Saturday, April 25, 2009

:: Surat untuk Kekasih::

Apasal entry ni berbunyi cam jiwang je? ahaks!!


Saje nak tulis surat untuk kekasih. dulu zaman sekolah suka main tulis-tulis surat ngan pakwe cinta minyet dulu.hehe. tapi disebabkan zaman dah makin maju, walaupun sms ad supaya lagi cepat sampai, tapi aku tak kira, nak jugak tulis surat tuk buah hati.hehe

surat yang berbunyi begini,

kehadapan buah hati yang comel macam teddy bear (hehe),

disebabkan kanda berada jauh di Ipoh dan dinda di Sekinchan (tiber kanda dinda plak. macam zaman dulu..hehe),

dinda di sini ingin mencoretkan sepatah dua kata untuk kanda. (ni dah bunyi macam ucapan, bukan surat lagi dah haha).
pertamanya, bila kanda nak pos handphone adinda yang tertinggal dalam kereta kanda masa kanda hantar adinda balik kampung haritu? adinda dah terlampau rindu akan handphone tersebut.huhu (tak lah sedalam rinduku pada buah hati tersayang)

keduanya, dinda nak mintak maaf sebab aritu tak bagitau bonda dinda yang kanda tak makan udang.heheh.akibat nya kanda terpaksa jugak menelan masakan udang tersebut. mujur ayahanda dinda membakar ayam, maka makan tengahari kanda kat umah dinda dianggap 'not bad'. bak kata kanda, " mujur ada side dish, kalau tak, makan nasi kosong la abang"

selepas itu, kanda cakap hari ni kanda dan keluarga pegi makan angin kat Taiping, ohh adinda sungguh jeles sebab tak ikut serta (camna nak ikut serta, status 'family' pun tak dapat lagi.heheh)

yang terakhirnya, kad matric kanda ada didalam simpanan dinda, maka kalau nak sila lah berkunjung ke UIA supaya kad itu dapat diambil kembali (haha, itu cuma alasan nak jumpa.kehkeh)

sebelum adinda menoktahkan warkah ini, adinda berharap kanda tido lena peluk baju yang adinda bagi minggu lepas (mesti dah bebau baju tu.hehe. pergi basuh sekarang! tiber..) dan adinda juga akan lena berselimutkan sweater kanda (tukar-tukar barang.baru romantik.kahkah)

maka, adinda akhiri warkah ini dengan ucapan selamat malam, sweet dream dan 'rindu kamu dengan banyak!!'

2 comments:

Jai said...

acecey... main surat2 nie mcm inspired by chika jek, huhu...

Izzi said...

hehe..sweetnye warkah tue..miss you too syg..miss u soo much! love u too!

 
Copyright © DrEaM hUnTeR
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur