malas kah saya nak update blog? YA, SAYA MEMANG TENGAH MALAS!
Alaaaa...saya bukan taknak update blog tercinta ni..masa takde and selalu ada je masalah ngan wireless.(hehe alasan...). kalau tengah rajin dan idea mencurah2..em time tu lah masalah tiber.."apasal wireless UIA ni lembap sangat! ARGHHH!!"
Ramadhan tahun ni bermakna ramadhan ke dua saya sambut ngan my teddy.hehe..raya pun camtu jugak..ok bulan puasa tahun ni wat bisness jahit baju..tapi tak lah banyak sangat amek tempahan. kawan2 je yang hantar..sebenarnya bukan lah berani sangat nak wat baju orang ni..takut orang tak selesa...tapi boleh lah kalau nak cuba2 wat bisnes..setakat ni alhamdulillah kawan puas hati..
ok saper nak tempah baju kurung and kebaya bleh hantar kat saya dengan harga yang paling berpatutan! ceh promote bisness plak..
em miggu ni last kelas sebelum bermula cuti midterm gabungan cuti raya..huhu cam tak caya tahun ni dapat puasa seminggu kat umah. kalau tahun lepas? alamat nya 2 hari sebelum raya baru dapat balik..masa tu tak yah cakap la..nak gi kelas malas..dalam hati asyik teringat nak raya je..huhu
emm dahlah minggu last lecture..tapi tiap2 hari ada midterm..waaaa~ tak nak kawan..studi studi studi....huhu. jeles ngan my teddy sebab dia takde midterm minggu ni. tapi takpe...lepas raya tinggal satu je..so raya ni bleh enjoy puas2!!! hehe
so holiday midsem ni kat umah 2 minggu. kat umah dah banyak keje menanti..ok tolong mak wat kuih..tolong siapkan tempahan menjahit..well acara tahunan..disebabkan kitorang sibuk jahit baju orang..pemandangan biasa pagi raya adalah yang pompuan kat umah tu masih lagi sibuk menjahit baju raya sendiri..kesian...huhu
well raya tahun ni mungkin tak berapa meriah sebab adik beradik yang dah berkeluarga akan beraya di rumah mertua masing2 kecuali abang yang no 3 akan beraya di Sekinchan. kenapa? huhu sebab dah 2 tahun dia beraya kat umah mertua..so 2 tahun ni dia akan beraya kat kampung sini plak.." NO EXCUSE!"
em tak sabar tnak balik umah..tapi saya balik umah tahun ni naik motor..huhu penat lah nampaknya..kalau tahun lepas my teddy hantar..tahun ni kena balik sendiri..em persediaan tahun ni pun biasa je..em tak sabar nak jumpa anak2 buah.."izman, haiqal..nanti cik ja balik ek.." (ceh sebut nama anak buah yang baru je.bias la cik ja ni.hehe)
ok disebabkan saya agak malas nak update blog kebelakangan ni..jadi saya nak amek kesempatan ucap SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA!
kepada kawan2 yang tahu rumah saya kat sekinchan, saya jemput datang open house kat kampung pada 10 september bersamaan 20 syawal. hehe awal giler jemput gi rumah terbuka.
2 months ago
0 comments:
Post a Comment