Wednesday, May 13, 2009
Friday, May 8, 2009
:: mingu bershoping ::
boring nye Short sem ni my teddy takde. aku merinduinya dengan sangat banyak.huhu
Nad: ko kena bli kasut baru jugak lah ni.hehe
aku: nanti lah kat sana aku bli kasut 10 hinggit.kuang3
ini adalah kasut yang nak terbelah dua.huhu
tu cite hari isnin ye. hari rabu aku kuar lagi, tapi kali ni berempat, put, nad ngan fir skali. Kali ni kuar pegi JJ sebab put nak beli hadiah hari ibu. yang ni punya kisah lagi kelakar. atas term 'misunderstand', perjalanan agak lari plan.huhu.aku ngan nad pikir gerak lambat pun takpe sebab kitorang dah biasa kuar malam. sebab takde kenderaan, kitorang memenag la pikir naik public transport je. yang nak di jadikan citer, put ngan fir plak pikir lain. yang tak boleh blah, man ntah deporang terpikir si nad bawak kete. dengan confident plak tu..hehe
petang tu memang cadang kuar lepas put ngan fir habis keje. fir talipon nak gerak kul berapa, then aku pun cakap dalam 6 suku camtu sebab deporang mesti penat lagi, pastu tepon nad pun dia baru sampai bilek dan aku pun sebenarnya baru bangun tido.kahkah
dalam 6 lebih, kitorang dah ready nak kuar, so aku suh fir ngan put datang bilek. yang aku pelik, apasal la deporang ni bawak tong minyak sampai 3. nak isi munyak macam man? rupa-rupanya, deporang confident yang petang tu akan kuar naik kete nad, so ingat nak singgah stesen minyak isi tong.kahkahkah. apa punya lawak lah...last2 kitorang naik teksi. sepanjang jalan kitorang anggap teksi tu kete nad.hehe
Saturday, April 25, 2009
Kepenatan..huhu
em aku baru balik dari rewang kat umah jiran belakang.huh..penat sangat. dah lah cuaca panas menyengat, mujur pengantin sampai awal. alhamdulillah majlis berjalan lancar..
fakta tentang kenduri:
- pengantin memakai sepersalinan warna hijau coklat (menarik pada pandangan aku)
- pengantin perempuan orang Selama, Perak manakala pengantin lelaki jiran belakang umah. hehehe
- hidangan makanan beradap disediakan sepenuhnya oleh adik beradik pengantin lelaki dan ipar duai nya
- kakak aku yaang mengandung 7 bulan pun ikut rewang (sampai aku terpikir, larat ke kakak aku ni.hehe)
- pengantin sampai diiringi dengan sekumpulan motorsikal besar (hoho..teruja aku tengok)
macam menarik je kan hari perkahwinan ada iringan motorsikal besar. apa impian perkahwinan aku palk? hehe. terpikir macam nak wat konvoi kete. tapi kampung aku macam tak sesuai je.hehe.anyway. SELAMAT PENGANTIN BARU EMY DAN IDA. SEMOGA BERBAHAGIA KE AKHIR HAYAT. :-)
:: Surat untuk Kekasih::
dinda di sini ingin mencoretkan sepatah dua kata untuk kanda. (ni dah bunyi macam ucapan, bukan surat lagi dah haha).
:: LaMa Tak JuMpa::
esok kenduri rumah jiran belakang aku. kawan sepermainan kawin. sepatutnya hari ni aku tolong rewang tapi aku tak gi pun malah aku sedap lepak kat umah, masak lemak pucuk ubi ngan sanbal belacan untuk lunch (walaupun yang makan cuma abah ngan aku n budak-budk je), then aku tolong mak wat cendol untuk kenduri esok. (ceh, tu pun nak citer..hehe), tapi aku tetap bahagia dan esok aku tetap kena kejobos jugak.(apa benda kejobos tu..oit itu bahasa jawa lah. makna dia rewang. kalau rewang pun tak penah dengar, em korang pandai-pandai lah translate sendiri.
bersempena esok kenduri umah jiran aku, kakak aku yang duduk Klang pun balik umah untuk sama-sama kejobos esok. apa lagi, aku pun dapat gak jumpa Huda, my beloved neice.hehe.em dah pandai jalan, tapi masih pegang dinding lagi.
Saturday, April 18, 2009
:: selamat bercuti ::
- menjahit (well i really like it! hehe)
- memasak ( walaupun kadang-kadang aku malas, tapi kena wat jugak sebab bila aku ada kat umah, secara automatiknya tugas memasak aku yang pegang. oh tidak!!!!!)
- tengok tv - aku memang nak maraton tengok citer-citer yang aku tak follow up masa kat UIA. hahah..siap la budak-budak kat umah. akan ku concure tv tu..HUAHUAHUA (with evil look)
- then aku nak main game puas-puas-walaupun aku ni bukan lah hantu main game
tapi cuti kali ni sekejap je sebab aku ambik sem pendek. so duk umah dalam 2 minggu je..huhu. i will miss my friends very much! especiall nadun (setelah kita berkongsi saat pahit dan manis akhir-akhir sem bersama. acehcehceh..tapi aku tetap tak puas hati kat kau sebab kau habis awal dari aku dan ko akan grade sem satu nanti. arghh..kejelesan melanda)
then i will mis my honey..(huhu..sebab aku akan tenggelam dalam lautan rindu untuk 2 bulan tak jumpa dia sebab dia tak amek short sem. i miss you honey- tiber jiwang plak).
dan lagi satu, sepanjang cuti ni tak dapat la aku mengupdate blog dan melayari internet sebab kat umah aku takda internet.huhu.
so, kepada semua, SELAMAT BERCUTI!! jumpa lagi short sem nanti!