Wednesday, August 6, 2008

keindahan hidup ini..

1 comments
saat tangan ini mendukung si kecil..kutatap wajahnya..putih bersih dan suci..
saat ku mendakap si kecil..hatiku berdetik..indahnya perasaan menyayangi..
saat ku dakap si kecil..betapa bahagia yang ku rasai..

wajah si kecil yang suci tanpa noda dunia..ibarat kain putih yang bersedia dicorakkan hidupnya..
menanti ummi membelai..menanti Abi tersenyum manja..

saat itu hatiku berkata..
duhai si kecil..
lahirmu membawa bahagia ummi dan Abi,
kaulah penawar duka di hati kami..
senyumanmu, tangismu, tawamu..
membawa seribu kebahagiaan..
semoga dirimu menjadi muslimah pendakwah,
pembela nasib umat akhir zaman..

kini..ku dakap si kecil sebesar tapak tangan dengan penuh kasih sayang..
terima kasih tuhan atas anugerah ini..

-to my lovely baby girl..Nur Syuhada Mohd Amin..'acik rindu huda'..

Tuesday, July 8, 2008

i've got new baby girl!

0 comments
06.07.08..cantik kan no. tu..well that day i just got new baby girlzz. x sabar nak tengok..('___')

Thursday, July 3, 2008

aku teruja!!!

2 comments
dah lama tak bukak friendster, so arini aku pun menggagahkan diri menapak ke cc yang terletak lbih kurang 6 kilometer dari umah..tapi nak kira menapak,mustahillah. so aku pun membonceng motor kesayangan mak aku BGC 2791 itu ke pekan Sg Besar..disebabkan mak aku tak guna harini, so available la untuk aku gunakan..

misi aku ke cc nak amek jadual kelas aku yang bakal start isnin ni..sambil2 tu aku pun update la mane2 yg patut..so aku bukak friendster tuk add kawan aku..tiber2 aku tgok ada orang wish besday aku in advance sebab kalu nak ikutkan besaday aku ada lagi seminggu. tgok2 rupa2nya kawan sekolah lama aku..hoho..dalam tertanya2 tu aku pun tgok la empunya tuan yang m'hantar. bukak2 page dia aku menyedari sesuatu yang aku tak sedar sebenarnya benda tu dah lama wujud..tak sangka ada yang wat group sekolah lama aku.. Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang..walaupun sekolah tu tak sehebat sekolah2 yang gah2 di malaysia ni namun aku masih bangga menjadi warga SAMPP! huahuahua...walaupun tak dapat melahirkan pemimpin2 besar negara, tapi tetap melahirkan insan2 yang bakal memimpin keluarga suatu hari nanti..yang bakal mendidik generasi seterusnya penyambung zuriat nabi Adam.

setelah mengetahui kehadiran group yu, aku pun terus la join that group and thanks to all yang wish my besday in advance especially adlan.:-) Hepi becoming besday to me, hehehe

Tuesday, June 17, 2008

2 comments
alkisah..aritu aku hantar mak kat airport sebab mak ngan sedara yang lain ingin bercuti ke indonesia sambil membawa misi kedamaian.tiber.. masa kat airport tu, my teddy pun di kenalkan dengan sedara2 yang ada..

selepas melambai dan melihat orang2 yang nak pegi masuk ke balai belepas, kami (me n my teddy) pun belepas jugak ke kompleks bukit jalil atas permintaanku yang tak penah gi karnival jomheboh tv3. oleh kerana kami ni masing2 tengah kering poket..makanya kami hanya menjamu mata melihat goodie bags yang ditawarkan..itupun mujur kami tak main amek je sebab my teddy cakap beg2 tu dibagi free..(untungnya kalau camtu)hehe. walaupun kami hanya berputih dan berhitam warna mata, tetapi kami sempat membawa pulang sesuatu yang lebih berharga dari goodie2 bag yang di jual dengan berleluasa.apa dia?


em kenangan la..mujur kamera ajaibku ku usung kehulu ke hilir untuk merakam setiap kenangan yang kami lalui bersama.huhu.. then kitorang pun puas la berjalan dan berjumpa selebriti tv3. ooo macam ni rupanya jomheboh..dah pegi baru tau.. soo kalu ada rezeki lagi insyallah bleh pegi lagi dan bleh ajak kawan2.


ps: aku jumpa azhar sulaiman.huhu hensem betul..;-)jgan marah ek.

Monday, May 19, 2008

di hari cuti..

0 comments


bersempena ngan cuti hari wesak, aku pun mengambil kesempatan untuk melepak di uia..lagipun hari ahad tu AKHI Project ada wat mentoring. rindu betul nak jumpa member2 lama..so My Teddy pun amek kat tempat keje dan bawak aku gi UIA. kat UIA aku tumpang bilik my best friend Nadun. so masa mentoring tu dapat la jumpa kawan2 n kebetulan my senior2 pun ada datang jugak..best nya..tapi aku agak terkilan xdapat jum angah my another best friend sebab dia syok bercuti nagn Famili..so sebelum balik Damansara balik, aku ngan my teddy singgah cc n dapat la ku mengedit blog aku ni dan baca blog2 my senior..huhu..esok dah keje!!! sedar tak sedar lagi 3 minggu je aku nak keje..ku pasti merindui anak2 murid ku yang comel2..huhu. tapi gembira sebab lepas ni dapat cuti kat kampung sebulan..huahuahua


Selamat Hari Guru..

0 comments


Tanggal 16 Mei merupakan hari guru untuk sumer guru2 di Malaysia..so kami di Darul Iqra' centre juga tak ketinggalan menyambut sebagai menghargai jasa2 dan pengorbanan guru di DIC. huhu best nya sambutan hari guru kat sini..dapat banyak hadiah..tiber..hehe.em bos hadiahkan setiap sorang bunga ros sebab dia suka sangat bunga tu..so pagi jumaat tu pelajar2 datang membawa juadah masing2..ada yang bawak kek, mihun, kuih2 dan macam2 lagi lah..cikgu Bibie plak bawak nasi lemak pastu ada rendang..huhu best sangat.kitorang satu hari tu asyik makan je..setelah penuh makan atas 3 meja, kitorang pun mulakan ngan ucapan setiap guru..pastu ada permainan untuk anak2 murid..happening sangat la

..pelajar2 pun pakai baju cantik2...tapi best jugak sebab kawan yang dari KUIS pun datang jugak..hehe..so tengahari tu kitorang pun makan..petang macam biasalah jaga budak2, then malam bos ajak kuar makan..alhamdulillah, sepanjang keje kat sini xrisau makan dan tempat tinggal..bos pun baik..tapi semenjak kurang pekerja ni aku makin tensen sebab keje makin beban..ini lah cabaran dan reality alam pekerjaan..em kat sini aku sertakan gambar2 sepanjang hari guru..

Sunday, May 11, 2008

persembahan bunga api..

0 comments
akhirnya selepas sebulan lebih aku keje, baru minggu ni aku balik kampung..ni pun sebab mak nak wat kenduri..kenduri lenggang perut kakak aku yang pregnant 7 bulan..kebetulan pulak umah sedara kenduri..


alkisahnya nak cerita, kat kampung malam tadi kitorang tengok persembahan bunga api free kat depan umah..em mesti korang pelik kan bunga api sempena perayaan apa.takkan sebab kenduri pasang bunga api.ni bunga api yang paling jarang kita dapat tengok..kisah nya begini supaya korang gempak sikit..tiber..asalnya mak nak wat kenduri hari ahad tapi tetiber dapat tau ahad TNB nak stop bekalan lektrik dari kul 10 pg sampai 7 ptg. last2 mlam tadi masa tgah tgok tv dalam kul 10 black out.tak pasal2 begelap sampaikan nank sedara yang pompuan tu ajak balik KL padahal dia baru sampai lepas maghrib. maka abag2 ku yang 3 orang tu pun buat lah apa yg patut supaya kitorang tak kepanasan tido malam tu..stlah call TNB dan kami menuggu sampai tetido, tiber2 kami dikejutkan ngan percikan bunga api kat depan umah selepas kul 12..terdengarlah jugak jeritan yang membingitkan dari rumah sebelah..maka kami semua yang berada dirumah tu pun bergegas lah keluar..rupa2 nya tiang letrik depan rumah aku terbakar dan terhasillah percikan bunga api yang sangat terang dan cantik tapi menakutkan..kenapa menakutkan? sebab aku takut ianya menyambar rumah.huhu.aku terus tepon my teddy sebab aku takut sangat.tak lama lepas tu bomba pun datang sebab ada org report ada kebakaran. huhu kitorang batak jugak la sebab 1st time bomba datang umah.hehe.siap tangkap gambar lagi..tapi xleh nak display sebab gambar kat kamera abang long..em tu lah kejadian yang berlaku malam tu...dan akhirnya bekalan elektrik kembali pada pkul 4 pagi..



hari ahad nya pulak, aku g kenduri rumah sedara, aku ingatkan siapa kawin, rupa2 nya kawan sekolah aku..mak aku x bagi tau pun.huhu.dia dapat orang muar..tak sangka aida dah kawin..nanti rayer best la dapat rayer berdua..nyway Selamat Pengantin baru la kat Haida..moga kekal ke anak cucu..
 
Copyright © DrEaM hUnTeR
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur