Wednesday, May 13, 2009

::belajar polisi::

1 comments
entry kali ni berkisah tentang politik.wahh..aku dah pandai buat entry pasal politok.hehe. em..tak lah pasal politik sangat cuma nak kongsi ilmu tentang subjek yang aku amek short sem ni.

sem ni aku amek subjek Bureaucracy and policy implementation. ha kan ada word policy tu..masa kelas first, aku tershocked jugak lah bila miss citer overview pasal this course. bukannya apa, sebelum-sebelum ni aku banyak amek subjek specialized untuk international relatio, tetiber kali ni amek subject specialized public administration. mana tak ter shocked nya.

yang membuatkan aku rasa cam culture shocked sebab subjek-subject sebelum ni memberi aku informasi tentang hubungan antabangsa, pasal politik luar negara, kuarang la pendedahan dan juga politik Malaysia. sekali subject polici implementation ni suh aku kena banyak main dengan info polotik malaysia, agencies, ministry, ministers..em banyak lagi lah..aku ternganga je bila miss soal-soal pasal nama-nam menteri ke..(walaupun seharusnya aku kena tau.huhu) berapa kementerian kat malaysia, berapa menteri kat malaysia, polisi kat malaysia, malaysia's plan..em semualah.huhu. terasa diri ini begitu kerdil.

tapi part yang bagusnya, amek subject ni buat aku ingat yang aku masih rakyat malaysia.hehe..taklah..
bercanda..sekurang-kurangnya bagi aku informasi semasa tentang plan-plan tindakan yang dibuat, proses-proses pelaksanaan, even assignment pun kena kaji pasal polisi yang pernag dilaksanakan. huhu..tarik nafas panjang aku..

well. aku hope, short sem ni aku bleh dapat excellent mark tuk dua-dua subject yang aku amek. hope you well too. daa

:: i want this bag.huhu::

4 comments

Friday, May 8, 2009

:: mingu bershoping ::

0 comments
Short Sem dah mula!!!!

boring nye Short sem ni my teddy takde. aku merinduinya dengan sangat banyak.huhu


minggu first ni aku banyak kuar g mall teman kawan-kawan beli barang. hari isnin aku ngan nad kuar g Carrefour Wangsa Maju. tapi ada kisah kelakar sebelum kitorang gerak kuar dari UIA. hehe. asalnya nak kuar ngan Angah sekali tapi haritu dia puasa kan, so dia balik bilik terus malas nak kuar.hehe.

so pagi tu kelas first, tapi aku memontengkan diri sebab aku tak print lagi jadual n aku tak ingat kelas aku kat mana. aku kuar dari bilik 15 minit sebelum pukul sepuluh sebab janji nak jum Hidayah (bakal adik ipar. ahaks!) sebab dia nak bagi handphone ku yang tertinggal dalam kete my teddy haritu. so pukul 11 lebih dia datang dan handphone ku selamat aku terima. hehe


kitorang cadang gerak g sana lepas zohor. tiba-tiba masa kuar dari masjid tu aku merasakan something wrong dengan kasut heel kesayangan aku ni. em..tapak dia cam nak tercabut je. sekali aku belek punya belek.. sah! memang dah tercabut.mula-mula sikit, last-last dah hampir semua tercabut. dah jadi cam lidah buaya aku tengok.HAHAHA.

nad bantai gelak tengok kasut aku nak tercabut. maka dengan baik hati dia pun tolong belikan gam gajah untuk mencantumkan kembali kasut aku tu. ok itu cerita kasut belah kiri.

naik bas, ok kasut dalam keadaan selesa. tunggu LRT, alamak..kasut belah kanan plak rasa lain macam. aku tengok, la.... dah nak patah dua. hadui..dhoif betul la..


Nad: ko kena bli kasut baru jugak lah ni.hehe


aku: nanti lah kat sana aku bli kasut 10 hinggit.kuang3

ini adalah kasut yang nak terbelah dua.huhu

ini adalah kasut baru yang berharga RM 10.kahkah



sebelum sampai C4, aku singgah ofice abang ngah yang terletak kat selah NZ Curry House.datang-datang, abang ngah takde. huhu. maka aku ngan Nad pun berjalam kaki menuju ke C4 yang terletak 10 minit jalan kaki dari office tersebut. sampai-sampai kitorang menuju ke Nagiya sebab niat gi situ Nad nak bli kain untuk buat baju. dia nak belajar wat baju kurung.hehe


then, kat situ aku tak beli pape pun sebab takde pitih (bak kata orang Kelantan.ahaks!). Nad plak, dia siap beli kain untuk wat langsir tuk bilik dia (yg ni dia hantar kedai), beli kasut wedgws kat Bata (aku pun teringin nak kasut wedges gak.huhu), dan beberapa barang lain (aku tak ingat apa). lepas tu nad belanja aku makan kat The Chicken Rice Shop.huhu lama tak makan kat situ.


lepas dah puas mengisi perut, kitorang gerak balik..tapi sebelum tu singgah kat office abg ngah dulu. pegi office nak amek keje part time. buat kat UIA je. nak ulang alik takde kenderaan. so balik tu kitorang tumpang my abg long naik kete. haritu abg long balik awal sebab dia selsema.huhu. poor my old brother..



tu cite hari isnin ye. hari rabu aku kuar lagi, tapi kali ni berempat, put, nad ngan fir skali. Kali ni kuar pegi JJ sebab put nak beli hadiah hari ibu. yang ni punya kisah lagi kelakar. atas term 'misunderstand', perjalanan agak lari plan.huhu.aku ngan nad pikir gerak lambat pun takpe sebab kitorang dah biasa kuar malam. sebab takde kenderaan, kitorang memenag la pikir naik public transport je. yang nak di jadikan citer, put ngan fir plak pikir lain. yang tak boleh blah, man ntah deporang terpikir si nad bawak kete. dengan confident plak tu..hehe





petang tu memang cadang kuar lepas put ngan fir habis keje. fir talipon nak gerak kul berapa, then aku pun cakap dalam 6 suku camtu sebab deporang mesti penat lagi, pastu tepon nad pun dia baru sampai bilek dan aku pun sebenarnya baru bangun tido.kahkah

dalam 6 lebih, kitorang dah ready nak kuar, so aku suh fir ngan put datang bilek. yang aku pelik, apasal la deporang ni bawak tong minyak sampai 3. nak isi munyak macam man? rupa-rupanya, deporang confident yang petang tu akan kuar naik kete nad, so ingat nak singgah stesen minyak isi tong.kahkahkah. apa punya lawak lah...last2 kitorang naik teksi. sepanjang jalan kitorang anggap teksi tu kete nad.hehe


so jalan-jalan kat JJ tu, Fir siap beli kicap,tilam kecik tuk adam, put beli hadiah hari ibu, nad bantai makan dengan sangat bayak (tak tau nape dia kuat makan hari tu.hehe..sori nad) dan aku? aku servey bag. teringin sangat nak beg ni tapi takde budget lagi.huhu. balik dari situ pun kitorang naik 'kete nad lagi'.hehe. topik tu jadi topik popular kitorang malam tu.hehe.

tu lah aktiviti minggu pertaman short sem. hujung minggu plak merupakan hujung minggu paling boring sebab aku tak kuar bilek pun. duk memerap je..macam aktiviti aku kat rumah.huhu. tak sabar nak balik ampang minggu ni. daa







Saturday, April 25, 2009

Kepenatan..huhu

2 comments
Sementara broadband abang Amin ni ada kat umah, aku pun gunakanlah sehabis boleh.kehkeh..

em aku baru balik dari rewang kat umah jiran belakang.huh..penat sangat. dah lah cuaca panas menyengat, mujur pengantin sampai awal. alhamdulillah majlis berjalan lancar..

fakta tentang kenduri:
  • pengantin memakai sepersalinan warna hijau coklat (menarik pada pandangan aku)
  • pengantin perempuan orang Selama, Perak manakala pengantin lelaki jiran belakang umah. hehehe
  • hidangan makanan beradap disediakan sepenuhnya oleh adik beradik pengantin lelaki dan ipar duai nya
  • kakak aku yaang mengandung 7 bulan pun ikut rewang (sampai aku terpikir, larat ke kakak aku ni.hehe)
  • pengantin sampai diiringi dengan sekumpulan motorsikal besar (hoho..teruja aku tengok)

macam menarik je kan hari perkahwinan ada iringan motorsikal besar. apa impian perkahwinan aku palk? hehe. terpikir macam nak wat konvoi kete. tapi kampung aku macam tak sesuai je.hehe.anyway. SELAMAT PENGANTIN BARU EMY DAN IDA. SEMOGA BERBAHAGIA KE AKHIR HAYAT. :-)

:: Surat untuk Kekasih::

2 comments
Apasal entry ni berbunyi cam jiwang je? ahaks!!


Saje nak tulis surat untuk kekasih. dulu zaman sekolah suka main tulis-tulis surat ngan pakwe cinta minyet dulu.hehe. tapi disebabkan zaman dah makin maju, walaupun sms ad supaya lagi cepat sampai, tapi aku tak kira, nak jugak tulis surat tuk buah hati.hehe

surat yang berbunyi begini,

kehadapan buah hati yang comel macam teddy bear (hehe),

disebabkan kanda berada jauh di Ipoh dan dinda di Sekinchan (tiber kanda dinda plak. macam zaman dulu..hehe),

dinda di sini ingin mencoretkan sepatah dua kata untuk kanda. (ni dah bunyi macam ucapan, bukan surat lagi dah haha).
pertamanya, bila kanda nak pos handphone adinda yang tertinggal dalam kereta kanda masa kanda hantar adinda balik kampung haritu? adinda dah terlampau rindu akan handphone tersebut.huhu (tak lah sedalam rinduku pada buah hati tersayang)

keduanya, dinda nak mintak maaf sebab aritu tak bagitau bonda dinda yang kanda tak makan udang.heheh.akibat nya kanda terpaksa jugak menelan masakan udang tersebut. mujur ayahanda dinda membakar ayam, maka makan tengahari kanda kat umah dinda dianggap 'not bad'. bak kata kanda, " mujur ada side dish, kalau tak, makan nasi kosong la abang"

selepas itu, kanda cakap hari ni kanda dan keluarga pegi makan angin kat Taiping, ohh adinda sungguh jeles sebab tak ikut serta (camna nak ikut serta, status 'family' pun tak dapat lagi.heheh)

yang terakhirnya, kad matric kanda ada didalam simpanan dinda, maka kalau nak sila lah berkunjung ke UIA supaya kad itu dapat diambil kembali (haha, itu cuma alasan nak jumpa.kehkeh)

sebelum adinda menoktahkan warkah ini, adinda berharap kanda tido lena peluk baju yang adinda bagi minggu lepas (mesti dah bebau baju tu.hehe. pergi basuh sekarang! tiber..) dan adinda juga akan lena berselimutkan sweater kanda (tukar-tukar barang.baru romantik.kahkah)

maka, adinda akhiri warkah ini dengan ucapan selamat malam, sweet dream dan 'rindu kamu dengan banyak!!'

:: LaMa Tak JuMpa::

0 comments
Dah seminggu aku cuti duk umah. sasaran cuti ni aku nak kurangkan makan.hehe. nasib baik usaha ni agak boleh dijalankan sebab mak ngan abah pun dah jarang makan nasi. mak dah lama wat diet ni. abah plak selepas test darah aritu dan doktor cakap tekanan darah tinggi,terus dia kurangkan makan.huhu..
so tugas memasak aku kurang la siket. tapi stil kena masak gak.hehe.cuti ni aku nak try wat baju mini jubah.well..still nak dapatkan tunjuk ajar dari mak ngan kakak jugak.hehe

esok kenduri rumah jiran belakang aku. kawan sepermainan kawin. sepatutnya hari ni aku tolong rewang tapi aku tak gi pun malah aku sedap lepak kat umah, masak lemak pucuk ubi ngan sanbal belacan untuk lunch (walaupun yang makan cuma abah ngan aku n budak-budk je), then aku tolong mak wat cendol untuk kenduri esok. (ceh, tu pun nak citer..hehe), tapi aku tetap bahagia dan esok aku tetap kena kejobos jugak.(apa benda kejobos tu..oit itu bahasa jawa lah. makna dia rewang. kalau rewang pun tak penah dengar, em korang pandai-pandai lah translate sendiri.

bersempena esok kenduri umah jiran aku, kakak aku yang duduk Klang pun balik umah untuk sama-sama kejobos esok. apa lagi, aku pun dapat gak jumpa Huda, my beloved neice.hehe.em dah pandai jalan, tapi masih pegang dinding lagi.


Huda ngan my Abah

well,sebab lama tak jumpa Huda (adalah dalam sebulan) sebab aku agak membusykan diri dengan assignment dan kuliyyah,dan exam, dan kuiz, dan...macam-macam lagi lah, makanya aku tidak mensempatkan diri balik umah.huhu

maka nya, sementara Huda ada kat umah ni, aku nak main ngan dia puas-puas. hehe.walaupun minggu depan dia pun balik lagi..tapi minggu depan lagi best sebab abang-abang semua balik sebab umah kakak sepupu wat kenduri, anak dia plak kawin. em perkataan kawin ni menghadirkan perasaan jeles je dalam hati aku.huhu..nak kawin gak..tiber!!!
so next week rancangannya nak sambut besday ahli keluarga yang lahir bulan April. please lookoing forward.

Saturday, April 18, 2009

:: selamat bercuti ::

3 comments
kesengsaraan menghadapi final exam sem dah pun berlalu.huhu aku tak tau lah performance aku camne..tapi yang pasti last paper tu aku tak all out la. bukannya apa, sebab dah penat sangat tunggu nak ke 17 April tu buat aku malas nak study, study pun macam tak study..sebabnya? huhu aku jeles tengok sume orang dok pack-pack barang nak balik kampung. em perasaan aku nak cuti pun makin membuak-buak bagai gunung berapi nak meletus.haha, sesuai ke perumpamaan ini? kehkeh


well, esok aku akan balik kampung. HOORAY!!!

tak sabarnya nak melepak kat umah dan menjalankan aktiviti yang aku suka, antaranya:
  • menjahit (well i really like it! hehe)

  • memasak ( walaupun kadang-kadang aku malas, tapi kena wat jugak sebab bila aku ada kat umah, secara automatiknya tugas memasak aku yang pegang. oh tidak!!!!!)
  • tengok tv - aku memang nak maraton tengok citer-citer yang aku tak follow up masa kat UIA. hahah..siap la budak-budak kat umah. akan ku concure tv tu..HUAHUAHUA (with evil look)
  • then aku nak main game puas-puas-walaupun aku ni bukan lah hantu main game

tapi cuti kali ni sekejap je sebab aku ambik sem pendek. so duk umah dalam 2 minggu je..huhu. i will miss my friends very much! especiall nadun (setelah kita berkongsi saat pahit dan manis akhir-akhir sem bersama. acehcehceh..tapi aku tetap tak puas hati kat kau sebab kau habis awal dari aku dan ko akan grade sem satu nanti. arghh..kejelesan melanda)




then i will mis my honey..(huhu..sebab aku akan tenggelam dalam lautan rindu untuk 2 bulan tak jumpa dia sebab dia tak amek short sem. i miss you honey- tiber jiwang plak).

dan lagi satu, sepanjang cuti ni tak dapat la aku mengupdate blog dan melayari internet sebab kat umah aku takda internet.huhu.

so, kepada semua, SELAMAT BERCUTI!! jumpa lagi short sem nanti!

 
Copyright © DrEaM hUnTeR
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur