Saturday, April 25, 2009

Kepenatan..huhu

2 comments
Sementara broadband abang Amin ni ada kat umah, aku pun gunakanlah sehabis boleh.kehkeh..

em aku baru balik dari rewang kat umah jiran belakang.huh..penat sangat. dah lah cuaca panas menyengat, mujur pengantin sampai awal. alhamdulillah majlis berjalan lancar..

fakta tentang kenduri:
  • pengantin memakai sepersalinan warna hijau coklat (menarik pada pandangan aku)
  • pengantin perempuan orang Selama, Perak manakala pengantin lelaki jiran belakang umah. hehehe
  • hidangan makanan beradap disediakan sepenuhnya oleh adik beradik pengantin lelaki dan ipar duai nya
  • kakak aku yaang mengandung 7 bulan pun ikut rewang (sampai aku terpikir, larat ke kakak aku ni.hehe)
  • pengantin sampai diiringi dengan sekumpulan motorsikal besar (hoho..teruja aku tengok)

macam menarik je kan hari perkahwinan ada iringan motorsikal besar. apa impian perkahwinan aku palk? hehe. terpikir macam nak wat konvoi kete. tapi kampung aku macam tak sesuai je.hehe.anyway. SELAMAT PENGANTIN BARU EMY DAN IDA. SEMOGA BERBAHAGIA KE AKHIR HAYAT. :-)

:: Surat untuk Kekasih::

2 comments
Apasal entry ni berbunyi cam jiwang je? ahaks!!


Saje nak tulis surat untuk kekasih. dulu zaman sekolah suka main tulis-tulis surat ngan pakwe cinta minyet dulu.hehe. tapi disebabkan zaman dah makin maju, walaupun sms ad supaya lagi cepat sampai, tapi aku tak kira, nak jugak tulis surat tuk buah hati.hehe

surat yang berbunyi begini,

kehadapan buah hati yang comel macam teddy bear (hehe),

disebabkan kanda berada jauh di Ipoh dan dinda di Sekinchan (tiber kanda dinda plak. macam zaman dulu..hehe),

dinda di sini ingin mencoretkan sepatah dua kata untuk kanda. (ni dah bunyi macam ucapan, bukan surat lagi dah haha).
pertamanya, bila kanda nak pos handphone adinda yang tertinggal dalam kereta kanda masa kanda hantar adinda balik kampung haritu? adinda dah terlampau rindu akan handphone tersebut.huhu (tak lah sedalam rinduku pada buah hati tersayang)

keduanya, dinda nak mintak maaf sebab aritu tak bagitau bonda dinda yang kanda tak makan udang.heheh.akibat nya kanda terpaksa jugak menelan masakan udang tersebut. mujur ayahanda dinda membakar ayam, maka makan tengahari kanda kat umah dinda dianggap 'not bad'. bak kata kanda, " mujur ada side dish, kalau tak, makan nasi kosong la abang"

selepas itu, kanda cakap hari ni kanda dan keluarga pegi makan angin kat Taiping, ohh adinda sungguh jeles sebab tak ikut serta (camna nak ikut serta, status 'family' pun tak dapat lagi.heheh)

yang terakhirnya, kad matric kanda ada didalam simpanan dinda, maka kalau nak sila lah berkunjung ke UIA supaya kad itu dapat diambil kembali (haha, itu cuma alasan nak jumpa.kehkeh)

sebelum adinda menoktahkan warkah ini, adinda berharap kanda tido lena peluk baju yang adinda bagi minggu lepas (mesti dah bebau baju tu.hehe. pergi basuh sekarang! tiber..) dan adinda juga akan lena berselimutkan sweater kanda (tukar-tukar barang.baru romantik.kahkah)

maka, adinda akhiri warkah ini dengan ucapan selamat malam, sweet dream dan 'rindu kamu dengan banyak!!'

:: LaMa Tak JuMpa::

0 comments
Dah seminggu aku cuti duk umah. sasaran cuti ni aku nak kurangkan makan.hehe. nasib baik usaha ni agak boleh dijalankan sebab mak ngan abah pun dah jarang makan nasi. mak dah lama wat diet ni. abah plak selepas test darah aritu dan doktor cakap tekanan darah tinggi,terus dia kurangkan makan.huhu..
so tugas memasak aku kurang la siket. tapi stil kena masak gak.hehe.cuti ni aku nak try wat baju mini jubah.well..still nak dapatkan tunjuk ajar dari mak ngan kakak jugak.hehe

esok kenduri rumah jiran belakang aku. kawan sepermainan kawin. sepatutnya hari ni aku tolong rewang tapi aku tak gi pun malah aku sedap lepak kat umah, masak lemak pucuk ubi ngan sanbal belacan untuk lunch (walaupun yang makan cuma abah ngan aku n budak-budk je), then aku tolong mak wat cendol untuk kenduri esok. (ceh, tu pun nak citer..hehe), tapi aku tetap bahagia dan esok aku tetap kena kejobos jugak.(apa benda kejobos tu..oit itu bahasa jawa lah. makna dia rewang. kalau rewang pun tak penah dengar, em korang pandai-pandai lah translate sendiri.

bersempena esok kenduri umah jiran aku, kakak aku yang duduk Klang pun balik umah untuk sama-sama kejobos esok. apa lagi, aku pun dapat gak jumpa Huda, my beloved neice.hehe.em dah pandai jalan, tapi masih pegang dinding lagi.


Huda ngan my Abah

well,sebab lama tak jumpa Huda (adalah dalam sebulan) sebab aku agak membusykan diri dengan assignment dan kuliyyah,dan exam, dan kuiz, dan...macam-macam lagi lah, makanya aku tidak mensempatkan diri balik umah.huhu

maka nya, sementara Huda ada kat umah ni, aku nak main ngan dia puas-puas. hehe.walaupun minggu depan dia pun balik lagi..tapi minggu depan lagi best sebab abang-abang semua balik sebab umah kakak sepupu wat kenduri, anak dia plak kawin. em perkataan kawin ni menghadirkan perasaan jeles je dalam hati aku.huhu..nak kawin gak..tiber!!!
so next week rancangannya nak sambut besday ahli keluarga yang lahir bulan April. please lookoing forward.

Saturday, April 18, 2009

:: selamat bercuti ::

3 comments
kesengsaraan menghadapi final exam sem dah pun berlalu.huhu aku tak tau lah performance aku camne..tapi yang pasti last paper tu aku tak all out la. bukannya apa, sebab dah penat sangat tunggu nak ke 17 April tu buat aku malas nak study, study pun macam tak study..sebabnya? huhu aku jeles tengok sume orang dok pack-pack barang nak balik kampung. em perasaan aku nak cuti pun makin membuak-buak bagai gunung berapi nak meletus.haha, sesuai ke perumpamaan ini? kehkeh


well, esok aku akan balik kampung. HOORAY!!!

tak sabarnya nak melepak kat umah dan menjalankan aktiviti yang aku suka, antaranya:
  • menjahit (well i really like it! hehe)

  • memasak ( walaupun kadang-kadang aku malas, tapi kena wat jugak sebab bila aku ada kat umah, secara automatiknya tugas memasak aku yang pegang. oh tidak!!!!!)
  • tengok tv - aku memang nak maraton tengok citer-citer yang aku tak follow up masa kat UIA. hahah..siap la budak-budak kat umah. akan ku concure tv tu..HUAHUAHUA (with evil look)
  • then aku nak main game puas-puas-walaupun aku ni bukan lah hantu main game

tapi cuti kali ni sekejap je sebab aku ambik sem pendek. so duk umah dalam 2 minggu je..huhu. i will miss my friends very much! especiall nadun (setelah kita berkongsi saat pahit dan manis akhir-akhir sem bersama. acehcehceh..tapi aku tetap tak puas hati kat kau sebab kau habis awal dari aku dan ko akan grade sem satu nanti. arghh..kejelesan melanda)




then i will mis my honey..(huhu..sebab aku akan tenggelam dalam lautan rindu untuk 2 bulan tak jumpa dia sebab dia tak amek short sem. i miss you honey- tiber jiwang plak).

dan lagi satu, sepanjang cuti ni tak dapat la aku mengupdate blog dan melayari internet sebab kat umah aku takda internet.huhu.

so, kepada semua, SELAMAT BERCUTI!! jumpa lagi short sem nanti!

Wednesday, April 1, 2009

:: JasA mU AbAh::

4 comments
Dua hari semalam aku dilanda tak boleh tido siang. em ada kebaikan sebab boleh study tapi yang tak bestnya, tak boleh tido tu otak aku jadi blur..dan akibatnya aku pun tak boleh study. baik tido..huhu.
haritu tetiber aku melayan lagu-lagu nasyid dari in-team yang dah agak lama aku tinggalkan sebab aku tengah gila layan lagu korea ngan lagu jepun sekarang-apakah nasyid sudah semakin pudar dalam hidupku-..huhu. time lagu yang menceritakan pasal ayah (aku tak ingat tajuk dia) tiber2 mengalir air mata tatkala mendengar bait-bait lirik lagu tersebut..
Oh Ayah..
tak pernah ku tanya..
ke mana tumpahnya keringatmu..
Oh Ayah..
tak pernah ku hitung
berapa banyak kerutan didahimu..
yang kupinta...
hanyalah kemahuan hatiku..
yang sedaya ayah laksanakan..
kau pendorong bukan lah pendesak
apa lagi memaksa diriku..
aku terdorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera..
kenapa tetiber aku terinagt kat abah bila dengar lagu ni? ada satu hari ni aku tengok abah potong kematu kat tapak tangan abah. kematu tu terjadi sebab akhir-akhir tu abah kerje kuat potong buah kelapa sawit kat kebun. lepas abah potong, ada empat kematu and then abah cakap, "em ni satu kematu harganya seratus ringgit" sebab hasil yang abah dapat untuk potong buah tu, abah dapat empat ratus. tu lah duit untuk belanja rumah, belanja anak-anak sekolah, dan sebagainya..
well..walaupun hubungan aku ngan abah bukan lah rapat sangat. sebab aku masa kecik kuat merajuk (emm sampai sekarang kot..huhu cian my teddy melayan..), tapi bait lagu ni mengingatkan aku bahawa ego seorang ayah yang tak nak tunjuk sangat dia sayang kan anak nya supaya anak-anaknya belajar berrdikari. kalau tak tak jadi aku yang sekarang ni..
bila dah besar baru aku sedar, abah saja nak garang supaya kitorang adik beradik lagi kuat hadapi kenyataan hidup..
"terima kasih abah..mungkin izah tak penah luahkan izah sayang kat abah..tapi abah la hero dalam hidup iza.."
 
Copyright © DrEaM hUnTeR
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur