cuti sem selama sebulan, aku penuhkan dengan aktiviti2 di rumah. antaranya mestilah aktiviti feveret aku iaitu menjahit..tapi tugas utama aku cuti ni adalah memasak ngan mengemas..emm tugas utama surirumah.huhu..well, takpe la sekurang2nya aku dapat asah akil aku lagi. niat aku cuti ni nak blajar lagi skill menjahit dari mama an kakak aku, berjaya. buktinya aku dah dapat wat baju kebaya aku sendiri..hehe. em bleh la bukak sem nanti kongsi ngan kawan2 aku..
akhir2 tahun ni neagara telah dikejutkan dengan bencana banjir dan tanah runtuh. terjawab lah sudah teka-teki kenapa sejak akhir2 ni semut banyak naik atas rumah, dan beberapa mlam terjadinya kejadian bulan senyum..(aku tak tau laada kaitan ke tak yang pasal bulan senyum ni.hehe.)mesti korang tertanya macam mana bentuk bulan tu tersenyum kan? sebenarnya bulan tu adalah bulan sabit yang menghadap ke atas seakan mulut dan terdapat 2 biji bintang diatasnya seperti mata . maka kelihatanlah muka yang tersenyum..
selepas isu banjir, isu tanah runtuh di bukit antarabangsa pulak. dari pengamatan aku, dua2 kejadian tu adalah hasil dari kerakusan diri manusia tu sendiri. terlampau memikirkan kepentingan diri sendiri sampai tak endahkan alam sekitar.bila orang tak berbakti pada tanah, tanah pun jadi marah lah.cuber fikir diri kita disakiti, mesti nak balas balik. ni perumpamaan je.. dan dari kejadian tanah runtuh tu aku pun dapat tengok perangai manusia yang hanya fikir tentang nama, kedudukan dan duit. para menteri sibuk nak bagi bantuan berpuluh2 ribu kat mangsa tanah runtuh yang terdiri dari golongan elite ngan kaya yang mampu beli rumah berharga berjuta ringgit,sedangkan mangsa2 banjir yang terdiri daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah hanya diberi bantuan makanan dan bantuan biasa sahaja..jumlah mangsa banjir lagi ramai dari tanah runtuh tapi kenapa bantuan kewangan yang diberikan hanya sikit. kat sisni kita dapat tengok betapa selfish nya manusia ni. pada aku, watpe nak bagi bantuan berpuluh2 ribu dekat orang yang hartanya lebih dari tu. mereka dah kehilangan rumah berharga sejuta tapi boleh lagi beli rumah dengan harga yang same.. xpaham betul. kawan kepada abang aku yang berada di tempat kejadian ada cerita, ada penghuni salah satu banglo tu selamatkan dua buah beg besar yang berisis duit cash 2 juta. em korang pikir lah sendiri...
3 months ago