,hebohlah keseluruh pelusuk kerajaan tentang berita penculikan sang puteri.gundah gulana lah hati sang raja dan permaisuri dan berdukacitalah seluruh rakyat jelata akan kehilangan puteri kesayangan mereka..(yang ni aku tambah..hehe).keluarlah surat perintah yang menyatakan barang sesiapa yang dapat menyelamatkan sang puteri, akan dikahwinkanlah dirinya denagn puteri tersebut..

tersebarnya berita ini di semua kerajaan negeri..putera Tzariq tanpa membuang masa menyiapkan segala kelengkapan untuk melawan sang naga..ini lah usahanya demi membuktikan cinta sucinya pada sang puteri( huhu..jiwang gak..)berangkatlah dia bersendirian mendaki gunung dimana terletaknya gua disembunyikan puteri Szalfa..

to be continued...

ps: letih nak taip..lain kali aku sambung..cerita ni diceritakan pada tarikh 3/3/08 kul 1.00 pagi.

Wednesday, February 27, 2008

test..test..

0 comments
huhu..akhirnya aku berjaya jugak!!! BANZAIII! BANZAIIII!
 
Copyright © DrEaM hUnTeR
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur