There was an error in this gadget

Thursday, January 7, 2010

Wanita Gagah

aku respect wanita-wanita yang pandai bawak kete..aku rasa rasa orang pompuan yang pandai bawak kete ni adalah wanita gagah..sebab dulu aku rasa kete ni cam susah je nak bawak..mana nak tukar gear nya, mana nak tekan break nya..nak jaga clutch ngan minyak lagi..nak tengok cermin sisi nagn cemin pandang belakang lagi..huhu..so complicated..

daripada sem-sem lepas lagi aku dah pasang niat nak amek lesen kete..sebabnya, ada sekali tu balik dari umah pakcik kat teluk intan waktu malam, mak yang kena bawak kete sebab abah takleh memandu malam. mata tak nampak sangat. mak pun camtu tapi nak wat camne, mak kena bawak jugaklah. makanya sepanjang perjalanan tu aku tak leh lelap mata sebab risau mak bawak. kejap ke tepi sangt, kejap makn jalan sebelah. hati ni tuhan saja ang tau. lepas tu aku terus tekad nak amek lesen kete. tapi keadaan tak mengizinkan lagi..

sehinggalah sem akhir ni aku tekadkan hati juagk nak amek lesen. aku savekan duit tuk amek kelas memandu..dan semalm detik bersejarah aku menjadi salah seorang wanita gagah. alhamdulillah semua berjalan lancar..cuak gak asalnya sebab calon2 sebelum aku tu ramai yang tak lepas bukit..bila sampai giliran aku, aku kawal perasaan nervous, yakinkan hati yang aku boleh buat. alhamdulillah semua berjalan lancar...aku just buat ikut apa yang aku belajar jer.

terima kasih kepada semua tenaga pengajar kat situ. semua best membuatkan aku bertambah yakin nak memandu. bila dah belajar ni, barulah aku tau..bawak kete ni taklah susah sangat..hehe. ni kalau kakak aku tau aku dah lulus, mesti dia jeles :-)

lepas ni, aku boleh tolong abang2 memandu balik kampung. takdelah deporang penat lagi..

0 comments:

 
Copyright © DrEaM hUnTeR
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur