Thursday, October 8, 2009

dugaan hari terakhir

2 comments
hari ni hari akhir pengambilan jubah convo..tak sangka sampai ke akhir dugaan menimpa. tahun ni memang banyak dugaan. bak kata abang shah, "kalau takde dugaan dalam berniaga, tak seronok". hehe memang tak seronok, tapi dugaan tak habis-habis pun tak seronok jugak.

sepanjang seminggu kami bukaka kaunter penjualan frame konvo eksklusive UIA (saje me'melayu'kan pengejaan), selama tulah takde orang kacau suh kitorang tutup kaunter sebab bukak secara illegal. (ok memang bukak tanpa kebenaran pun kat lawasan tu). tapi yang geramnya, tahun ni baru deporang tak bagi bukak. APASAL! 4 tahun lepas elok je. tau apa alasan yang deporang bagi? "takut kaunter mengganggu proses pengambilan jubah. WHAT THE HEEL!! (heel ok..bukan h**l-Quote chika)

ok, cuba anda fikir, kat CAC tu (i taknak bubuh tercinta) ada dua penjualan frame. satu kami, lagi satu syarikat lain. kaunter kami kecik je dengan menggunakan dua buah meja exam dan beberapa kerusi, kaunter pulak terletak kat banquet hall dalam ruangan kawasan yang terhad. kalu nak kata ganggu lalu lalang memang tak logik la. punya besar banquet hall tu,10 ekor gajah lalu pun takde masalah. takkan terjejas pun dengan kehadiran kaunter kitorang.

manakala kaunter lagi satu punyalah makan space. dahlah guna dua meja besar, frame display deporang pun melambak-lambak. broucer deporang lagi merata-rata. tempat plak bersebelahan pintu kecik kat foyer 1 tu nak ke arah conference room. sangat terhad ye laluan kat situ. sementelah dekat sangat la ngan pintu masuk utama CAC.

ok sekarang anda bandingkan, kaunter mana yang paling mengganggu proses pengambilan jubah?

huhu, kami pekerja-peketja yang berdedikasi ni, bersabar je dalam hati apbila dihalu secara halus dan tak berapa nak halus dari tempat kami. tak pasal-pasal menumpang kat kawasan ALUMNI. ok, bos bengang..pekerja pu bengang jugak. tak kira, malam ni nak kuar makan ngan my teddy, I nak makan banyak-banyak. huahuahua!!

= esok nak balik kampung ngan my teddy! YAHOO!!

Saturday, September 26, 2009

kegembiraan syawal

0 comments
tahun ni mungkin kurang kegembiraan bagi diriku..tapi hati ni tetap happy sebab ada anak-anak sedara yang comel-comel dan nakal-nakal..ok tahun ni tema baju warna hijau.dari mama, abah and sampai cucu-cucu yang baru sume pakai hijau. tahun ni jugak dalam sejarah, my abah pakai baju melayu satu sut beserta sampin.:-) selalu sempoi je hari raya. dalam sejarah jugak my abah dapat hadiah tokoh Aidilfitri masa baraan tahun ni setelah sekian lama tak ikut baraan.

raya kali ni agak malas ye diri ini nak gi beraya umah kawan-kawan. serius aku duk umah je. kuar raya pun ngan family je..cuma semalam je ada hati ciket nak jumpa kawan-kawan. huhu..hati ni duk pikir assignment yang melambak tak siap lagi.huaaaaaargh!

tapi yang gembiranya tahun ni adalah tahun kedua sambut dengan buah hati tersayang. tak sabarnya nak gi beraya gi umah kawan-kawan bersama.hehe.

walaupun dapat cuti raya sampai ahad, tapi hari ni lagi aku dah berada di bumi UIA yang tercinta. huhu. perjalanan dua jam dari kampung ke Gombak sungguh memenatkan apatah lagi dengan menaiki motosikal. huhu rasa nak patah pinggang. ingat gerak awal pagi tadi nak gi kenduri kak Amy katSerdang. tapi disebabkan ada masalah tadi makanya aku tak dapat menghadirkan diri. sungguh sedih di hati ini. anymay nak ucap SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT KAK AMY DAN SUAMI. MOGA JODOH BERKEKALAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT. sori tak dapat hadir. janji ngan abang pizin pagi tadi tapi beliau sudah pergi dengan pakcik beliau. so tak dapatlah jumpa.huhu

ok isnin dah start kelas, sementelah ada midterm jugak..huaaaargh! dahlah tak study lagi.huhu.dengan assignment melambak lagi.tak tau lah sempat siapkan ke tidak..huhu. ingatkan relaks je jadi budak final year ni..dah nak last2 sem baru keje melambak.haduiii!

anyway kawan-kawan..selamat hari raya dan selamat kembali berperang dengan kelas n study!

Friday, September 11, 2009

one day out with angah

0 comments
mengenangkan hari sabtu semalam bersamaan 22 ramadhan, ramai warga UIA dah pulang ke kampung masing-masing. apa aku wat kat UIA lagi?

siang tadi kak Ila tepon, tanya bila nak balik. saya pun mengkhabarkan pada hari isnin tercinta baru pulang ke rumah. em balik lambat ni sebab ada kerja nak siapkan.

petang sabtu tercinta tersebut bercadang keluar dengan Angah (sahabat tercinta) untuk membeli sesuatu(barang jahitan sebenarnya. em aim petang tu nak naik motor dan berjalan-jalan berdua. hehe dah gaya macam pakwe bonceng awek je kami berdua ni. setelah selesai urusan di Ong Tai Kim, kami bergerak ke stesen putra untuk menuju ke stesen pudu raya.(huhu skemanya ayat aku. cam nak wat esey 200 patah perkataam pulak)

tujuan ke pudu nak beli tiket balik Kedah untuk adik. em bagus betul adik sorang tu. nasib baik tiket ada lagi. dah lah bagi tau lambat nak suh belikan tiket. makanya, saya pun mendrag angah untuk turut serta trip membeli tiket tersebut. kalau ilut rancangan asal nak gi pudu naik motor, tapi tak penah buat, jadi tak nak buat.

balik dari pudu, gi makan kat Burger King. huhu lama tak makan.balik naik lart dan pulang ke UIA naik mmotor tercinta. sampai bilek angah, hap habis batery and aaku pon collapse! huhu. selamat malam..

buka beramai-ramai :-)

3 comments
tarikh: 11 september 2009
tempat: HS cafe tercinta..(tercinta ke?hehe)
time: 6.00 ptg onwards

asal kejadian nak buka puasa ngan my teddy je..tapi my teddy tiber baik hati dan berkata "jom lah bukak puasa ramai-ramai sebelum balik cuti ni.baru meriah". ok saya paham. disebabkan saya ni buah hati pengarang jantung beliau yang tercinta (eceh!) saya pun membuat jemputan berbuka puasa kepada kawan-kawan saya, yang jugak tercinta.(ok hari ni aku nak guna perkataan tercinta banyak-banyak)

setelah mesej diberi, beberapa rakan menreply dan setuju berbuka bersama-sama. tapi sebenarnya hari ni my mood is not really good. rasa nak marah, nak lempang orang, nak mengamuk, nak belasah orang dan bermacam-macam lagi la..huhu. apa yang terjadi padaku ini?huhu

it is not good you know to have this kind of mood while gathering with orang-orang tercinta. (ya..tercinta lagi). rasa takde mood nak layan deporang...nak respon pun takde hati and nak sembang pun takde modal. roha, you ni apahal?! entahlah..saya pun tak tahu.

tapi disebabkan saya yang memanggil teman-teman untuk berbuka bersam-sam..jadi rasa hati ini perlulah dipendamkan dan ditahan. jaga mood ok.hehe. i bukan marah kat sape-sape..cuma takde mood. em...

tadi bila mengenangkan my teddy nak balik Ipoh esok, (isk isk) hati dah rasa nak nangis. rasa cam nak peluk dia tak bagi balik. ok roha, behave yourself!huhu.

tapi hari ni terharu dapat jumpa kawan lam yang dah lama tak jumpa YASSAINT!!!! hehe.best nya dapat jumpa yasin.tetap macam dulu.

em nape tetibe teringat my teddy yang nak balik esok..huhu. "abang..nak ikut balik Ipoh..huhu"

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Tuesday, September 8, 2009

Ramadhan, midterm, holiday and Raya.

0 comments
malas kah saya nak update blog? YA, SAYA MEMANG TENGAH MALAS!

Alaaaa...saya bukan taknak update blog tercinta ni..masa takde and selalu ada je masalah ngan wireless.(hehe alasan...). kalau tengah rajin dan idea mencurah2..em time tu lah masalah tiber.."apasal wireless UIA ni lembap sangat! ARGHHH!!"

Ramadhan tahun ni bermakna ramadhan ke dua saya sambut ngan my teddy.hehe..raya pun camtu jugak..ok bulan puasa tahun ni wat bisness jahit baju..tapi tak lah banyak sangat amek tempahan. kawan2 je yang hantar..sebenarnya bukan lah berani sangat nak wat baju orang ni..takut orang tak selesa...tapi boleh lah kalau nak cuba2 wat bisnes..setakat ni alhamdulillah kawan puas hati..

ok saper nak tempah baju kurung and kebaya bleh hantar kat saya dengan harga yang paling berpatutan! ceh promote bisness plak..

em miggu ni last kelas sebelum bermula cuti midterm gabungan cuti raya..huhu cam tak caya tahun ni dapat puasa seminggu kat umah. kalau tahun lepas? alamat nya 2 hari sebelum raya baru dapat balik..masa tu tak yah cakap la..nak gi kelas malas..dalam hati asyik teringat nak raya je..huhu

emm dahlah minggu last lecture..tapi tiap2 hari ada midterm..waaaa~ tak nak kawan..studi studi studi....huhu. jeles ngan my teddy sebab dia takde midterm minggu ni. tapi takpe...lepas raya tinggal satu je..so raya ni bleh enjoy puas2!!! hehe

so holiday midsem ni kat umah 2 minggu. kat umah dah banyak keje menanti..ok tolong mak wat kuih..tolong siapkan tempahan menjahit..well acara tahunan..disebabkan kitorang sibuk jahit baju orang..pemandangan biasa pagi raya adalah yang pompuan kat umah tu masih lagi sibuk menjahit baju raya sendiri..kesian...huhu

well raya tahun ni mungkin tak berapa meriah sebab adik beradik yang dah berkeluarga akan beraya di rumah mertua masing2 kecuali abang yang no 3 akan beraya di Sekinchan. kenapa? huhu sebab dah 2 tahun dia beraya kat umah mertua..so 2 tahun ni dia akan beraya kat kampung sini plak.." NO EXCUSE!"

em tak sabar tnak balik umah..tapi saya balik umah tahun ni naik motor..huhu penat lah nampaknya..kalau tahun lepas my teddy hantar..tahun ni kena balik sendiri..em persediaan tahun ni pun biasa je..em tak sabar nak jumpa anak2 buah.."izman, haiqal..nanti cik ja balik ek.." (ceh sebut nama anak buah yang baru je.bias la cik ja ni.hehe)

ok disebabkan saya agak malas nak update blog kebelakangan ni..jadi saya nak amek kesempatan ucap SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA!

kepada kawan2 yang tahu rumah saya kat sekinchan, saya jemput datang open house kat kampung pada 10 september bersamaan 20 syawal. hehe awal giler jemput gi rumah terbuka.

Sunday, August 16, 2009

:: our memories... ::

2 comments
12 ogos aritu ada dinner POSSA.ingat nak tunjuk gambar..i tau i dah lama tak update blog.idea banyak mencurah..tengah ada mood..tiber wireless wat hal.saper tak marah..ni pun mensakitkan hati je online kat cc ni. nak upload gambar pun tak leh..lembab! ok sabar2.. so bila dah lembab..mencacatkan mood i nak menconteng cerita2 mensedihkan..huhu

ok dapat pun opload beberapa keping.sila lah tengok. dinner ni kira meraikan sem terakhir nad..i and angah still ada lagi satu sem.huhu..gud luck sahabat..


tiga sekawan..
angah, me and nad.



fidah, puteri and me of course!!
i pun puteri tau. hehe. puteri hati Khairil Izzi. tiber...

so far..dinner malam tu in my opinion..biasa je. tapi matlamat malam tu nak hanging out ngan kawan2 yang nak grade sem ni. so dapat create another sweet memory dengan diorang is the best thing ever. love you guys!

Monday, June 22, 2009

i am not counting again..

3 comments
start dari awal short sem, i am counting of the time.."bila la short sem ni nak habis.." minggu demi minggu..dari bulan mei berganti jun..minggu depan dah nak masuk julai..dari start kuliah sampai kuliah dah habis..hehe. hari ni exam puh dah habis..YAHOOO!!

why i am not counting again? hehe. exam pun dah habis dua jam yang lalu..so itu tanda pengajian sem pendek pun sudah berakhir. alhamdulillah..so tak yah kira lagi bila nak habis s.sem. hehe.. so sum up about short sem:

  • awal bulan jun bawak motor abah ke UIA.motor Yamaha warna merah
  • amek dua subjek, Media and Muslim Society & bureaucracy and policy implement
  • sem ni dapat tengok wayang citer 17 Again
  • jumpa 'future' family. (nervous..huhu)
  • wat keje gila kuar makan malam kat luar naik motor ngan Nad. (hehe best!)
  • paling penting..dugaan berjauhan ngan my teddy. huh sangat tercabar.



sepanjang short sem ni jugak aku ada wat keje part time key in data untuk ofice my abang ngah. dapat la tambah duit belanja siket. aku pun rajin berulang-alik gi ofice kat wangsa maju. ceh bunyi cam ofice sendiri je..hehe. well semalam dapat berita sedih yang Jai kene demam campak. hehe comel nya lah..cam baby plak kena demam campak. aku ngan Nad pun apalagi bagilah segala pantang larang kat dia. hehe..

"Jai..syafakallahu alaik! moga cepat sembuh" ;-)

harap tak jatuh lah saham beliau dengan kehadiran segala parut-parut campak tu.hahaha..(ketawa dengan sangat gembira. hehe)



em tak sabar nak bukak sem satu..nak jumpa my teddy! YAHOO!!

Monday, June 15, 2009

AKHI ibadah camp

0 comments

Tuesday, June 9, 2009

tag dari angah

5 comments
1) Bekas kekasih saya adalah…
yang mana satu ek? ramai sangat.hahaha tak penting macam buah hati sekarang T__________T

2) Saya sedang mendengar…
kicauan burung riang..tapi lagu di hati siapa yang tahu.

3) Mungkin saya patut…
pegi kemas bilek sekarang sebab ad kawan nak datang jap lagi..

4) Saya suka..kalau...
saya setabah wanita pada zaman nabi..yang tabah menghadapi ujian hidup.

5) Sahabat-sahabat saya…
adalah hidup saya, kebanggaan saya dan bayang-bayang saya..kehkeh

6) Saya tak paham…
kenapa makcik cleaner kat HS hari ni tak buang sampah kat depan LT1..busuk..huhu

7) Saya kehilangan…
hati saya di IPOH..waaaaaaa! pulangkan..

8)Ramai yang berkata…
jangan sedih-sedih, diri kena tabah menghadapi ujian..em i am not a perfect person..

9) Cinta itu adalah…
buta..sebab walaupun orang tu banyak wat kita merana, kita tetap akan memaafkan dan kembali padanya..walaupun kita benci dia pada mulanya..kita pasti akan sangat sayang padanya..cinta jugak sanagt bahagia walaupun dengan ingat dia pakai baju biru hari ini nampak sanagt comel..;-)

10) Di suatu tempat,
ada mereka-mereka yang sibuk membuat preparation nak sambut besday angah, adlan, fit n syara malam ni..yahoooo! party!

11) Saya akan cuba…
untuk terus tabah dan berusah menghabiskan short sem kali ni..yes! tinggal seminggu.

12) Perkataan "SELAMANYA" membawa maksud…
aiya..lu bukak sendili itu kamus lewan bahasa.cari itu makna sendiri ma..aiyoo manyak senang..;-p

13) Telefon bimbit saya..
jenama LG yang susah nak tekan keypadnya..waaa! nak handphone sony!

14) Bila saya terjaga…

saya akan tengok jam dah pukul berapa..(jai kita sama.kehkeh)

15) Saya paling meluat…
tunggu..tunggu..dan tunggu lagi..dan lagi...dan lagi...(tiada noktah)

16) Pesta/parti adalah…
suatu acara kita bersosial ngan kawan-kawan yang dah lama tak bersosial bersama..kehkeh..juga acara untuk lari dari kebosanan..

17) Haiwan yang paling comel pernah saya temui…
hamster yang minum air warna pink dan makan makanan warna biru..hehe

18) Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah…
zaman di matrik dan UIA gombak.

19) Hari ini…
saya rasa gembira sebab assignment dan presentation dah selesai dan midterm pun dah tamat

20) Malam ini saya akan…
sambut besday kawan kat HS

21) Esok pula saya akan…
pergi kelas cam biasa..

22) Saya betul² inginkan…....
kelapangan hati..ketenangan minda dan kekuatan emosi untuk menghadapi dugaan Allah

23) Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini…
teruk nya mata aku bengkak sebab tak boleh tidur dua malam..huhu

24) Pusat membeli-belah atau arked permainan…
dua-dua tak best untuk dikunjungi bila tengah takde duit..tiber..baik balik umah abang..bleh main ngan anak buah..huhu rindu Amar..

25) Makanan barat atau Jepun…
barat sebab selalu makan..jepun? i tak reti la..

26) Bilik yang terang atau gelap…
gelap sebab bila tengok movie, cam tengok dalam panggung..tapi tak baik untuk kesihatan mata..

27) Makanan segera adalah…
bila kita order kat kaunter 1, pergi kaunter 2 dah dapt..huhu pantas dan segera.

28) Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang…
nak balik bilik makan..lapar..huhu

29) Siapa yang anda ingin tag…(Silalah buat kalau rajin)
saper2 yang sudi nak buat..tak paksa..hehe

Thursday, June 4, 2009

Taylor Swift- Love story

2 comments
We were both young when I first saw you
I close my eyes
And the flashback starts
I'm standing there
On a balcony in summer air

See the lights
See the party, the ball gowns
I see you make your way through the crowd
And say hello, little did I know

That you were Romeo, you were throwing pebbles
And my daddy said stay away from Juliet
And I was crying on the staircase
Begging you please don't go, and I said

Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes

So I sneak out to the garden to see you
We keep quiet 'cause we're dead if they knew
So close your eyes
Escape this town for a little while

'Cause you were Romeo, I was a scarlet letter
And my daddy said stay away from Juliet
But you were everything to me
I was begging you please don't go and I said

Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes

Romeo save me, they try to tell me how to feel
This love is difficult, but it's real
Don't be afraid, we'll make it out of this mess
It's a love story baby just say yes

Oh oh
I got tired of waiting
Wondering if you were ever coming around
My faith in you is fading
When I met you on the outskirts of town, and I said

Romeo save me I've been feeling so alone
I keep waiting for you but you never come
Is this in my head? I don't know what to think

He knelt to the ground and pulled out a ring

And said, marry me Juliet
You'll never have to be alone
I love you and that's all I really know
I talked to your dad, go pick out a white dress
It's a love story baby just say yes

Oh, oh, oh, oh
'Cause we were both young when I first saw you

taken from: elyrics.net.

-do my story will end like this? em i am waiting for my romeo to take my hand..because..i don't want to be alone..

I'm siGhiNg

1 comments
saya tau tak elok mengeluh..tapi perasaan ni penat..penat akan penantian.. (sighing again..)

saya dah lupa akan perasaan saya masa mula-mula menjejak kan kaki di bumi bertuah UIA setelah berpenat lelah menamatkan zaman matrik.em..dua tahun menempuh alam matrik yang penuh suka duka, kenangan manis bersama rakan-rakan. ketika itu masa penuh dengan hanging out dengan kawan-kawan.

masuk gombak..kawan-kawan lah penguat semangat dalam menempuh alam dewasa, berlumba-lumba dalam pelajaran. study sama-sama, menyulam impian masa depan dengan penuh gembira dan warna-warni. ketika tu, gelak tawa banyak mewarnai kehidupan kami. sedih bersama-sama, wat kerja gila sama-sama..oh i really miss that time.

namun, jangan disangka panas sampai ke petang..dalam ketidaksedaran kami akan masa yang berlalu,hujan pula menjengah hari. dugaan Allah datang mencabar keikhlasan kami dalam erti kata persahabatn. kami sendiri masih lagi dalam kekejutan tatkala waktu itu datang. "Ya Allah, sungguh berat dugaan mu". persahabatn kami teruji. sungguh..saat itu saya rasa seakan dunia gelap seketika. kami jadi agak terumbang-ambing dengan perubahan yang berlaku. untuk mengubah apa yang terbiasa sungguh sukar..

"kenapa kenangan ni menjelma lagi..?" (aku bertanya pada diri..)

saya ingin memetik dialog yang diucapkan dalam muvie the terminal mengenai "people like to see things in the way he likes to see". yes it is true. manusia sangat takut untuk menanggung risiko dan hanya ingin hidup within their safety zone. same goes to me..sebelum dugaan itu hadir, saya sangat takut memikirkan kemungkinan ianya berlaku. kerana satu kehilangan itu begitu menyakitkan.oh..sungguh sukar menghadapinya..

untuk recover daripada kejadian tersebut, sungguh mengambil masa yang lama. times can heals pain..i like that phrase..that's my treatment foe all my pain in life. kemudian peraturan Allah itu Maha Agung dan tidak terduga akan akal cetek manusia..hidup saya berubah dengan insan yang paling memahami diri saya. sungguh dia insan teristimewa dalam hidup dan saya berjanji pada diri hanya dia yang akan menjadi teman hidup saya.

perjalanan hidup saya mula berubah and my central attention is only for him. doing everything only for him, share everything with him, in short he is my priority and i am too depend to him. my life change to be better, that is the good thing and i like it.

but when it come to this moment..-he is not around, far away in Perak, taking short semester job, and i am alone here, with my all busy friends with their own business,and when my heart is full with miss to him..i couldn't do anything.oh..berat nya tanggungan perasaan ni.the dependent behaviour of me make me a weak person and i be too depends on him. i hate it because when i need him, he is not around.

saya tau tak boleh nak demand sangat, tak boleh ikut sangat perasaan ni, sebab saya tau dia bersungguh cari rezeki.saya tahu kondisi dia bagaimana..tapi desakan hati melebuhi desakan akal..em syaitan sungguh kuat menguasai pertikaian antara akal dan hati. saya tau saya harus tabah bak kata one of my friend, "roha kena kuat dan tabah masa dia takde ni sebab mesti dia pun nak roha jadi tabah kan..i know you can"..thanks jai.that is very kind of you. em..i'm trying so hard right now..dah tak tahu berapa sungai airmata ni tumpah..T______________T

em..mungkin saya dah lama tak menggunakan terapi saya dalam menghadapi kesedihan.tulis diari. yes, tulah terapi yang berkesan..bercerita pada helaian kertas kosong yang tiada reaksi, sungguh tenang. tapi tangan seolah telah lupa menarikan jari jemari keatas helaian putih bergaris tu. em..(mengeluh lagi..)oh diary, i'm sory..i didn't mean to forget you..you are the one who always there for me when nobody is not around.sekarang terapi saya adalah makan..tu yang susah nak diet..

wahai hati..kau tabah lah menghadapi dugaan ini..wahai hati yang rapuh bak daun kering yang dah dibakar..bawalah kesedihan hati ni berlalu bersama angin..moga insan yang memahami dapat mendengar dan menjawab keresahahn jiwamu..(em dah bermadah pujangga plak ni..)

sighing again..

Wednesday, May 27, 2009

bOrn iN JulY

1 comments
saper yang lahir bulan julai kat sini angkat tangan?!! ooo yang baju hijau tu nak cengkelat ek? i know you born in july.kehkeh..meh kita citer ciri-ciri orang yang lahir di bulan julai..(do not take this entry as a fact. it just experienced and personal opinion of the writer).

em..orang yang lahir bulan julai ni sangat sensitive dan kuat emosi.hati sangat rapuh,pendirian sangat goyah..kalau nak wat keputusan..korang kena ready untuk ianya bertukar di saat-saat akhir..(hu~ saya selalu wat camtu..)yang paling kesian orang yang involve dalam keputusan tu jugak..huhu

antara habit yang tak boleh hilang, (ni masih terjadi pada diriku..) suka lupa letak barang, careless dan pelupa yang sangat dahsyat.i tell you it worse and saya selalu kena kutuk dengan abang-abang saya (walaupun hakikatnya deporang pun dua kali lima je sama pelupa gak..saje amek kesempatan nak kutuk adik dia yang senang di buli ni..kehkeh), pastu selalu kena bebel ngan my teddy antaranya:
  • "macam mana boleh tertinggal dompet dan handphone kat ofice abang ngah?"
  • "macam mana boleh tertinggal handphone dalam kete abang?"
  • " you letak dompet kat mana sampai orang boleh copet?"
  • his favourite phrase bila hantar saya balik mahallah ialah, "ada pape yang tinggal ke? cek dulu..dalam dashbord?(walaupun saya tak letak pape dalam tu) tempat duduk belakang? bawah tempat duduk? kunci ada? dompet ada? handphone ada?" dan beberapa senarai lagi yang dia akan sebutkan.huhu (sorry honey)

yang terbaru..akibat kelalaian saya, dompet saya boleh hilang, tapi bukan sebab saya lupa letak, tapi sebab saya salah letak..lagi sekali bukan lupa tapi salah, dan akibatnya poket beg saya diseluk oleh penyeluk saku yang malang lagi kesian sebab kalau tujuan dia nak amek duit..kahkahkah!(aku ketawa dulu..) dia sangat kasihan sebab dalam dompet tu ada RM2 je.(jom gelak ramai-ramai.saper suh curi lagi)..tapi part yang sedih akibat kejadian tu, duit saya pun banyak habis untuk menguruskan buat ic baru dan kad bank baru..i tell you it is more than what i lost.

ok, next point ialah orang yang lahir bulan tujuh ni..em apa lagi yer..em tengah perah otak jap..AHAH! kuat merajuk.kehkeh..yang ni saya selalu rasa bersalah kat my teddy sebab saya selalu merajuk.huhu.merajuk sebab selalu sensitive dan selalu berharap agar orang akan paham apa yang dia rasa tanpa beritahu orang tu apa yang dia rasa.ada paham? tak paham? ok tutup buku, jangan teruskan..

julyan juga meletakkan keluarga dan orang yang rapat dengannya pada nilai yang sangat tinggi.tapi pada saya, saya letak kawan-kawan saya sebagai orang yang paling rapat dengan saya berbanding keluarga saya.sebab, saya lahir dalam keluarga yang besar dan perhatian kurang diberikan sangat minima dan kadang-kadang saya rasa macam i'm not belong here.hu~ and my family sometimes treat me like i'm still an innosence little girl .(abang, orang dah besar la. dush dush.bagi turning kick! HIAHH! tapi dapat ditepis dan dijatuhkan oleh my abang long yang memegang tali pinggang hitam taekwando 4th dan. hadoi..). aduh! lebam biji mata.

lagi satu..tak tau ni kebaikan atau keburukan pada sifat ni..orang yang lahir bulan julai walaupun mereka ni sangat pelupa, tapi sebenarnya dia ada kelebihan untuk mengingat peristiwa yang penting dengan sangat detail..(em rasanya orang lain pun boleh ingat gak..huhu tak paham) em ni pun what my uncle told me lah. tapi ianya sangat benar terjadi pada diriku. contohnya kejadian abah kemalangan masa aku darjah tiga. kemalangan ni terjdi betul2 kat depan umah aku dan oarang yang abah bonceng meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital..kejadian malam tu masih segar diingatan, rasa cam baru terjadi..

naper tetiber nak citer pasal orang yang lahir bulan julai? em sebab saya lahir bulan julai! tiber..T__________T em supaya nak bagi tahu, untuk mengenali seseorang tu kena lah kenalinya dengan lebih mendalam..(kind of sambungan dari entry lepas). pada saya, kalau orang tu nak kenali kita, nah bagi dia kenal keburukan kita dulu. tengok dia boleh terima ke tak? kalau dia tak boleh terima, ok apa lagi..hi hi bye bye lah.sebab apa bagi dia tau keburukan kita dulu? sebab pada saya, ni pendapat saya ok, biar dia biasakan diri dengan keburukan kita supaya dia boleh adapt dan bantu kita perbaiki kelemahan. then, kebaikan kita nanti akan automatik appear tanpa dia dan kita sedari dan dia akan lebih sayang kat kita sebab dia dah tau keburukan dan kebaikan kita tu akan buat dia bertambah sayang kita dan tiada apa yang boleh mensurprisekan dia dengan keburukan kita.

lagi satu..kalau seseorang tu asyik nak tunjuk kebaikan dan kebagusan dia..i tell you, orang itu tidak jujur dan pasti ada udang disebalik batu.(HA jaga-jaga)lagipun bila orang yang nak kenal kita tau pasal kebaikan kita je, tak mustahil dia akan tinggalkan kita bila dia dah tau keburukan kita.ha..orang ni pun tak jujur..maknanya dia tak bersungguh nak kenal ngan kita. (apasal ayat aku cam ulang-ulang dan tonggang terbalik je.ah lantak lah. dush dush!)

hakikatnya? TEPUK DADA, TANYA SELERA.

Tuesday, May 26, 2009

I am still learning

3 comments
saya..(saya? hehe sejak bila la reti berbahasa ni..hehe) em saya akan mulakan entry dengan perkataan saya..perkara baru ok. em saya baru lepas membaca my favourite blog and kind of interested dengan entry baru beliau mengenai wanita..

saya sangat bersetuju dengan pendapat beliau mengenai sifat semulajadi wanita yang lemah emosi tapi kuat dan tabah menghadapi dugaan hidup. tak percaya? i tell you it's true..

dan saya juga tak paham kenapa mentality orang melayu masih lagi kolot dan perpandangan negative..oh..this part i really tak tahan. sebab saya dah jumpa terlalu ramai orang yang sebegitu..yang tahu menjatuhkan saudara muslim mereka sendiri..tau nak menjatuhkan maruah saudara mereka sendiri yang pada hakikatnya dengan buat macam tu dia akan menjatuhkan maruah dia jugak..ok ni satu peringatan buat diri saya sendiri jugak supaya sentiasa beringat..sebab saya takut benda yang saya benci, saya sendiri buat.

saya selalu jumpa orang yang suka menjatuhkan maruah orang lain..cakap macam diri sangat bagus dan so perfect.well in this world..nobody is perfect! tapi kadang-kadang saya terperangkap dalam situasi yang membincangkan tentang keburukan orang lain (yang bertujuan nak menjatuhkan, bukan sebagai panduan untuk pengajaran), and i tell you i don't really like to involve in it, but been trapped in that discussion. sebab bila cerita pasal orang, then balik bilik pikir balik pasal benda tu wat diri sangat menyesal macam dah menjatuhkan maruah sendiri jugak..huhu.

well..i'm still learning to be a good person (oh aku sedar yang aku ni bukanlah baik sangat..ceh! dah kuar perkataan aku ni..dush dush!). masih cuba ingatkan diri yang bila kau jaga maruah orang, maruah kau pun akan orang jaga.hu~

saya tengah belajar untuk cakap baik-baik tentang orang-tersayang saya specially about my honey (eh sejak bila my teddy tukar jady my honey..)ok correction, my teddy. baca blog chika membuatkan aku sedar yang aku kena berlatih dan menyediakan diri untuk menjadi seorang isteri..(oh i love that tittle and can't wait to have it.kehkeh)..untuk menjadi isteri kena prepare everything, worse and not worse because we do not know what we will face in the future..(oh God entry ni dah berbaur perkahwinan..oh masih jauh dari jangkauan.)

ok berbalik tentang mentality orang yang suka narrow minded ni..satu je yang perlu diingatkan. kalau nak bercakap, cuba pikir dulu apa perasaan anda bila berada dalam kasut mereka..em i maen situasi mereka. kalau nak cakap pasal keburukan mereka, ok pikir dulu 'aku kenal dia ke sampai aku bleh judge dia buruk perangai sampai camtu?'. wa cakap lu..sebenarnya bila kita dah kenal in person dengan seseorang tu..baru la kita tahu sebab musabab nya dia jadi macam tu..kan setiap kejadian ada sebab dan hikmahnya.

saya suka dengan phrase

'jagan benci seseorang tu sebab kau akan sangat sayang dia'..

phrase ini sangat ajaib dan reality nya ia benar sebab dah terjadi kat saya.hehe. masa mula-mula my teddy try to approach me..well to be truth i don't really like him to be my special one..tak caya tanya my friends betapa takutnya saya masa mula-mula beliau mengapproach saya to be his special.but now..he is my life, my soul and my breath. i cannot live without him.T_____T

sekarang saya cuba mempositivekan diri sendiri semaksimum mungkin. ini kerana semenjak amek kos sains kemanusian, saya sedar bahawa manusia ini complex dan sukar difahami..and everybody is unique..and the more you know about someone..you will know how uniqe they are and how beautiful Allah creats human being..then, please 'do not judge book from it's cover'. know them well so you can know how lucky you are to have that person in your life..

sorry entry kali ni terpanjang.kehkeh..hakikatnya..belajar kenali seseorang dengan hati dan pemikiran terbuka..and akan tahu betapa indah nya dunia ni..just like i have my teddy in my life. LOVE YOU ALWAYS HONEY..:-)

Thursday, May 21, 2009

2 hari jadi committee

2 comments
Tournament Tekwando yang dianjurkan oleh persatuan Taekwando daerah Gombak bertarikh 16-17 mei 2009 bertempat di Stadium Titiwangsa yang di sertai oleh hampir 600 peserta dari Kuala Lupmur, daerah Gombak sebagai tuan rumah, Perak,Sarawak, Pahang dan Johor.

aku bertindak sebagai helpers pada hari tersebut.. emm..takde apa nak citer..saje nak kongsi gambar.. anyway..congrates to my brother dapat gold for individual pattern..

team AMAAL sebagai penganjur dan penghantar peserta paling ramai.


helpers yang sempoi..huhu..aku, amy and Siti (a.k.a cik ye)


heppi family..hehe..makan-makan jugak..meh bergambar..hoho




para helpers yang berdedikasi.. caya lah!!

menunggu sebelum acara dimulakan..


anyway..2 hari nya acara berjalan lancar..walaupun Team AMAAL tak bawak bayak meddle..tapi team kitorang tetap yang paling happening.. gud luck in the future for Team AMAAL..hope be more success..!!

Tuesday, May 19, 2009

I aM alOne

4 comments
Ya Allah..dugaan apakah ini..
hati..kenapa kau bersedih..

aku benci perasaan kesunyian..em mesti korang ingat aku sunyi sebab my teddy takda kan? huhu.tapi ni lebih dari tu. even my teddy pun tak paham. takde saper pun yang faham. perasaan lama yang aku alami masa zaman sekolah dulu berulang lagi.. perasaan ni membuatkan aku menangis dua malam tanpa berhenti.huhu..

mata: tears, nape awak mengalir tak berenti? penat tau tak. habis mata bengkak tak boleh nak sorok. mujur pakai cermin mata.

tears: mana la saya tau. saya ikut kata hati..

mata: hati..kenapa awak suruh tears mengalir tak berenti?

hati: sebab saya terasa sunyi..terasa sendirian menghadapi musibah. tiada sesiapa yang peduli dan menghulur tangan memberi bantuan. saya juga sedih sebab tiada saper yang memahami situasi saya..saya tak mengharap jadi begini..

mata:oh hati..saya turut bersimpati..

hati:maafkan saya mata..hanya tears yang memahami saya..takkan awak nak biarkan tears tinggalkan saya juga? kepada siapa lagi saya nak luahkan perasaan saya?huhu

em, anggota badan pun sudah berdrama sebabak, airmata tetap taknak berenti..huhu. meh sini tears, degil ni tak nak dengar cakap.dush dush! aaaa tolong!!

bila menghadapi musibah..i really need my close person to accompanied me..to comfort me..and to release my burden. even not all, i hope they can help me. put this worried away..but i realize, i have to face it alone..settle all things alone. it feels like i have nobody..what should i do?.. berserah pada Allah..harap sumer benda bleh settle..

tears drop
T__________________T

Wednesday, May 13, 2009

::belajar polisi::

1 comments
entry kali ni berkisah tentang politik.wahh..aku dah pandai buat entry pasal politok.hehe. em..tak lah pasal politik sangat cuma nak kongsi ilmu tentang subjek yang aku amek short sem ni.

sem ni aku amek subjek Bureaucracy and policy implementation. ha kan ada word policy tu..masa kelas first, aku tershocked jugak lah bila miss citer overview pasal this course. bukannya apa, sebelum-sebelum ni aku banyak amek subjek specialized untuk international relatio, tetiber kali ni amek subject specialized public administration. mana tak ter shocked nya.

yang membuatkan aku rasa cam culture shocked sebab subjek-subject sebelum ni memberi aku informasi tentang hubungan antabangsa, pasal politik luar negara, kuarang la pendedahan dan juga politik Malaysia. sekali subject polici implementation ni suh aku kena banyak main dengan info polotik malaysia, agencies, ministry, ministers..em banyak lagi lah..aku ternganga je bila miss soal-soal pasal nama-nam menteri ke..(walaupun seharusnya aku kena tau.huhu) berapa kementerian kat malaysia, berapa menteri kat malaysia, polisi kat malaysia, malaysia's plan..em semualah.huhu. terasa diri ini begitu kerdil.

tapi part yang bagusnya, amek subject ni buat aku ingat yang aku masih rakyat malaysia.hehe..taklah..
bercanda..sekurang-kurangnya bagi aku informasi semasa tentang plan-plan tindakan yang dibuat, proses-proses pelaksanaan, even assignment pun kena kaji pasal polisi yang pernag dilaksanakan. huhu..tarik nafas panjang aku..

well. aku hope, short sem ni aku bleh dapat excellent mark tuk dua-dua subject yang aku amek. hope you well too. daa

:: i want this bag.huhu::

4 comments

Friday, May 8, 2009

:: mingu bershoping ::

0 comments
Short Sem dah mula!!!!

boring nye Short sem ni my teddy takde. aku merinduinya dengan sangat banyak.huhu


minggu first ni aku banyak kuar g mall teman kawan-kawan beli barang. hari isnin aku ngan nad kuar g Carrefour Wangsa Maju. tapi ada kisah kelakar sebelum kitorang gerak kuar dari UIA. hehe. asalnya nak kuar ngan Angah sekali tapi haritu dia puasa kan, so dia balik bilik terus malas nak kuar.hehe.

so pagi tu kelas first, tapi aku memontengkan diri sebab aku tak print lagi jadual n aku tak ingat kelas aku kat mana. aku kuar dari bilik 15 minit sebelum pukul sepuluh sebab janji nak jum Hidayah (bakal adik ipar. ahaks!) sebab dia nak bagi handphone ku yang tertinggal dalam kete my teddy haritu. so pukul 11 lebih dia datang dan handphone ku selamat aku terima. hehe


kitorang cadang gerak g sana lepas zohor. tiba-tiba masa kuar dari masjid tu aku merasakan something wrong dengan kasut heel kesayangan aku ni. em..tapak dia cam nak tercabut je. sekali aku belek punya belek.. sah! memang dah tercabut.mula-mula sikit, last-last dah hampir semua tercabut. dah jadi cam lidah buaya aku tengok.HAHAHA.

nad bantai gelak tengok kasut aku nak tercabut. maka dengan baik hati dia pun tolong belikan gam gajah untuk mencantumkan kembali kasut aku tu. ok itu cerita kasut belah kiri.

naik bas, ok kasut dalam keadaan selesa. tunggu LRT, alamak..kasut belah kanan plak rasa lain macam. aku tengok, la.... dah nak patah dua. hadui..dhoif betul la..


Nad: ko kena bli kasut baru jugak lah ni.hehe


aku: nanti lah kat sana aku bli kasut 10 hinggit.kuang3

ini adalah kasut yang nak terbelah dua.huhu

ini adalah kasut baru yang berharga RM 10.kahkah



sebelum sampai C4, aku singgah ofice abang ngah yang terletak kat selah NZ Curry House.datang-datang, abang ngah takde. huhu. maka aku ngan Nad pun berjalam kaki menuju ke C4 yang terletak 10 minit jalan kaki dari office tersebut. sampai-sampai kitorang menuju ke Nagiya sebab niat gi situ Nad nak bli kain untuk buat baju. dia nak belajar wat baju kurung.hehe


then, kat situ aku tak beli pape pun sebab takde pitih (bak kata orang Kelantan.ahaks!). Nad plak, dia siap beli kain untuk wat langsir tuk bilik dia (yg ni dia hantar kedai), beli kasut wedgws kat Bata (aku pun teringin nak kasut wedges gak.huhu), dan beberapa barang lain (aku tak ingat apa). lepas tu nad belanja aku makan kat The Chicken Rice Shop.huhu lama tak makan kat situ.


lepas dah puas mengisi perut, kitorang gerak balik..tapi sebelum tu singgah kat office abg ngah dulu. pegi office nak amek keje part time. buat kat UIA je. nak ulang alik takde kenderaan. so balik tu kitorang tumpang my abg long naik kete. haritu abg long balik awal sebab dia selsema.huhu. poor my old brother..



tu cite hari isnin ye. hari rabu aku kuar lagi, tapi kali ni berempat, put, nad ngan fir skali. Kali ni kuar pegi JJ sebab put nak beli hadiah hari ibu. yang ni punya kisah lagi kelakar. atas term 'misunderstand', perjalanan agak lari plan.huhu.aku ngan nad pikir gerak lambat pun takpe sebab kitorang dah biasa kuar malam. sebab takde kenderaan, kitorang memenag la pikir naik public transport je. yang nak di jadikan citer, put ngan fir plak pikir lain. yang tak boleh blah, man ntah deporang terpikir si nad bawak kete. dengan confident plak tu..hehe





petang tu memang cadang kuar lepas put ngan fir habis keje. fir talipon nak gerak kul berapa, then aku pun cakap dalam 6 suku camtu sebab deporang mesti penat lagi, pastu tepon nad pun dia baru sampai bilek dan aku pun sebenarnya baru bangun tido.kahkah

dalam 6 lebih, kitorang dah ready nak kuar, so aku suh fir ngan put datang bilek. yang aku pelik, apasal la deporang ni bawak tong minyak sampai 3. nak isi munyak macam man? rupa-rupanya, deporang confident yang petang tu akan kuar naik kete nad, so ingat nak singgah stesen minyak isi tong.kahkahkah. apa punya lawak lah...last2 kitorang naik teksi. sepanjang jalan kitorang anggap teksi tu kete nad.hehe


so jalan-jalan kat JJ tu, Fir siap beli kicap,tilam kecik tuk adam, put beli hadiah hari ibu, nad bantai makan dengan sangat bayak (tak tau nape dia kuat makan hari tu.hehe..sori nad) dan aku? aku servey bag. teringin sangat nak beg ni tapi takde budget lagi.huhu. balik dari situ pun kitorang naik 'kete nad lagi'.hehe. topik tu jadi topik popular kitorang malam tu.hehe.

tu lah aktiviti minggu pertaman short sem. hujung minggu plak merupakan hujung minggu paling boring sebab aku tak kuar bilek pun. duk memerap je..macam aktiviti aku kat rumah.huhu. tak sabar nak balik ampang minggu ni. daa







Saturday, April 25, 2009

Kepenatan..huhu

2 comments
Sementara broadband abang Amin ni ada kat umah, aku pun gunakanlah sehabis boleh.kehkeh..

em aku baru balik dari rewang kat umah jiran belakang.huh..penat sangat. dah lah cuaca panas menyengat, mujur pengantin sampai awal. alhamdulillah majlis berjalan lancar..

fakta tentang kenduri:
  • pengantin memakai sepersalinan warna hijau coklat (menarik pada pandangan aku)
  • pengantin perempuan orang Selama, Perak manakala pengantin lelaki jiran belakang umah. hehehe
  • hidangan makanan beradap disediakan sepenuhnya oleh adik beradik pengantin lelaki dan ipar duai nya
  • kakak aku yaang mengandung 7 bulan pun ikut rewang (sampai aku terpikir, larat ke kakak aku ni.hehe)
  • pengantin sampai diiringi dengan sekumpulan motorsikal besar (hoho..teruja aku tengok)

macam menarik je kan hari perkahwinan ada iringan motorsikal besar. apa impian perkahwinan aku palk? hehe. terpikir macam nak wat konvoi kete. tapi kampung aku macam tak sesuai je.hehe.anyway. SELAMAT PENGANTIN BARU EMY DAN IDA. SEMOGA BERBAHAGIA KE AKHIR HAYAT. :-)

:: Surat untuk Kekasih::

2 comments
Apasal entry ni berbunyi cam jiwang je? ahaks!!


Saje nak tulis surat untuk kekasih. dulu zaman sekolah suka main tulis-tulis surat ngan pakwe cinta minyet dulu.hehe. tapi disebabkan zaman dah makin maju, walaupun sms ad supaya lagi cepat sampai, tapi aku tak kira, nak jugak tulis surat tuk buah hati.hehe

surat yang berbunyi begini,

kehadapan buah hati yang comel macam teddy bear (hehe),

disebabkan kanda berada jauh di Ipoh dan dinda di Sekinchan (tiber kanda dinda plak. macam zaman dulu..hehe),

dinda di sini ingin mencoretkan sepatah dua kata untuk kanda. (ni dah bunyi macam ucapan, bukan surat lagi dah haha).
pertamanya, bila kanda nak pos handphone adinda yang tertinggal dalam kereta kanda masa kanda hantar adinda balik kampung haritu? adinda dah terlampau rindu akan handphone tersebut.huhu (tak lah sedalam rinduku pada buah hati tersayang)

keduanya, dinda nak mintak maaf sebab aritu tak bagitau bonda dinda yang kanda tak makan udang.heheh.akibat nya kanda terpaksa jugak menelan masakan udang tersebut. mujur ayahanda dinda membakar ayam, maka makan tengahari kanda kat umah dinda dianggap 'not bad'. bak kata kanda, " mujur ada side dish, kalau tak, makan nasi kosong la abang"

selepas itu, kanda cakap hari ni kanda dan keluarga pegi makan angin kat Taiping, ohh adinda sungguh jeles sebab tak ikut serta (camna nak ikut serta, status 'family' pun tak dapat lagi.heheh)

yang terakhirnya, kad matric kanda ada didalam simpanan dinda, maka kalau nak sila lah berkunjung ke UIA supaya kad itu dapat diambil kembali (haha, itu cuma alasan nak jumpa.kehkeh)

sebelum adinda menoktahkan warkah ini, adinda berharap kanda tido lena peluk baju yang adinda bagi minggu lepas (mesti dah bebau baju tu.hehe. pergi basuh sekarang! tiber..) dan adinda juga akan lena berselimutkan sweater kanda (tukar-tukar barang.baru romantik.kahkah)

maka, adinda akhiri warkah ini dengan ucapan selamat malam, sweet dream dan 'rindu kamu dengan banyak!!'

:: LaMa Tak JuMpa::

0 comments
Dah seminggu aku cuti duk umah. sasaran cuti ni aku nak kurangkan makan.hehe. nasib baik usaha ni agak boleh dijalankan sebab mak ngan abah pun dah jarang makan nasi. mak dah lama wat diet ni. abah plak selepas test darah aritu dan doktor cakap tekanan darah tinggi,terus dia kurangkan makan.huhu..
so tugas memasak aku kurang la siket. tapi stil kena masak gak.hehe.cuti ni aku nak try wat baju mini jubah.well..still nak dapatkan tunjuk ajar dari mak ngan kakak jugak.hehe

esok kenduri rumah jiran belakang aku. kawan sepermainan kawin. sepatutnya hari ni aku tolong rewang tapi aku tak gi pun malah aku sedap lepak kat umah, masak lemak pucuk ubi ngan sanbal belacan untuk lunch (walaupun yang makan cuma abah ngan aku n budak-budk je), then aku tolong mak wat cendol untuk kenduri esok. (ceh, tu pun nak citer..hehe), tapi aku tetap bahagia dan esok aku tetap kena kejobos jugak.(apa benda kejobos tu..oit itu bahasa jawa lah. makna dia rewang. kalau rewang pun tak penah dengar, em korang pandai-pandai lah translate sendiri.

bersempena esok kenduri umah jiran aku, kakak aku yang duduk Klang pun balik umah untuk sama-sama kejobos esok. apa lagi, aku pun dapat gak jumpa Huda, my beloved neice.hehe.em dah pandai jalan, tapi masih pegang dinding lagi.


Huda ngan my Abah

well,sebab lama tak jumpa Huda (adalah dalam sebulan) sebab aku agak membusykan diri dengan assignment dan kuliyyah,dan exam, dan kuiz, dan...macam-macam lagi lah, makanya aku tidak mensempatkan diri balik umah.huhu

maka nya, sementara Huda ada kat umah ni, aku nak main ngan dia puas-puas. hehe.walaupun minggu depan dia pun balik lagi..tapi minggu depan lagi best sebab abang-abang semua balik sebab umah kakak sepupu wat kenduri, anak dia plak kawin. em perkataan kawin ni menghadirkan perasaan jeles je dalam hati aku.huhu..nak kawin gak..tiber!!!
so next week rancangannya nak sambut besday ahli keluarga yang lahir bulan April. please lookoing forward.

Saturday, April 18, 2009

:: selamat bercuti ::

3 comments
kesengsaraan menghadapi final exam sem dah pun berlalu.huhu aku tak tau lah performance aku camne..tapi yang pasti last paper tu aku tak all out la. bukannya apa, sebab dah penat sangat tunggu nak ke 17 April tu buat aku malas nak study, study pun macam tak study..sebabnya? huhu aku jeles tengok sume orang dok pack-pack barang nak balik kampung. em perasaan aku nak cuti pun makin membuak-buak bagai gunung berapi nak meletus.haha, sesuai ke perumpamaan ini? kehkeh


well, esok aku akan balik kampung. HOORAY!!!

tak sabarnya nak melepak kat umah dan menjalankan aktiviti yang aku suka, antaranya:
  • menjahit (well i really like it! hehe)

  • memasak ( walaupun kadang-kadang aku malas, tapi kena wat jugak sebab bila aku ada kat umah, secara automatiknya tugas memasak aku yang pegang. oh tidak!!!!!)
  • tengok tv - aku memang nak maraton tengok citer-citer yang aku tak follow up masa kat UIA. hahah..siap la budak-budak kat umah. akan ku concure tv tu..HUAHUAHUA (with evil look)
  • then aku nak main game puas-puas-walaupun aku ni bukan lah hantu main game

tapi cuti kali ni sekejap je sebab aku ambik sem pendek. so duk umah dalam 2 minggu je..huhu. i will miss my friends very much! especiall nadun (setelah kita berkongsi saat pahit dan manis akhir-akhir sem bersama. acehcehceh..tapi aku tetap tak puas hati kat kau sebab kau habis awal dari aku dan ko akan grade sem satu nanti. arghh..kejelesan melanda)




then i will mis my honey..(huhu..sebab aku akan tenggelam dalam lautan rindu untuk 2 bulan tak jumpa dia sebab dia tak amek short sem. i miss you honey- tiber jiwang plak).

dan lagi satu, sepanjang cuti ni tak dapat la aku mengupdate blog dan melayari internet sebab kat umah aku takda internet.huhu.

so, kepada semua, SELAMAT BERCUTI!! jumpa lagi short sem nanti!

Wednesday, April 1, 2009

:: JasA mU AbAh::

4 comments
Dua hari semalam aku dilanda tak boleh tido siang. em ada kebaikan sebab boleh study tapi yang tak bestnya, tak boleh tido tu otak aku jadi blur..dan akibatnya aku pun tak boleh study. baik tido..huhu.
haritu tetiber aku melayan lagu-lagu nasyid dari in-team yang dah agak lama aku tinggalkan sebab aku tengah gila layan lagu korea ngan lagu jepun sekarang-apakah nasyid sudah semakin pudar dalam hidupku-..huhu. time lagu yang menceritakan pasal ayah (aku tak ingat tajuk dia) tiber2 mengalir air mata tatkala mendengar bait-bait lirik lagu tersebut..
Oh Ayah..
tak pernah ku tanya..
ke mana tumpahnya keringatmu..
Oh Ayah..
tak pernah ku hitung
berapa banyak kerutan didahimu..
yang kupinta...
hanyalah kemahuan hatiku..
yang sedaya ayah laksanakan..
kau pendorong bukan lah pendesak
apa lagi memaksa diriku..
aku terdorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera..
kenapa tetiber aku terinagt kat abah bila dengar lagu ni? ada satu hari ni aku tengok abah potong kematu kat tapak tangan abah. kematu tu terjadi sebab akhir-akhir tu abah kerje kuat potong buah kelapa sawit kat kebun. lepas abah potong, ada empat kematu and then abah cakap, "em ni satu kematu harganya seratus ringgit" sebab hasil yang abah dapat untuk potong buah tu, abah dapat empat ratus. tu lah duit untuk belanja rumah, belanja anak-anak sekolah, dan sebagainya..
well..walaupun hubungan aku ngan abah bukan lah rapat sangat. sebab aku masa kecik kuat merajuk (emm sampai sekarang kot..huhu cian my teddy melayan..), tapi bait lagu ni mengingatkan aku bahawa ego seorang ayah yang tak nak tunjuk sangat dia sayang kan anak nya supaya anak-anaknya belajar berrdikari. kalau tak tak jadi aku yang sekarang ni..
bila dah besar baru aku sedar, abah saja nak garang supaya kitorang adik beradik lagi kuat hadapi kenyataan hidup..
"terima kasih abah..mungkin izah tak penah luahkan izah sayang kat abah..tapi abah la hero dalam hidup iza.."

Wednesday, March 25, 2009

::I LOVE GAMELAN!!!::

5 comments
aku tengah try nak buat pembaharuan ke atas blog aku ni untuk tambah menarik dan reader friendly (sebab bila aku baca balik post-post aku yang lepas, sure boring nak baca. so aku apologize kan sumer reader aku..tiber!)

well seperti yang korang tak tau-memang la tak tau sebab aku tak bagitau lagi.heheheh- bahawasanya sem ni adalah sem last kitorang ambik skill gamelan (ke aku dah bagitau kat post yang dulu?em memang pelupa. patut la my teddy bising.huhu) makanya rasa cam tak best je bila pikir sem depan dah takde kelas yang boleh leasure-leasure.huhu. kelas skill pun dah tamat ngan jayanya minggu lepas dan aku memecahkan record kedatangan sem ni dengan tidak memonteng hatta satu kelas pun. HOOOORAYYYY!!!!

so this coming jumaat ni adalah final exam kitorang..doakan kami berjaya.

~aku harap boleh excellent lagi cam sem-sem lepas

Thursday, March 5, 2009

KISAH TALI LEHER

7 comments
Hari ni sepatutnya aku ada midterm Communication Law and Ethics yang dijadualkan pukul sebelas setengah. walaupun malam tadi aku agak bersengkang mata mentelaah subjek tu (konon je la.padahal pukul 1 dah surrender.huhu) dan semalam terpaksa jaga kedai sorang-sorang sebab My Teddy ada exam pukul 8 malam. jadik petang tu dia hantar buah hati dia ni g keje, pastu tinggalkan diri ini sorang-sorang (apa aku merepek ni. dia ada exam la..huhu)

Berbalik pada cerita midterm aku ni, disebabkan hari ni kelas aku start pukul 8.30 (surely tak boleh ponteng kelas tu sebab head of department political science yang ajar dan dia sangat particular ngan attendance), aku pun mendatangkan diri ke kelas tu. tapi for sure aku tak pay attention sangat masa dalam kelas sebab aku sibuk revise subjact Comm Law and Ethics ni.huhu (sorry sir).

kelas USFP pukul 10 lepas tu aku berani ponteng sebab minggu ni banyak presentation dari student je. lagipun aku cuak nak midterm ni. jadi aku pun decide untuk mengulangkaji pelajaran kat HS Cafe tercinta sambil ditemani kawan baikku Angah yang bersama-sama ponteng kelas USFP jugak. asalnya Nad pun nak join jugak tapi memandangkan dia rasa terlalu 'rindu' dekat sir Ishtiaq (sebab banyak tanda merah kat attendence list), dia pun tak jadi join 'kerja jahat' kitorang.

sementara aku study subject untuk midterm ditengah-tengah kebisingan HS cafe ni, tiba-tiba Jai datang. dengan pakai baju jalur-jalur merah hitam dia tu, dia bawak tali leher sekali yang warnanya hampir sama ngan warna baju dia.dalam hati aku cakap, 'mimpi apa budak sorang ni pakai tali leher?'. kemudian aku pun bertanya dengan terus terang tanpa malu dan segan (tiber!!) dan beliau pun menjawab, 'ada presentation untuk kelas advertising kejap lagi.saper tau ikat tali leher?'. dengan pertanyaan begitu tahulah aku bahawa beliau tak tahu macam mana nak ikat tali leher.

kebetulan Hilmi ada bersama-sama kami pada ketika itu (budak sorang ni serba-serbi tau banyak benda), so Angah suruh Hilmi tolong ikatkan. masa tu Hilmi tengah bersembang dengan Zaki (atau aku biasa panggil Zakiah..hehe.jagan marah ek..),maka dia pun ikat tali leher tu di lehernya sendiri tanpa fokus padanya (apa aku cakap ni.korang paham ke?) sebab dia tengah syok sembang ngan Zaki. setelah selesai Jai dengan Angah teruja sebab tanpa tengok pun Hilmi beleh ikat tali leher.fuyooo.(teruja ke?aku tak..heheh)

apa terjadi nagn midterm aku?huhu

setelah penat mentelaah, aku pun bergerak ke kelas yang diadakan di Multimedia Lab HS dengan penuh berdebar-debar dan kurang yakin (sebab aku tak pasti apa yang aku study. ada ke maklumat dalam kepala ni.huhu) makanya, aku pun bertawakal lah. sampai je kat kelas, aku pelik sebab tak ramai orang. aik deporang ni nerves sangat ke sampai takut nak amik midterm?emmm

tak lama lepas tu sorang classmate aku masuk kelas dan dia ada cakap something yang membuatkan aku terkejut sekejap.

classmate: "dengar kata boleh postponed midterm hari ni. ikut majority"

aku : " tak nak lah postponed. minggu depan banyak keje lagi.ada midterm lain jugak'

calssmate: "tapi kalau majority vote, terpaksa lah terima"

huhu..pastu tetiber dia cakap, kelas tukar kat LT 1 HS. laaaaa..penat je tunggu kat situ. buang masa tau (tiber). maka aku dan classmate yang lain pun bergerak la ke LT 1 tu.patutla tak ramai kat dalam kelas tu. masuk-masuk je dah ramai yang sampai, kitorang ni oarang yang terakhir masuk la. kemasukan kami dikejutkan dengan kenyataan "HARI NI TAK JADI MIDTERM!" huaaaaaaa! tensyen sehhhh.penat la aku study malam tadi. kemudian dikejutkan lagi bahawa next midterm pada hari selasa (dimana pada hari tersebut aku ada midterm ASEAN FP dan deadline assignment Foreign Policy and Decision Making) huhu. maka kelas pun berjalan seperti biasa.

ni gambar aku download jerrr...


habis je kelas tu, aku pun datang balik kat HS Cafe tercinta (cewahhh) dan start merungut dan mengadu ngan Angah. lepas zohor Jai datang balik sebab dah lepas presentation dia. dia pun bukak tali leher dia dan Angah mencapainya. Jai cakap jangn bukak ikatannya sebab dia tak tahu pasang balik.

Angah : Jai kena belajar ikat tali leher ni lah.

Jai : hehe.aku tak nak lah. biar isteri aku yang belajar ikat.kan senang.
aku : ish...ish... ish..meh nak try. mesti best kan kalau pandai ikat tali leher. nanti dah kawen, boleh pakai kan untuk suami.

Angah : tapi kena make sure la suami nanti keje ada pakai tali leher.

Then aku pun bayangkan aku ikatkan tali leher untuk My Teddy, buat dengan penuh kasih sayang, pastu hantar My Teddy pergi keje. (wah..tinggi nya fantasi aku.heheh..malu lah..;-p).aku pun capai la tali leher tu. nak cuba bukak and ikat sebab aku pernah belajar dulu, tapi ingat-ingat lupa. so aku pun mula lah melilit-lilit, pusing kanan,pusing kiri, masuk belakang, dan keluar depan. POP! dah jadi. "yes, aku berjaya! hoooray!". hehe. then, selepas keberjayaan aku tu, Angah pun teruja nak belajar dan aku pun ajarkan. emm tak susah mana pun.hehe. nanti dah kawin boleh la aku pakaikan untuk My Teddy. " Honey, nanti sayang pakaikan untuk Honey ok?:-)"

tulah kisahnya. citer kat sini, kenalah belajar benda yang kita tak tahu..( tiber!!)
~nak blajar masak sambal favourite My Teddy..

Monday, February 23, 2009

synopsis GENG

0 comments

Something disturbs the peace in the village of Kampong Durian Runtuh. Villagers tell of a fearsome beast lurking at night but no one dares to find out what it is until Badrol, Lim and their newfound friends stumble upon the very heart of the mystery itself. A small peculiar animal, not native of the forest befriends Rajoo and brings the whole gang into an adventure deep into the exotic Malaysian rainforest filled with dangerous animals including an age old mystical giant snake. Join the gang as they embark on a journey of action and adventure set upon the warm atmosphere of a Malaysian village enclosed by landscapes of greenery.

tarikh tayangn : february 12, 2009

Sunday, February 22, 2009

Upin Ipin The Muvie

2 comments

tengahari ahad semalam, aku cadang nak balek umah abang ngah kat ampang sebab nak pulangkan video cam yang akupinjam masa nak g konsert gamelan aritu. so tengahari pukul 12 tu my teddy ajak g lunch kat luar, so lepas lunch tu bleh la dia hantar aku g umah abg ngah. cadangnya nak g ampang lepas zohor, tunggu punya tunggu abang ngah balas mesj, sempat kitorang jalan2 kat Giant Batu Cave. hehe lama tak g sana. selalu g carrefour je...
tak lama pas tu abg nagh pun balas mesej suh datang lepas asar sebab dia keluar. aku pun cakap ok. sementara nak tunggu lepas asa (time ti baru masuk zohor), so kitorang pu decide nak g tengok wayang citer GENG. masa kuar aritu tak dapat tengok sebab dah sold out. so kitorang sampai MBO ampang dalam pukul 3, tengok2 tiket untuk tayangan pukul 3.15 nagn puul 5 dah sold out. huh...laku betul citer tu. aku pun tengok ramai gak mak ayah datang bawak anak2 untuk tengok citer upin ipin tu. so lepas my teddy dapat cari parking kitorang beratur tuk beli tiket pukul 8.45 malam. lepas bli tiket tu kitorang tak tau nak g mana so aku try tanya abg ngah samada dia dah ada kat umah ke belum.nasib baik dia cakap dah ada kat umah. then kitorang pun bergerak la g umah abg ngah pukul 4 tu dan lepak kat situ sampai maghrib.

kat umah abg ngah dapat la release tension dapat jumpa anak2 buah ku yang nakal2, syira ngan abang dia arfan. em dah besa anak2 buah aku ni, macam tak caye je..kat umah abg ngah dapat la aku wat hobi aku iaitu tengok tv.hehe..lepas maghrib, abg ngah n family pun nak kuar jagk sebab kak ipar kata boring duk umah dan rancangan tu pun disokong oleh syira n arfan yang sememang nya tengah boring tak tau nak buat apa.atas desakan dan pujukan oleh anak2 dan isteri, abg ngah pun bersetuju untuk kuar jalan2 malam tu (aktiviti yang biasa gak deporang buat kalu aku balek umah tu).
lepas maghrib sume kuar meninggalkan umah ke arah yang berlainan, abang ngah g setiawangsa dan aku n my teddy g MBO tengok geng. em sampai MBO dalam 8.15, time tu ramai budak2 kecik bersama ngan mak ayah deporang. sume tengah tak sabar nak tengok upin ipin di layar perak. malam tu agak lambat la dapat masuk pawagam, dekat pukul sembilan baru bleh masuk. em..akhirnya tibalah masa tayangan bermula..

komen dan perasaan aku tentang citer tu?:

jalan cerita yang menarik, ada kelakar, suspen, mendebarkan, ending yang menarik. em setiap watak dikembang kan dengan begitu baik, semua ada peranan masing2, xd lah watak yang hnya muncul sebagai penghias skrin je. pada aku watak utama citer tu adalah rajoo sebab dialah penghubung antara manusia ngan binatang. upin dan ipin adalah watak pelengkap citer tu. aku n my teddy sama2 setuju bahawa tulah ceriter animasi malaysia yang paling best dan kalau nak ranking citer tu antara 1 sampai 10, aku bagi full mark lah. hehe..rasa cam nak tengok lagi..so saper2 yang tak tengok lg citer tu aku syorkan g lah tengok kat pawagam sebab lagi puas kot, dengan sound system yang power especially time saat2 yang mendebarkan, dengan gambar yang cantik, em memang puas hati lah. aku rasa nak syorkan kat produksi citer tu untuk wat version 3D nyer. kalu deporang bleh buat, huh lagi gempak! especially time yang aksi deporang kejar binatang comel tu..huhu,teringat citer 3D yang tengok masa kat genting aritu..em kalau ada version tu, memang kitorang akan tengok..

so malam tu kitorang balek UIA dengan perasaan yang best sebab akhirnya dapat jugak tengok citer tu..cayalah produksi GENG. you all the best!!!!

Friday, February 20, 2009

Swara Suling

0 comments
Swara suling kumandang swarane
thulat thulit kepenak unine
u......nine mung nyrenyuhake
bareng nan kentrung
ketipung suling sigrak kendangane..

translate:
suara suling berkumandang suara nya
berirama sedap bunyinya
bu.....nyi nya menghiba jiwa
bersama dengan kentrung (salah satu alat gamelan)
ketipung suling gagah bunyi gendangnya...

p/s: first lagu gamelan yang kitorang blajar bersama denga liriknya. em..best sangat!!!

konsert di ASWARA

0 comments

sedar tak sedar, sem ni adalah sem last kitorang amek skill gamelan. rasa cam xcayer je..huhu. aku bakal rindukan budak2 satu kelas, nabil,muiz,faizal,arif,din,hanif,iza,tiqa,nad n angah. dan yang paling tak boleh dilupakan, guru kesayangan kami tuk kelas gamelan jawa, tentunya pak jamal.em tak sangka sem ni ada kelainan tuk kelas skill kitorang. 11 february minggu lepas, kitorang dapat task dari pak jamal tuk tengok konsert kat Akademi Seni dan Warisan kat jalan parliment. em dkat 2 3 hari gak la kitorang cari jalan nak cari ASWARA tu kat mana. huhu. tapi mujur nabil tau jalan ke sana, so pada hari kejadian kitorang jonvoi 2 kete. satu kete budak laki naik kete nabil dan satu lagi kete tiqah budak pompuan. em tak ramai yang g sebab masing2 ada hal. em pengalaman yang best la.yang kelakar nya, nabil siap bawak walkie-talkie bagi kat tiqah sebab takut kitorang sesat. em tiqah pun satu, nama je duk KL, jalan pusat bandar pun tak tau.hehe. memang jenis yang tak suka berjalan.



lepas maghrib kitorang berkumpul kat tangga besar, n then bertolak terus g sana lalu jalan genting-klang. konsert ti start kul 8.30. alhamdulllah kitorang sempat sampai kul 8.30 tu.emfirst time masuk ASWARA, besar gak tempat nya. anyway malam tu adalah konsert gabungan antara pelajar akedimi ASWARA n kedutaan Indonesia. em semestinya la pak jamal pun ada main gak malam tu. persembahan dimulakan dengan pelajar2 aswara mainkan lagu gamelan melayu pastu diikuti dengan pihak kedutaan mainkan lagu gamelan jawa. sangat teruja. ada satu lagu tu aku dapat tengok perbezaan yang sangat unik bila not lagu melayu dimainkan dalam not gamelan jawa. em bunyi yang sangat menarik. pastu dalam lagu gamelan melayu dan jawa ada lirik yang dinyanyikan sekali. wah.... teruja dapat dengar. sungguh menawan.


sesi kedua plak kitorang di kenalkan dengan seni muzik india iaitu pemain sita dan tabla yang dimainkan oleh lecturer ASWARA sendiri. beliau ialah pemain sita peringkat antarabangsa dan telah mendapat anugerah di peringkat international. em rupanya petikan sita tu mendamaikan dan membuai kalbu. rasa cam dalam filem hindustaan plak. hehe. teruja dapat tengok live. apabila sita bergabung dengan tabla. sungguh satu seni yang indah.tak sangka permainan tabla tu perlukan disiplin dan teknik yang tepat. bukan senang nak dalami seni pukulan tabla. brother prakash yang main tabla tu pun belajar dkat india. em menarik.. hen last skali, kitorang diterujakan lagi dengan gabungan sita, tabla dan kedua gamelan melayu dan jawa. em pada pandangan aku, musik itu bersatu dan kita ini adalah serumpun. musik dan melodi tak blaeh dipisahkan. walaupun setiap musik itu datang dari latar belakang yang berlainan, tapi bila digabungkan, ia akan menghasilkan bunyi yang sangat indah.. em lain kali kalau ada konsert camni lagi aku nak g..em kali ni aku nak g nagn my teddy..sebab masa pegi kali ni, my teddy tak dapat pegi sebab kena keje. aku pun patutnya kena keje gak, tapi xdapatla g sebab kene g tempat ni. lagipun aku kenma wat report pasal konsert ni. well pada sesape yang minat musik, boleh la tengok mane2 persembahan musik. yang terbaru teater Puteri Gunung Ledang yang tenagh dipentaskan kat Istana Budaya.
 
Copyright © DrEaM hUnTeR
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur