There was an error in this gadget

Wednesday, April 1, 2009

:: JasA mU AbAh::

Dua hari semalam aku dilanda tak boleh tido siang. em ada kebaikan sebab boleh study tapi yang tak bestnya, tak boleh tido tu otak aku jadi blur..dan akibatnya aku pun tak boleh study. baik tido..huhu.
haritu tetiber aku melayan lagu-lagu nasyid dari in-team yang dah agak lama aku tinggalkan sebab aku tengah gila layan lagu korea ngan lagu jepun sekarang-apakah nasyid sudah semakin pudar dalam hidupku-..huhu. time lagu yang menceritakan pasal ayah (aku tak ingat tajuk dia) tiber2 mengalir air mata tatkala mendengar bait-bait lirik lagu tersebut..
Oh Ayah..
tak pernah ku tanya..
ke mana tumpahnya keringatmu..
Oh Ayah..
tak pernah ku hitung
berapa banyak kerutan didahimu..
yang kupinta...
hanyalah kemahuan hatiku..
yang sedaya ayah laksanakan..
kau pendorong bukan lah pendesak
apa lagi memaksa diriku..
aku terdorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera..
kenapa tetiber aku terinagt kat abah bila dengar lagu ni? ada satu hari ni aku tengok abah potong kematu kat tapak tangan abah. kematu tu terjadi sebab akhir-akhir tu abah kerje kuat potong buah kelapa sawit kat kebun. lepas abah potong, ada empat kematu and then abah cakap, "em ni satu kematu harganya seratus ringgit" sebab hasil yang abah dapat untuk potong buah tu, abah dapat empat ratus. tu lah duit untuk belanja rumah, belanja anak-anak sekolah, dan sebagainya..
well..walaupun hubungan aku ngan abah bukan lah rapat sangat. sebab aku masa kecik kuat merajuk (emm sampai sekarang kot..huhu cian my teddy melayan..), tapi bait lagu ni mengingatkan aku bahawa ego seorang ayah yang tak nak tunjuk sangat dia sayang kan anak nya supaya anak-anaknya belajar berrdikari. kalau tak tak jadi aku yang sekarang ni..
bila dah besar baru aku sedar, abah saja nak garang supaya kitorang adik beradik lagi kuat hadapi kenyataan hidup..
"terima kasih abah..mungkin izah tak penah luahkan izah sayang kat abah..tapi abah la hero dalam hidup iza.."

4 comments:

Izzi said...

so..kna le blaja rajin2..supaya dpt balas segala penat lelah abah yg cr rezeki utk anak2 dia

HiDaYah -the guidance- said...

uhuk2... nak nangis angah bce post niyh... :'( xpelah.. doakan semoga Allah sentisa memberkati mak ayah kita... dan jdilh kita nnti anak2 yg menyenangkn ibu bapa...huhu

iftin nasuha said...

emm...sama2 lah kiter berdoa menjadi anak yang soleh dan solehah

wady awagy said...

tau takper ...
dalam citer kamen rider, senang jer diorang bertukar jadi manusia penyelamat... dengan satu perkataan..
jadi marilah sama-sama kita mencari perkataan kita tersendiri unutk menjadi anakanak yang soleh atau solehah..
(aku cuba angkat tangan kanan straight keatas kepala, tapak tangan dibuka.... dengan penuh ihklas dan tabah aku jerit.. SOLEH!
tiba-tiba.... "ada apa bro panggil saya".. aku terus pulang sambil mengangkat kening...)

 
Copyright © DrEaM hUnTeR
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur