Thursday, January 7, 2010

Wanita Gagah

0 comments
aku respect wanita-wanita yang pandai bawak kete..aku rasa rasa orang pompuan yang pandai bawak kete ni adalah wanita gagah..sebab dulu aku rasa kete ni cam susah je nak bawak..mana nak tukar gear nya, mana nak tekan break nya..nak jaga clutch ngan minyak lagi..nak tengok cermin sisi nagn cemin pandang belakang lagi..huhu..so complicated..

daripada sem-sem lepas lagi aku dah pasang niat nak amek lesen kete..sebabnya, ada sekali tu balik dari umah pakcik kat teluk intan waktu malam, mak yang kena bawak kete sebab abah takleh memandu malam. mata tak nampak sangat. mak pun camtu tapi nak wat camne, mak kena bawak jugaklah. makanya sepanjang perjalanan tu aku tak leh lelap mata sebab risau mak bawak. kejap ke tepi sangt, kejap makn jalan sebelah. hati ni tuhan saja ang tau. lepas tu aku terus tekad nak amek lesen kete. tapi keadaan tak mengizinkan lagi..

sehinggalah sem akhir ni aku tekadkan hati juagk nak amek lesen. aku savekan duit tuk amek kelas memandu..dan semalm detik bersejarah aku menjadi salah seorang wanita gagah. alhamdulillah semua berjalan lancar..cuak gak asalnya sebab calon2 sebelum aku tu ramai yang tak lepas bukit..bila sampai giliran aku, aku kawal perasaan nervous, yakinkan hati yang aku boleh buat. alhamdulillah semua berjalan lancar...aku just buat ikut apa yang aku belajar jer.

terima kasih kepada semua tenaga pengajar kat situ. semua best membuatkan aku bertambah yakin nak memandu. bila dah belajar ni, barulah aku tau..bawak kete ni taklah susah sangat..hehe. ni kalau kakak aku tau aku dah lulus, mesti dia jeles :-)

lepas ni, aku boleh tolong abang2 memandu balik kampung. takdelah deporang penat lagi..

Thursday, October 8, 2009

dugaan hari terakhir

2 comments
hari ni hari akhir pengambilan jubah convo..tak sangka sampai ke akhir dugaan menimpa. tahun ni memang banyak dugaan. bak kata abang shah, "kalau takde dugaan dalam berniaga, tak seronok". hehe memang tak seronok, tapi dugaan tak habis-habis pun tak seronok jugak.

sepanjang seminggu kami bukaka kaunter penjualan frame konvo eksklusive UIA (saje me'melayu'kan pengejaan), selama tulah takde orang kacau suh kitorang tutup kaunter sebab bukak secara illegal. (ok memang bukak tanpa kebenaran pun kat lawasan tu). tapi yang geramnya, tahun ni baru deporang tak bagi bukak. APASAL! 4 tahun lepas elok je. tau apa alasan yang deporang bagi? "takut kaunter mengganggu proses pengambilan jubah. WHAT THE HEEL!! (heel ok..bukan h**l-Quote chika)

ok, cuba anda fikir, kat CAC tu (i taknak bubuh tercinta) ada dua penjualan frame. satu kami, lagi satu syarikat lain. kaunter kami kecik je dengan menggunakan dua buah meja exam dan beberapa kerusi, kaunter pulak terletak kat banquet hall dalam ruangan kawasan yang terhad. kalu nak kata ganggu lalu lalang memang tak logik la. punya besar banquet hall tu,10 ekor gajah lalu pun takde masalah. takkan terjejas pun dengan kehadiran kaunter kitorang.

manakala kaunter lagi satu punyalah makan space. dahlah guna dua meja besar, frame display deporang pun melambak-lambak. broucer deporang lagi merata-rata. tempat plak bersebelahan pintu kecik kat foyer 1 tu nak ke arah conference room. sangat terhad ye laluan kat situ. sementelah dekat sangat la ngan pintu masuk utama CAC.

ok sekarang anda bandingkan, kaunter mana yang paling mengganggu proses pengambilan jubah?

huhu, kami pekerja-peketja yang berdedikasi ni, bersabar je dalam hati apbila dihalu secara halus dan tak berapa nak halus dari tempat kami. tak pasal-pasal menumpang kat kawasan ALUMNI. ok, bos bengang..pekerja pu bengang jugak. tak kira, malam ni nak kuar makan ngan my teddy, I nak makan banyak-banyak. huahuahua!!

= esok nak balik kampung ngan my teddy! YAHOO!!

Saturday, September 26, 2009

kegembiraan syawal

0 comments
tahun ni mungkin kurang kegembiraan bagi diriku..tapi hati ni tetap happy sebab ada anak-anak sedara yang comel-comel dan nakal-nakal..ok tahun ni tema baju warna hijau.dari mama, abah and sampai cucu-cucu yang baru sume pakai hijau. tahun ni jugak dalam sejarah, my abah pakai baju melayu satu sut beserta sampin.:-) selalu sempoi je hari raya. dalam sejarah jugak my abah dapat hadiah tokoh Aidilfitri masa baraan tahun ni setelah sekian lama tak ikut baraan.

raya kali ni agak malas ye diri ini nak gi beraya umah kawan-kawan. serius aku duk umah je. kuar raya pun ngan family je..cuma semalam je ada hati ciket nak jumpa kawan-kawan. huhu..hati ni duk pikir assignment yang melambak tak siap lagi.huaaaaaargh!

tapi yang gembiranya tahun ni adalah tahun kedua sambut dengan buah hati tersayang. tak sabarnya nak gi beraya gi umah kawan-kawan bersama.hehe.

walaupun dapat cuti raya sampai ahad, tapi hari ni lagi aku dah berada di bumi UIA yang tercinta. huhu. perjalanan dua jam dari kampung ke Gombak sungguh memenatkan apatah lagi dengan menaiki motosikal. huhu rasa nak patah pinggang. ingat gerak awal pagi tadi nak gi kenduri kak Amy katSerdang. tapi disebabkan ada masalah tadi makanya aku tak dapat menghadirkan diri. sungguh sedih di hati ini. anymay nak ucap SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT KAK AMY DAN SUAMI. MOGA JODOH BERKEKALAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT. sori tak dapat hadir. janji ngan abang pizin pagi tadi tapi beliau sudah pergi dengan pakcik beliau. so tak dapatlah jumpa.huhu

ok isnin dah start kelas, sementelah ada midterm jugak..huaaaargh! dahlah tak study lagi.huhu.dengan assignment melambak lagi.tak tau lah sempat siapkan ke tidak..huhu. ingatkan relaks je jadi budak final year ni..dah nak last2 sem baru keje melambak.haduiii!

anyway kawan-kawan..selamat hari raya dan selamat kembali berperang dengan kelas n study!

Friday, September 11, 2009

one day out with angah

0 comments
mengenangkan hari sabtu semalam bersamaan 22 ramadhan, ramai warga UIA dah pulang ke kampung masing-masing. apa aku wat kat UIA lagi?

siang tadi kak Ila tepon, tanya bila nak balik. saya pun mengkhabarkan pada hari isnin tercinta baru pulang ke rumah. em balik lambat ni sebab ada kerja nak siapkan.

petang sabtu tercinta tersebut bercadang keluar dengan Angah (sahabat tercinta) untuk membeli sesuatu(barang jahitan sebenarnya. em aim petang tu nak naik motor dan berjalan-jalan berdua. hehe dah gaya macam pakwe bonceng awek je kami berdua ni. setelah selesai urusan di Ong Tai Kim, kami bergerak ke stesen putra untuk menuju ke stesen pudu raya.(huhu skemanya ayat aku. cam nak wat esey 200 patah perkataam pulak)

tujuan ke pudu nak beli tiket balik Kedah untuk adik. em bagus betul adik sorang tu. nasib baik tiket ada lagi. dah lah bagi tau lambat nak suh belikan tiket. makanya, saya pun mendrag angah untuk turut serta trip membeli tiket tersebut. kalau ilut rancangan asal nak gi pudu naik motor, tapi tak penah buat, jadi tak nak buat.

balik dari pudu, gi makan kat Burger King. huhu lama tak makan.balik naik lart dan pulang ke UIA naik mmotor tercinta. sampai bilek angah, hap habis batery and aaku pon collapse! huhu. selamat malam..

buka beramai-ramai :-)

3 comments
tarikh: 11 september 2009
tempat: HS cafe tercinta..(tercinta ke?hehe)
time: 6.00 ptg onwards

asal kejadian nak buka puasa ngan my teddy je..tapi my teddy tiber baik hati dan berkata "jom lah bukak puasa ramai-ramai sebelum balik cuti ni.baru meriah". ok saya paham. disebabkan saya ni buah hati pengarang jantung beliau yang tercinta (eceh!) saya pun membuat jemputan berbuka puasa kepada kawan-kawan saya, yang jugak tercinta.(ok hari ni aku nak guna perkataan tercinta banyak-banyak)

setelah mesej diberi, beberapa rakan menreply dan setuju berbuka bersama-sama. tapi sebenarnya hari ni my mood is not really good. rasa nak marah, nak lempang orang, nak mengamuk, nak belasah orang dan bermacam-macam lagi la..huhu. apa yang terjadi padaku ini?huhu

it is not good you know to have this kind of mood while gathering with orang-orang tercinta. (ya..tercinta lagi). rasa takde mood nak layan deporang...nak respon pun takde hati and nak sembang pun takde modal. roha, you ni apahal?! entahlah..saya pun tak tahu.

tapi disebabkan saya yang memanggil teman-teman untuk berbuka bersam-sam..jadi rasa hati ini perlulah dipendamkan dan ditahan. jaga mood ok.hehe. i bukan marah kat sape-sape..cuma takde mood. em...

tadi bila mengenangkan my teddy nak balik Ipoh esok, (isk isk) hati dah rasa nak nangis. rasa cam nak peluk dia tak bagi balik. ok roha, behave yourself!huhu.

tapi hari ni terharu dapat jumpa kawan lam yang dah lama tak jumpa YASSAINT!!!! hehe.best nya dapat jumpa yasin.tetap macam dulu.

em nape tetibe teringat my teddy yang nak balik esok..huhu. "abang..nak ikut balik Ipoh..huhu"

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Tuesday, September 8, 2009

Ramadhan, midterm, holiday and Raya.

0 comments
malas kah saya nak update blog? YA, SAYA MEMANG TENGAH MALAS!

Alaaaa...saya bukan taknak update blog tercinta ni..masa takde and selalu ada je masalah ngan wireless.(hehe alasan...). kalau tengah rajin dan idea mencurah2..em time tu lah masalah tiber.."apasal wireless UIA ni lembap sangat! ARGHHH!!"

Ramadhan tahun ni bermakna ramadhan ke dua saya sambut ngan my teddy.hehe..raya pun camtu jugak..ok bulan puasa tahun ni wat bisness jahit baju..tapi tak lah banyak sangat amek tempahan. kawan2 je yang hantar..sebenarnya bukan lah berani sangat nak wat baju orang ni..takut orang tak selesa...tapi boleh lah kalau nak cuba2 wat bisnes..setakat ni alhamdulillah kawan puas hati..

ok saper nak tempah baju kurung and kebaya bleh hantar kat saya dengan harga yang paling berpatutan! ceh promote bisness plak..

em miggu ni last kelas sebelum bermula cuti midterm gabungan cuti raya..huhu cam tak caya tahun ni dapat puasa seminggu kat umah. kalau tahun lepas? alamat nya 2 hari sebelum raya baru dapat balik..masa tu tak yah cakap la..nak gi kelas malas..dalam hati asyik teringat nak raya je..huhu

emm dahlah minggu last lecture..tapi tiap2 hari ada midterm..waaaa~ tak nak kawan..studi studi studi....huhu. jeles ngan my teddy sebab dia takde midterm minggu ni. tapi takpe...lepas raya tinggal satu je..so raya ni bleh enjoy puas2!!! hehe

so holiday midsem ni kat umah 2 minggu. kat umah dah banyak keje menanti..ok tolong mak wat kuih..tolong siapkan tempahan menjahit..well acara tahunan..disebabkan kitorang sibuk jahit baju orang..pemandangan biasa pagi raya adalah yang pompuan kat umah tu masih lagi sibuk menjahit baju raya sendiri..kesian...huhu

well raya tahun ni mungkin tak berapa meriah sebab adik beradik yang dah berkeluarga akan beraya di rumah mertua masing2 kecuali abang yang no 3 akan beraya di Sekinchan. kenapa? huhu sebab dah 2 tahun dia beraya kat umah mertua..so 2 tahun ni dia akan beraya kat kampung sini plak.." NO EXCUSE!"

em tak sabar tnak balik umah..tapi saya balik umah tahun ni naik motor..huhu penat lah nampaknya..kalau tahun lepas my teddy hantar..tahun ni kena balik sendiri..em persediaan tahun ni pun biasa je..em tak sabar nak jumpa anak2 buah.."izman, haiqal..nanti cik ja balik ek.." (ceh sebut nama anak buah yang baru je.bias la cik ja ni.hehe)

ok disebabkan saya agak malas nak update blog kebelakangan ni..jadi saya nak amek kesempatan ucap SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA!

kepada kawan2 yang tahu rumah saya kat sekinchan, saya jemput datang open house kat kampung pada 10 september bersamaan 20 syawal. hehe awal giler jemput gi rumah terbuka.

Sunday, August 16, 2009

:: our memories... ::

2 comments
12 ogos aritu ada dinner POSSA.ingat nak tunjuk gambar..i tau i dah lama tak update blog.idea banyak mencurah..tengah ada mood..tiber wireless wat hal.saper tak marah..ni pun mensakitkan hati je online kat cc ni. nak upload gambar pun tak leh..lembab! ok sabar2.. so bila dah lembab..mencacatkan mood i nak menconteng cerita2 mensedihkan..huhu

ok dapat pun opload beberapa keping.sila lah tengok. dinner ni kira meraikan sem terakhir nad..i and angah still ada lagi satu sem.huhu..gud luck sahabat..


tiga sekawan..
angah, me and nad.



fidah, puteri and me of course!!
i pun puteri tau. hehe. puteri hati Khairil Izzi. tiber...

so far..dinner malam tu in my opinion..biasa je. tapi matlamat malam tu nak hanging out ngan kawan2 yang nak grade sem ni. so dapat create another sweet memory dengan diorang is the best thing ever. love you guys!
 
Copyright © DrEaM hUnTeR
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur