Thursday, January 7, 2010

bila hati berbicara..

menempuh alam dewasa begitu sukar rupanya..
tak semua yang kita inginkan akan berada dalam genggaman..
masa kita berbeza..haluan kita tak sam..
tapi hati kita berbicara kisah yang serupa..

tatkala ini aku berada dalam dilema..
antara kasih dan keinginan..
antara hati dan perasaan..
anatara masa dan ruang berbicara..

manusia hidup perlu membuat pilihan..
pilihan dipilih berdasarkan logik, persekitaran, tujuan dan keadaan..
tak semua pilihan kita membahagiakan..
untuk membahagiakan orang lain, diri sendiri perlu berkorban..
berkorban keinginan dan perasaan..

keadaan sekarang begitu membebankan..
sehingga aku jadi buntu untuk menerangkan pada diri..
apa yang aku inginkan..
aku ingin dia bahagia..tidak perlu risau akan diriku..
aku ingin jadi tabah dan menjadi wanita gagah tanpa mengharapkan dirinya..
aku tidak ingin sakitkan hatinya lagi..
aku ingin jadi kekasih tempat dia bersandar ketika letih..

aku faham situasi sekarang tidak akan sama seperti dulu..
masa begitu pendek buat kami berdua..
dia bukan milik ku lagi..takkan menjadi milik ku lagi..

hati berbicara lah..aku perlukan jawapan yang pasti..
apa yang perlu aku lakukan..hatiku inginkan dia..tapi aku tahu kesibukan yang dia alami...
aku tidah boleh jadi tamak..tapi perasaan ni hanya inginkan dirinya..
aku tak minta banyak..sekadar dua tiga mesej darinya menunjukkan aku masih dalam perhatiannya..
bukan dua tiga jam seperti biasa..hanya dua tiga mesej sahaja..

hati bersabarlah..airmata berhentilah mengalir...
Ya Allah..berat nya tanggungan perasaan ini..
seperti aku tiada sesiapa disisi..
dia mungkin dekat..tapi terasa jauh..

1 comments:

Anonymous said...

oit makcik!!! aku rindu bangat same lagu ini...nak main gamelan lagi...teringat pak jamal...

 
Copyright © DrEaM hUnTeR
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur