Wednesday, April 1, 2009

:: JasA mU AbAh::

4 comments
Dua hari semalam aku dilanda tak boleh tido siang. em ada kebaikan sebab boleh study tapi yang tak bestnya, tak boleh tido tu otak aku jadi blur..dan akibatnya aku pun tak boleh study. baik tido..huhu.
haritu tetiber aku melayan lagu-lagu nasyid dari in-team yang dah agak lama aku tinggalkan sebab aku tengah gila layan lagu korea ngan lagu jepun sekarang-apakah nasyid sudah semakin pudar dalam hidupku-..huhu. time lagu yang menceritakan pasal ayah (aku tak ingat tajuk dia) tiber2 mengalir air mata tatkala mendengar bait-bait lirik lagu tersebut..
Oh Ayah..
tak pernah ku tanya..
ke mana tumpahnya keringatmu..
Oh Ayah..
tak pernah ku hitung
berapa banyak kerutan didahimu..
yang kupinta...
hanyalah kemahuan hatiku..
yang sedaya ayah laksanakan..
kau pendorong bukan lah pendesak
apa lagi memaksa diriku..
aku terdorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera..
kenapa tetiber aku terinagt kat abah bila dengar lagu ni? ada satu hari ni aku tengok abah potong kematu kat tapak tangan abah. kematu tu terjadi sebab akhir-akhir tu abah kerje kuat potong buah kelapa sawit kat kebun. lepas abah potong, ada empat kematu and then abah cakap, "em ni satu kematu harganya seratus ringgit" sebab hasil yang abah dapat untuk potong buah tu, abah dapat empat ratus. tu lah duit untuk belanja rumah, belanja anak-anak sekolah, dan sebagainya..
well..walaupun hubungan aku ngan abah bukan lah rapat sangat. sebab aku masa kecik kuat merajuk (emm sampai sekarang kot..huhu cian my teddy melayan..), tapi bait lagu ni mengingatkan aku bahawa ego seorang ayah yang tak nak tunjuk sangat dia sayang kan anak nya supaya anak-anaknya belajar berrdikari. kalau tak tak jadi aku yang sekarang ni..
bila dah besar baru aku sedar, abah saja nak garang supaya kitorang adik beradik lagi kuat hadapi kenyataan hidup..
"terima kasih abah..mungkin izah tak penah luahkan izah sayang kat abah..tapi abah la hero dalam hidup iza.."

Wednesday, March 25, 2009

::I LOVE GAMELAN!!!::

5 comments
aku tengah try nak buat pembaharuan ke atas blog aku ni untuk tambah menarik dan reader friendly (sebab bila aku baca balik post-post aku yang lepas, sure boring nak baca. so aku apologize kan sumer reader aku..tiber!)

well seperti yang korang tak tau-memang la tak tau sebab aku tak bagitau lagi.heheheh- bahawasanya sem ni adalah sem last kitorang ambik skill gamelan (ke aku dah bagitau kat post yang dulu?em memang pelupa. patut la my teddy bising.huhu) makanya rasa cam tak best je bila pikir sem depan dah takde kelas yang boleh leasure-leasure.huhu. kelas skill pun dah tamat ngan jayanya minggu lepas dan aku memecahkan record kedatangan sem ni dengan tidak memonteng hatta satu kelas pun. HOOOORAYYYY!!!!

so this coming jumaat ni adalah final exam kitorang..doakan kami berjaya.

~aku harap boleh excellent lagi cam sem-sem lepas

Thursday, March 5, 2009

KISAH TALI LEHER

7 comments
Hari ni sepatutnya aku ada midterm Communication Law and Ethics yang dijadualkan pukul sebelas setengah. walaupun malam tadi aku agak bersengkang mata mentelaah subjek tu (konon je la.padahal pukul 1 dah surrender.huhu) dan semalam terpaksa jaga kedai sorang-sorang sebab My Teddy ada exam pukul 8 malam. jadik petang tu dia hantar buah hati dia ni g keje, pastu tinggalkan diri ini sorang-sorang (apa aku merepek ni. dia ada exam la..huhu)

Berbalik pada cerita midterm aku ni, disebabkan hari ni kelas aku start pukul 8.30 (surely tak boleh ponteng kelas tu sebab head of department political science yang ajar dan dia sangat particular ngan attendance), aku pun mendatangkan diri ke kelas tu. tapi for sure aku tak pay attention sangat masa dalam kelas sebab aku sibuk revise subjact Comm Law and Ethics ni.huhu (sorry sir).

kelas USFP pukul 10 lepas tu aku berani ponteng sebab minggu ni banyak presentation dari student je. lagipun aku cuak nak midterm ni. jadi aku pun decide untuk mengulangkaji pelajaran kat HS Cafe tercinta sambil ditemani kawan baikku Angah yang bersama-sama ponteng kelas USFP jugak. asalnya Nad pun nak join jugak tapi memandangkan dia rasa terlalu 'rindu' dekat sir Ishtiaq (sebab banyak tanda merah kat attendence list), dia pun tak jadi join 'kerja jahat' kitorang.

sementara aku study subject untuk midterm ditengah-tengah kebisingan HS cafe ni, tiba-tiba Jai datang. dengan pakai baju jalur-jalur merah hitam dia tu, dia bawak tali leher sekali yang warnanya hampir sama ngan warna baju dia.dalam hati aku cakap, 'mimpi apa budak sorang ni pakai tali leher?'. kemudian aku pun bertanya dengan terus terang tanpa malu dan segan (tiber!!) dan beliau pun menjawab, 'ada presentation untuk kelas advertising kejap lagi.saper tau ikat tali leher?'. dengan pertanyaan begitu tahulah aku bahawa beliau tak tahu macam mana nak ikat tali leher.

kebetulan Hilmi ada bersama-sama kami pada ketika itu (budak sorang ni serba-serbi tau banyak benda), so Angah suruh Hilmi tolong ikatkan. masa tu Hilmi tengah bersembang dengan Zaki (atau aku biasa panggil Zakiah..hehe.jagan marah ek..),maka dia pun ikat tali leher tu di lehernya sendiri tanpa fokus padanya (apa aku cakap ni.korang paham ke?) sebab dia tengah syok sembang ngan Zaki. setelah selesai Jai dengan Angah teruja sebab tanpa tengok pun Hilmi beleh ikat tali leher.fuyooo.(teruja ke?aku tak..heheh)

apa terjadi nagn midterm aku?huhu

setelah penat mentelaah, aku pun bergerak ke kelas yang diadakan di Multimedia Lab HS dengan penuh berdebar-debar dan kurang yakin (sebab aku tak pasti apa yang aku study. ada ke maklumat dalam kepala ni.huhu) makanya, aku pun bertawakal lah. sampai je kat kelas, aku pelik sebab tak ramai orang. aik deporang ni nerves sangat ke sampai takut nak amik midterm?emmm

tak lama lepas tu sorang classmate aku masuk kelas dan dia ada cakap something yang membuatkan aku terkejut sekejap.

classmate: "dengar kata boleh postponed midterm hari ni. ikut majority"

aku : " tak nak lah postponed. minggu depan banyak keje lagi.ada midterm lain jugak'

calssmate: "tapi kalau majority vote, terpaksa lah terima"

huhu..pastu tetiber dia cakap, kelas tukar kat LT 1 HS. laaaaa..penat je tunggu kat situ. buang masa tau (tiber). maka aku dan classmate yang lain pun bergerak la ke LT 1 tu.patutla tak ramai kat dalam kelas tu. masuk-masuk je dah ramai yang sampai, kitorang ni oarang yang terakhir masuk la. kemasukan kami dikejutkan dengan kenyataan "HARI NI TAK JADI MIDTERM!" huaaaaaaa! tensyen sehhhh.penat la aku study malam tadi. kemudian dikejutkan lagi bahawa next midterm pada hari selasa (dimana pada hari tersebut aku ada midterm ASEAN FP dan deadline assignment Foreign Policy and Decision Making) huhu. maka kelas pun berjalan seperti biasa.

ni gambar aku download jerrr...


habis je kelas tu, aku pun datang balik kat HS Cafe tercinta (cewahhh) dan start merungut dan mengadu ngan Angah. lepas zohor Jai datang balik sebab dah lepas presentation dia. dia pun bukak tali leher dia dan Angah mencapainya. Jai cakap jangn bukak ikatannya sebab dia tak tahu pasang balik.

Angah : Jai kena belajar ikat tali leher ni lah.

Jai : hehe.aku tak nak lah. biar isteri aku yang belajar ikat.kan senang.
aku : ish...ish... ish..meh nak try. mesti best kan kalau pandai ikat tali leher. nanti dah kawen, boleh pakai kan untuk suami.

Angah : tapi kena make sure la suami nanti keje ada pakai tali leher.

Then aku pun bayangkan aku ikatkan tali leher untuk My Teddy, buat dengan penuh kasih sayang, pastu hantar My Teddy pergi keje. (wah..tinggi nya fantasi aku.heheh..malu lah..;-p).aku pun capai la tali leher tu. nak cuba bukak and ikat sebab aku pernah belajar dulu, tapi ingat-ingat lupa. so aku pun mula lah melilit-lilit, pusing kanan,pusing kiri, masuk belakang, dan keluar depan. POP! dah jadi. "yes, aku berjaya! hoooray!". hehe. then, selepas keberjayaan aku tu, Angah pun teruja nak belajar dan aku pun ajarkan. emm tak susah mana pun.hehe. nanti dah kawin boleh la aku pakaikan untuk My Teddy. " Honey, nanti sayang pakaikan untuk Honey ok?:-)"

tulah kisahnya. citer kat sini, kenalah belajar benda yang kita tak tahu..( tiber!!)
~nak blajar masak sambal favourite My Teddy..

Monday, February 23, 2009

synopsis GENG

0 comments

Something disturbs the peace in the village of Kampong Durian Runtuh. Villagers tell of a fearsome beast lurking at night but no one dares to find out what it is until Badrol, Lim and their newfound friends stumble upon the very heart of the mystery itself. A small peculiar animal, not native of the forest befriends Rajoo and brings the whole gang into an adventure deep into the exotic Malaysian rainforest filled with dangerous animals including an age old mystical giant snake. Join the gang as they embark on a journey of action and adventure set upon the warm atmosphere of a Malaysian village enclosed by landscapes of greenery.

tarikh tayangn : february 12, 2009

Sunday, February 22, 2009

Upin Ipin The Muvie

2 comments

tengahari ahad semalam, aku cadang nak balek umah abang ngah kat ampang sebab nak pulangkan video cam yang akupinjam masa nak g konsert gamelan aritu. so tengahari pukul 12 tu my teddy ajak g lunch kat luar, so lepas lunch tu bleh la dia hantar aku g umah abg ngah. cadangnya nak g ampang lepas zohor, tunggu punya tunggu abang ngah balas mesj, sempat kitorang jalan2 kat Giant Batu Cave. hehe lama tak g sana. selalu g carrefour je...
tak lama pas tu abg nagh pun balas mesej suh datang lepas asar sebab dia keluar. aku pun cakap ok. sementara nak tunggu lepas asa (time ti baru masuk zohor), so kitorang pu decide nak g tengok wayang citer GENG. masa kuar aritu tak dapat tengok sebab dah sold out. so kitorang sampai MBO ampang dalam pukul 3, tengok2 tiket untuk tayangan pukul 3.15 nagn puul 5 dah sold out. huh...laku betul citer tu. aku pun tengok ramai gak mak ayah datang bawak anak2 untuk tengok citer upin ipin tu. so lepas my teddy dapat cari parking kitorang beratur tuk beli tiket pukul 8.45 malam. lepas bli tiket tu kitorang tak tau nak g mana so aku try tanya abg ngah samada dia dah ada kat umah ke belum.nasib baik dia cakap dah ada kat umah. then kitorang pun bergerak la g umah abg ngah pukul 4 tu dan lepak kat situ sampai maghrib.

kat umah abg ngah dapat la release tension dapat jumpa anak2 buah ku yang nakal2, syira ngan abang dia arfan. em dah besa anak2 buah aku ni, macam tak caye je..kat umah abg ngah dapat la aku wat hobi aku iaitu tengok tv.hehe..lepas maghrib, abg ngah n family pun nak kuar jagk sebab kak ipar kata boring duk umah dan rancangan tu pun disokong oleh syira n arfan yang sememang nya tengah boring tak tau nak buat apa.atas desakan dan pujukan oleh anak2 dan isteri, abg ngah pun bersetuju untuk kuar jalan2 malam tu (aktiviti yang biasa gak deporang buat kalu aku balek umah tu).
lepas maghrib sume kuar meninggalkan umah ke arah yang berlainan, abang ngah g setiawangsa dan aku n my teddy g MBO tengok geng. em sampai MBO dalam 8.15, time tu ramai budak2 kecik bersama ngan mak ayah deporang. sume tengah tak sabar nak tengok upin ipin di layar perak. malam tu agak lambat la dapat masuk pawagam, dekat pukul sembilan baru bleh masuk. em..akhirnya tibalah masa tayangan bermula..

komen dan perasaan aku tentang citer tu?:

jalan cerita yang menarik, ada kelakar, suspen, mendebarkan, ending yang menarik. em setiap watak dikembang kan dengan begitu baik, semua ada peranan masing2, xd lah watak yang hnya muncul sebagai penghias skrin je. pada aku watak utama citer tu adalah rajoo sebab dialah penghubung antara manusia ngan binatang. upin dan ipin adalah watak pelengkap citer tu. aku n my teddy sama2 setuju bahawa tulah ceriter animasi malaysia yang paling best dan kalau nak ranking citer tu antara 1 sampai 10, aku bagi full mark lah. hehe..rasa cam nak tengok lagi..so saper2 yang tak tengok lg citer tu aku syorkan g lah tengok kat pawagam sebab lagi puas kot, dengan sound system yang power especially time saat2 yang mendebarkan, dengan gambar yang cantik, em memang puas hati lah. aku rasa nak syorkan kat produksi citer tu untuk wat version 3D nyer. kalu deporang bleh buat, huh lagi gempak! especially time yang aksi deporang kejar binatang comel tu..huhu,teringat citer 3D yang tengok masa kat genting aritu..em kalau ada version tu, memang kitorang akan tengok..

so malam tu kitorang balek UIA dengan perasaan yang best sebab akhirnya dapat jugak tengok citer tu..cayalah produksi GENG. you all the best!!!!

Friday, February 20, 2009

Swara Suling

0 comments
Swara suling kumandang swarane
thulat thulit kepenak unine
u......nine mung nyrenyuhake
bareng nan kentrung
ketipung suling sigrak kendangane..

translate:
suara suling berkumandang suara nya
berirama sedap bunyinya
bu.....nyi nya menghiba jiwa
bersama dengan kentrung (salah satu alat gamelan)
ketipung suling gagah bunyi gendangnya...

p/s: first lagu gamelan yang kitorang blajar bersama denga liriknya. em..best sangat!!!

konsert di ASWARA

0 comments

sedar tak sedar, sem ni adalah sem last kitorang amek skill gamelan. rasa cam xcayer je..huhu. aku bakal rindukan budak2 satu kelas, nabil,muiz,faizal,arif,din,hanif,iza,tiqa,nad n angah. dan yang paling tak boleh dilupakan, guru kesayangan kami tuk kelas gamelan jawa, tentunya pak jamal.em tak sangka sem ni ada kelainan tuk kelas skill kitorang. 11 february minggu lepas, kitorang dapat task dari pak jamal tuk tengok konsert kat Akademi Seni dan Warisan kat jalan parliment. em dkat 2 3 hari gak la kitorang cari jalan nak cari ASWARA tu kat mana. huhu. tapi mujur nabil tau jalan ke sana, so pada hari kejadian kitorang jonvoi 2 kete. satu kete budak laki naik kete nabil dan satu lagi kete tiqah budak pompuan. em tak ramai yang g sebab masing2 ada hal. em pengalaman yang best la.yang kelakar nya, nabil siap bawak walkie-talkie bagi kat tiqah sebab takut kitorang sesat. em tiqah pun satu, nama je duk KL, jalan pusat bandar pun tak tau.hehe. memang jenis yang tak suka berjalan.



lepas maghrib kitorang berkumpul kat tangga besar, n then bertolak terus g sana lalu jalan genting-klang. konsert ti start kul 8.30. alhamdulllah kitorang sempat sampai kul 8.30 tu.emfirst time masuk ASWARA, besar gak tempat nya. anyway malam tu adalah konsert gabungan antara pelajar akedimi ASWARA n kedutaan Indonesia. em semestinya la pak jamal pun ada main gak malam tu. persembahan dimulakan dengan pelajar2 aswara mainkan lagu gamelan melayu pastu diikuti dengan pihak kedutaan mainkan lagu gamelan jawa. sangat teruja. ada satu lagu tu aku dapat tengok perbezaan yang sangat unik bila not lagu melayu dimainkan dalam not gamelan jawa. em bunyi yang sangat menarik. pastu dalam lagu gamelan melayu dan jawa ada lirik yang dinyanyikan sekali. wah.... teruja dapat dengar. sungguh menawan.


sesi kedua plak kitorang di kenalkan dengan seni muzik india iaitu pemain sita dan tabla yang dimainkan oleh lecturer ASWARA sendiri. beliau ialah pemain sita peringkat antarabangsa dan telah mendapat anugerah di peringkat international. em rupanya petikan sita tu mendamaikan dan membuai kalbu. rasa cam dalam filem hindustaan plak. hehe. teruja dapat tengok live. apabila sita bergabung dengan tabla. sungguh satu seni yang indah.tak sangka permainan tabla tu perlukan disiplin dan teknik yang tepat. bukan senang nak dalami seni pukulan tabla. brother prakash yang main tabla tu pun belajar dkat india. em menarik.. hen last skali, kitorang diterujakan lagi dengan gabungan sita, tabla dan kedua gamelan melayu dan jawa. em pada pandangan aku, musik itu bersatu dan kita ini adalah serumpun. musik dan melodi tak blaeh dipisahkan. walaupun setiap musik itu datang dari latar belakang yang berlainan, tapi bila digabungkan, ia akan menghasilkan bunyi yang sangat indah.. em lain kali kalau ada konsert camni lagi aku nak g..em kali ni aku nak g nagn my teddy..sebab masa pegi kali ni, my teddy tak dapat pegi sebab kena keje. aku pun patutnya kena keje gak, tapi xdapatla g sebab kene g tempat ni. lagipun aku kenma wat report pasal konsert ni. well pada sesape yang minat musik, boleh la tengok mane2 persembahan musik. yang terbaru teater Puteri Gunung Ledang yang tenagh dipentaskan kat Istana Budaya.
 
Copyright © DrEaM hUnTeR
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur