Dah seminggu aku cuti duk umah. sasaran cuti ni aku nak kurangkan makan.hehe. nasib baik usaha ni agak boleh dijalankan sebab mak ngan abah pun dah jarang makan nasi. mak dah lama wat diet ni. abah plak selepas test darah aritu dan doktor cakap tekanan darah tinggi,terus dia kurangkan makan.huhu..
so tugas memasak aku kurang la siket. tapi stil kena masak gak.hehe.cuti ni aku nak try wat baju mini jubah.well..still nak dapatkan tunjuk ajar dari mak ngan kakak jugak.hehe
esok kenduri rumah jiran belakang aku. kawan sepermainan kawin. sepatutnya hari ni aku tolong rewang tapi aku tak gi pun malah aku sedap lepak kat umah, masak lemak pucuk ubi ngan sanbal belacan untuk lunch (walaupun yang makan cuma abah ngan aku n budak-budk je), then aku tolong mak wat cendol untuk kenduri esok. (ceh, tu pun nak citer..hehe), tapi aku tetap bahagia dan esok aku tetap kena kejobos jugak.(apa benda kejobos tu..oit itu bahasa jawa lah. makna dia rewang. kalau rewang pun tak penah dengar, em korang pandai-pandai lah translate sendiri.
bersempena esok kenduri umah jiran aku, kakak aku yang duduk Klang pun balik umah untuk sama-sama kejobos esok. apa lagi, aku pun dapat gak jumpa Huda, my beloved neice.hehe.em dah pandai jalan, tapi masih pegang dinding lagi.
Huda ngan my Abah
well,sebab lama tak jumpa Huda (adalah dalam sebulan) sebab aku agak membusykan diri dengan assignment dan kuliyyah,dan exam, dan kuiz, dan...macam-macam lagi lah, makanya aku tidak mensempatkan diri balik umah.huhu
maka nya, sementara Huda ada kat umah ni, aku nak main ngan dia puas-puas. hehe.walaupun minggu depan dia pun balik lagi..tapi minggu depan lagi best sebab abang-abang semua balik sebab umah kakak sepupu wat kenduri, anak dia plak kawin. em perkataan kawin ni menghadirkan perasaan jeles je dalam hati aku.huhu..nak kawin gak..tiber!!!
so next week rancangannya nak sambut besday ahli keluarga yang lahir bulan April. please lookoing forward.
0 comments:
Post a Comment