menempuh alam dewasa begitu sukar rupanya.. tak semua yang kita inginkan akan berada dalam genggaman.. masa kita berbeza..haluan kita tak sam.. tapi hati kita berbicara kisah yang serupa..
tatkala ini aku berada dalam dilema.. antara kasih dan keinginan.. antara hati dan perasaan.. anatara masa dan ruang berbicara..
manusia hidup perlu membuat pilihan.. pilihan dipilih berdasarkan logik, persekitaran, tujuan dan keadaan.. tak semua pilihan kita membahagiakan.. untuk membahagiakan orang lain, diri sendiri perlu berkorban.. berkorban keinginan dan perasaan..
keadaan sekarang begitu membebankan.. sehingga aku jadi buntu untuk menerangkan pada diri.. apa yang aku inginkan.. aku ingin dia bahagia..tidak perlu risau akan diriku.. aku ingin jadi tabah dan menjadi wanita gagah tanpa mengharapkan dirinya.. aku tidak ingin sakitkan hatinya lagi.. aku ingin jadi kekasih tempat dia bersandar ketika letih..
aku faham situasi sekarang tidak akan sama seperti dulu.. masa begitu pendek buat kami berdua.. dia bukan milik ku lagi..takkan menjadi milik ku lagi..
hati berbicara lah..aku perlukan jawapan yang pasti.. apa yang perlu aku lakukan..hatiku inginkan dia..tapi aku tahu kesibukan yang dia alami... aku tidah boleh jadi tamak..tapi perasaan ni hanya inginkan dirinya.. aku tak minta banyak..sekadar dua tiga mesej darinya menunjukkan aku masih dalam perhatiannya.. bukan dua tiga jam seperti biasa..hanya dua tiga mesej sahaja..
hati bersabarlah..airmata berhentilah mengalir... Ya Allah..berat nya tanggungan perasaan ini.. seperti aku tiada sesiapa disisi.. dia mungkin dekat..tapi terasa jauh..
aku respect wanita-wanita yang pandai bawak kete..aku rasa rasa orang pompuan yang pandai bawak kete ni adalah wanita gagah..sebab dulu aku rasa kete ni cam susah je nak bawak..mana nak tukar gear nya, mana nak tekan break nya..nak jaga clutch ngan minyak lagi..nak tengok cermin sisi nagn cemin pandang belakang lagi..huhu..so complicated..
daripada sem-sem lepas lagi aku dah pasang niat nak amek lesen kete..sebabnya, ada sekali tu balik dari umah pakcik kat teluk intan waktu malam, mak yang kena bawak kete sebab abah takleh memandu malam. mata tak nampak sangat. mak pun camtu tapi nak wat camne, mak kena bawak jugaklah. makanya sepanjang perjalanan tu aku tak leh lelap mata sebab risau mak bawak. kejap ke tepi sangt, kejap makn jalan sebelah. hati ni tuhan saja ang tau. lepas tu aku terus tekad nak amek lesen kete. tapi keadaan tak mengizinkan lagi..
sehinggalah sem akhir ni aku tekadkan hati juagk nak amek lesen. aku savekan duit tuk amek kelas memandu..dan semalm detik bersejarah aku menjadi salah seorang wanita gagah. alhamdulillah semua berjalan lancar..cuak gak asalnya sebab calon2 sebelum aku tu ramai yang tak lepas bukit..bila sampai giliran aku, aku kawal perasaan nervous, yakinkan hati yang aku boleh buat. alhamdulillah semua berjalan lancar...aku just buat ikut apa yang aku belajar jer.
terima kasih kepada semua tenaga pengajar kat situ. semua best membuatkan aku bertambah yakin nak memandu. bila dah belajar ni, barulah aku tau..bawak kete ni taklah susah sangat..hehe. ni kalau kakak aku tau aku dah lulus, mesti dia jeles :-)
lepas ni, aku boleh tolong abang2 memandu balik kampung. takdelah deporang penat lagi..