Monday, February 23, 2009

synopsis GENG

0 comments

Something disturbs the peace in the village of Kampong Durian Runtuh. Villagers tell of a fearsome beast lurking at night but no one dares to find out what it is until Badrol, Lim and their newfound friends stumble upon the very heart of the mystery itself. A small peculiar animal, not native of the forest befriends Rajoo and brings the whole gang into an adventure deep into the exotic Malaysian rainforest filled with dangerous animals including an age old mystical giant snake. Join the gang as they embark on a journey of action and adventure set upon the warm atmosphere of a Malaysian village enclosed by landscapes of greenery.

tarikh tayangn : february 12, 2009

Sunday, February 22, 2009

Upin Ipin The Muvie

2 comments

tengahari ahad semalam, aku cadang nak balek umah abang ngah kat ampang sebab nak pulangkan video cam yang akupinjam masa nak g konsert gamelan aritu. so tengahari pukul 12 tu my teddy ajak g lunch kat luar, so lepas lunch tu bleh la dia hantar aku g umah abg ngah. cadangnya nak g ampang lepas zohor, tunggu punya tunggu abang ngah balas mesj, sempat kitorang jalan2 kat Giant Batu Cave. hehe lama tak g sana. selalu g carrefour je...
tak lama pas tu abg nagh pun balas mesej suh datang lepas asar sebab dia keluar. aku pun cakap ok. sementara nak tunggu lepas asa (time ti baru masuk zohor), so kitorang pu decide nak g tengok wayang citer GENG. masa kuar aritu tak dapat tengok sebab dah sold out. so kitorang sampai MBO ampang dalam pukul 3, tengok2 tiket untuk tayangan pukul 3.15 nagn puul 5 dah sold out. huh...laku betul citer tu. aku pun tengok ramai gak mak ayah datang bawak anak2 untuk tengok citer upin ipin tu. so lepas my teddy dapat cari parking kitorang beratur tuk beli tiket pukul 8.45 malam. lepas bli tiket tu kitorang tak tau nak g mana so aku try tanya abg ngah samada dia dah ada kat umah ke belum.nasib baik dia cakap dah ada kat umah. then kitorang pun bergerak la g umah abg ngah pukul 4 tu dan lepak kat situ sampai maghrib.

kat umah abg ngah dapat la release tension dapat jumpa anak2 buah ku yang nakal2, syira ngan abang dia arfan. em dah besa anak2 buah aku ni, macam tak caye je..kat umah abg ngah dapat la aku wat hobi aku iaitu tengok tv.hehe..lepas maghrib, abg ngah n family pun nak kuar jagk sebab kak ipar kata boring duk umah dan rancangan tu pun disokong oleh syira n arfan yang sememang nya tengah boring tak tau nak buat apa.atas desakan dan pujukan oleh anak2 dan isteri, abg ngah pun bersetuju untuk kuar jalan2 malam tu (aktiviti yang biasa gak deporang buat kalu aku balek umah tu).
lepas maghrib sume kuar meninggalkan umah ke arah yang berlainan, abang ngah g setiawangsa dan aku n my teddy g MBO tengok geng. em sampai MBO dalam 8.15, time tu ramai budak2 kecik bersama ngan mak ayah deporang. sume tengah tak sabar nak tengok upin ipin di layar perak. malam tu agak lambat la dapat masuk pawagam, dekat pukul sembilan baru bleh masuk. em..akhirnya tibalah masa tayangan bermula..

komen dan perasaan aku tentang citer tu?:

jalan cerita yang menarik, ada kelakar, suspen, mendebarkan, ending yang menarik. em setiap watak dikembang kan dengan begitu baik, semua ada peranan masing2, xd lah watak yang hnya muncul sebagai penghias skrin je. pada aku watak utama citer tu adalah rajoo sebab dialah penghubung antara manusia ngan binatang. upin dan ipin adalah watak pelengkap citer tu. aku n my teddy sama2 setuju bahawa tulah ceriter animasi malaysia yang paling best dan kalau nak ranking citer tu antara 1 sampai 10, aku bagi full mark lah. hehe..rasa cam nak tengok lagi..so saper2 yang tak tengok lg citer tu aku syorkan g lah tengok kat pawagam sebab lagi puas kot, dengan sound system yang power especially time saat2 yang mendebarkan, dengan gambar yang cantik, em memang puas hati lah. aku rasa nak syorkan kat produksi citer tu untuk wat version 3D nyer. kalu deporang bleh buat, huh lagi gempak! especially time yang aksi deporang kejar binatang comel tu..huhu,teringat citer 3D yang tengok masa kat genting aritu..em kalau ada version tu, memang kitorang akan tengok..

so malam tu kitorang balek UIA dengan perasaan yang best sebab akhirnya dapat jugak tengok citer tu..cayalah produksi GENG. you all the best!!!!

Friday, February 20, 2009

Swara Suling

0 comments
Swara suling kumandang swarane
thulat thulit kepenak unine
u......nine mung nyrenyuhake
bareng nan kentrung
ketipung suling sigrak kendangane..

translate:
suara suling berkumandang suara nya
berirama sedap bunyinya
bu.....nyi nya menghiba jiwa
bersama dengan kentrung (salah satu alat gamelan)
ketipung suling gagah bunyi gendangnya...

p/s: first lagu gamelan yang kitorang blajar bersama denga liriknya. em..best sangat!!!

konsert di ASWARA

0 comments

sedar tak sedar, sem ni adalah sem last kitorang amek skill gamelan. rasa cam xcayer je..huhu. aku bakal rindukan budak2 satu kelas, nabil,muiz,faizal,arif,din,hanif,iza,tiqa,nad n angah. dan yang paling tak boleh dilupakan, guru kesayangan kami tuk kelas gamelan jawa, tentunya pak jamal.em tak sangka sem ni ada kelainan tuk kelas skill kitorang. 11 february minggu lepas, kitorang dapat task dari pak jamal tuk tengok konsert kat Akademi Seni dan Warisan kat jalan parliment. em dkat 2 3 hari gak la kitorang cari jalan nak cari ASWARA tu kat mana. huhu. tapi mujur nabil tau jalan ke sana, so pada hari kejadian kitorang jonvoi 2 kete. satu kete budak laki naik kete nabil dan satu lagi kete tiqah budak pompuan. em tak ramai yang g sebab masing2 ada hal. em pengalaman yang best la.yang kelakar nya, nabil siap bawak walkie-talkie bagi kat tiqah sebab takut kitorang sesat. em tiqah pun satu, nama je duk KL, jalan pusat bandar pun tak tau.hehe. memang jenis yang tak suka berjalan.



lepas maghrib kitorang berkumpul kat tangga besar, n then bertolak terus g sana lalu jalan genting-klang. konsert ti start kul 8.30. alhamdulllah kitorang sempat sampai kul 8.30 tu.emfirst time masuk ASWARA, besar gak tempat nya. anyway malam tu adalah konsert gabungan antara pelajar akedimi ASWARA n kedutaan Indonesia. em semestinya la pak jamal pun ada main gak malam tu. persembahan dimulakan dengan pelajar2 aswara mainkan lagu gamelan melayu pastu diikuti dengan pihak kedutaan mainkan lagu gamelan jawa. sangat teruja. ada satu lagu tu aku dapat tengok perbezaan yang sangat unik bila not lagu melayu dimainkan dalam not gamelan jawa. em bunyi yang sangat menarik. pastu dalam lagu gamelan melayu dan jawa ada lirik yang dinyanyikan sekali. wah.... teruja dapat dengar. sungguh menawan.


sesi kedua plak kitorang di kenalkan dengan seni muzik india iaitu pemain sita dan tabla yang dimainkan oleh lecturer ASWARA sendiri. beliau ialah pemain sita peringkat antarabangsa dan telah mendapat anugerah di peringkat international. em rupanya petikan sita tu mendamaikan dan membuai kalbu. rasa cam dalam filem hindustaan plak. hehe. teruja dapat tengok live. apabila sita bergabung dengan tabla. sungguh satu seni yang indah.tak sangka permainan tabla tu perlukan disiplin dan teknik yang tepat. bukan senang nak dalami seni pukulan tabla. brother prakash yang main tabla tu pun belajar dkat india. em menarik.. hen last skali, kitorang diterujakan lagi dengan gabungan sita, tabla dan kedua gamelan melayu dan jawa. em pada pandangan aku, musik itu bersatu dan kita ini adalah serumpun. musik dan melodi tak blaeh dipisahkan. walaupun setiap musik itu datang dari latar belakang yang berlainan, tapi bila digabungkan, ia akan menghasilkan bunyi yang sangat indah.. em lain kali kalau ada konsert camni lagi aku nak g..em kali ni aku nak g nagn my teddy..sebab masa pegi kali ni, my teddy tak dapat pegi sebab kena keje. aku pun patutnya kena keje gak, tapi xdapatla g sebab kene g tempat ni. lagipun aku kenma wat report pasal konsert ni. well pada sesape yang minat musik, boleh la tengok mane2 persembahan musik. yang terbaru teater Puteri Gunung Ledang yang tenagh dipentaskan kat Istana Budaya.
 
Copyright © DrEaM hUnTeR
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur