There was an error in this gadget

Friday, February 20, 2009

konsert di ASWARA


sedar tak sedar, sem ni adalah sem last kitorang amek skill gamelan. rasa cam xcayer je..huhu. aku bakal rindukan budak2 satu kelas, nabil,muiz,faizal,arif,din,hanif,iza,tiqa,nad n angah. dan yang paling tak boleh dilupakan, guru kesayangan kami tuk kelas gamelan jawa, tentunya pak jamal.em tak sangka sem ni ada kelainan tuk kelas skill kitorang. 11 february minggu lepas, kitorang dapat task dari pak jamal tuk tengok konsert kat Akademi Seni dan Warisan kat jalan parliment. em dkat 2 3 hari gak la kitorang cari jalan nak cari ASWARA tu kat mana. huhu. tapi mujur nabil tau jalan ke sana, so pada hari kejadian kitorang jonvoi 2 kete. satu kete budak laki naik kete nabil dan satu lagi kete tiqah budak pompuan. em tak ramai yang g sebab masing2 ada hal. em pengalaman yang best la.yang kelakar nya, nabil siap bawak walkie-talkie bagi kat tiqah sebab takut kitorang sesat. em tiqah pun satu, nama je duk KL, jalan pusat bandar pun tak tau.hehe. memang jenis yang tak suka berjalan.



lepas maghrib kitorang berkumpul kat tangga besar, n then bertolak terus g sana lalu jalan genting-klang. konsert ti start kul 8.30. alhamdulllah kitorang sempat sampai kul 8.30 tu.emfirst time masuk ASWARA, besar gak tempat nya. anyway malam tu adalah konsert gabungan antara pelajar akedimi ASWARA n kedutaan Indonesia. em semestinya la pak jamal pun ada main gak malam tu. persembahan dimulakan dengan pelajar2 aswara mainkan lagu gamelan melayu pastu diikuti dengan pihak kedutaan mainkan lagu gamelan jawa. sangat teruja. ada satu lagu tu aku dapat tengok perbezaan yang sangat unik bila not lagu melayu dimainkan dalam not gamelan jawa. em bunyi yang sangat menarik. pastu dalam lagu gamelan melayu dan jawa ada lirik yang dinyanyikan sekali. wah.... teruja dapat dengar. sungguh menawan.


sesi kedua plak kitorang di kenalkan dengan seni muzik india iaitu pemain sita dan tabla yang dimainkan oleh lecturer ASWARA sendiri. beliau ialah pemain sita peringkat antarabangsa dan telah mendapat anugerah di peringkat international. em rupanya petikan sita tu mendamaikan dan membuai kalbu. rasa cam dalam filem hindustaan plak. hehe. teruja dapat tengok live. apabila sita bergabung dengan tabla. sungguh satu seni yang indah.tak sangka permainan tabla tu perlukan disiplin dan teknik yang tepat. bukan senang nak dalami seni pukulan tabla. brother prakash yang main tabla tu pun belajar dkat india. em menarik.. hen last skali, kitorang diterujakan lagi dengan gabungan sita, tabla dan kedua gamelan melayu dan jawa. em pada pandangan aku, musik itu bersatu dan kita ini adalah serumpun. musik dan melodi tak blaeh dipisahkan. walaupun setiap musik itu datang dari latar belakang yang berlainan, tapi bila digabungkan, ia akan menghasilkan bunyi yang sangat indah.. em lain kali kalau ada konsert camni lagi aku nak g..em kali ni aku nak g nagn my teddy..sebab masa pegi kali ni, my teddy tak dapat pegi sebab kena keje. aku pun patutnya kena keje gak, tapi xdapatla g sebab kene g tempat ni. lagipun aku kenma wat report pasal konsert ni. well pada sesape yang minat musik, boleh la tengok mane2 persembahan musik. yang terbaru teater Puteri Gunung Ledang yang tenagh dipentaskan kat Istana Budaya.

0 comments:

 
Copyright © DrEaM hUnTeR
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur