tahun ni mungkin kurang kegembiraan bagi diriku..tapi hati ni tetap happy sebab ada anak-anak sedara yang comel-comel dan nakal-nakal..ok tahun ni tema baju warna hijau.dari mama, abah and sampai cucu-cucu yang baru sume pakai hijau. tahun ni jugak dalam sejarah, my abah pakai baju melayu satu sut beserta sampin.:-) selalu sempoi je hari raya. dalam sejarah jugak my abah dapat hadiah tokoh Aidilfitri masa baraan tahun ni setelah sekian lama tak ikut baraan.
raya kali ni agak malas ye diri ini nak gi beraya umah kawan-kawan. serius aku duk umah je. kuar raya pun ngan family je..cuma semalam je ada hati ciket nak jumpa kawan-kawan. huhu..hati ni duk pikir assignment yang melambak tak siap lagi.huaaaaaargh!
tapi yang gembiranya tahun ni adalah tahun kedua sambut dengan buah hati tersayang. tak sabarnya nak gi beraya gi umah kawan-kawan bersama.hehe.
walaupun dapat cuti raya sampai ahad, tapi hari ni lagi aku dah berada di bumi UIA yang tercinta. huhu. perjalanan dua jam dari kampung ke Gombak sungguh memenatkan apatah lagi dengan menaiki motosikal. huhu rasa nak patah pinggang. ingat gerak awal pagi tadi nak gi kenduri kak Amy katSerdang. tapi disebabkan ada masalah tadi makanya aku tak dapat menghadirkan diri. sungguh sedih di hati ini. anymay nak ucap SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT KAK AMY DAN SUAMI. MOGA JODOH BERKEKALAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT. sori tak dapat hadir. janji ngan abang pizin pagi tadi tapi beliau sudah pergi dengan pakcik beliau. so tak dapatlah jumpa.huhu
ok isnin dah start kelas, sementelah ada midterm jugak..huaaaargh! dahlah tak study lagi.huhu.dengan assignment melambak lagi.tak tau lah sempat siapkan ke tidak..huhu. ingatkan relaks je jadi budak final year ni..dah nak last2 sem baru keje melambak.haduiii!
anyway kawan-kawan..selamat hari raya dan selamat kembali berperang dengan kelas n study!
2 months ago
0 comments:
Post a Comment